Monday, June 21, 2010

Pasca Muktamar DPPP kali ke 51

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan . Insyaallah ini tema Pemuda PAS bekerja sepanjang musim ini disamping menyelesaikan tunggakan tugas serta rancangan yang masih tergendala ekoran tertunda kerana menghadapi 11 pilihanraya kecil pasca pilihanraya 2008 yang lalu .
Insyaallah , seluruh jentera pemuda dipelbagai peringkat mestilah mula aktif malah pro aktif untuk menggerakkan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai ansoorullah yang menggalas cita - cita untuk mendaulatkan syariat Islam .
10 Kriteria Ansoorullah dan 10 Politik Rasul saw juga apa yang lebih penting dan menjadi asas bergerak sepanjang tempoh perjuangan kita ialah 10 Badihiyat [ peraturan dan arahan khas yang wajib dilaksanakan oleh setiap pemuda ] telah saya gariskan dalam ucaptama ketua DPPP baru - baru ini .
Jangan leka dan jangan lena . Masa kita singkat , kerja kita banyak , cabaran kian sukar dan halangan kian rencam . Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah . Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar , munajat dan solat [ doa ] .
Gandingkan tenaga . Lama , baru , ulama' , profesional , aktivis , amilin , pimpinan dan seluruh anggota mestilah rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah . Kini masa kita berjuang bukan membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada jamaah dan ummah .
Khasnya kepada saff pimpinan yang sedang memikul beban amanah dan tanggungjawab perjuangan . Pedulikan segala fitnah dan tohmahan . Pacu perjuangan ini semampunya dan bertawakkal kepada Allah swt. Cari nilai dari sisi Allah swt bukan nilai di sisi manusia.
Sabar atas segala susah sukar berjuang . Korbankan masa , tenaga , pemikiran malah jika perlu darah dan nyawa demi Islam . Samaada menang atau syahid ..... itulah slogan kita berjuang . Tiada istilah kalah dalam perjuangan .

Jadilah pejuang Ansoorullah untuk terus memimpin Jiil [ generasi ] rabbani . Inilah tugas besar kita menyambung tugasan golongan as saabiquunal awwalun [ generasi terdahulu ] . Jika mereka gigih dan istiqamah malah mampu tunaikan tugas mereka , kenapa kita hari ini mesti mengemukakan 1001 alasan untuk berdalih . Ayuh bangkit pemudaku .

Kuliah Maghrib Oleh Ustaz Budak Besar Sempena Program "Pemuda Bersama Masjid"





Kelantan lantik 13 timbalan exco kerajaan negeri

KOTA BHARU, 20 Jun: Kerajaan Kelantan semalam secara rasmi melantik 13 orang timbalan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri bagi membantu exco melaksanakan tugasan.

Majlis Angkat Sumpah jawatan siang tadi dilakukan di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mereka yang dilantik, Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awan, Pembangunan Tanah dan Wilayah.

Untuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, dua timbalan exco dilantik iaitu Adun Demit, Muhammad Mustapha dan Adun Gual Periok, Muhammad Awang.

Bagi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, dua timbalan dilantik iaitu Adun Kadok, Azami Mohd Nor dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Sementara itu Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.

Adun Ayer Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Sementara itu, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, manakala Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan NGO.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim pula sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, manakala Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mahmood, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri.

Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi negeri.

Perlantikan jawatan berkenaan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kerajaan negeri menurut Tuan Guru, akan membayar kesemua tunggakan gaji bermula tempoh kuatkuasa itu.

Tuan Guru ketika memberitahu media juga berkata kerajaan negeri memahami tanggungjawab exco yang banyak dan mahu timbalan yang baru dilantik turut membantu.“Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah.“Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara,” ujarnya.Katanya, sebelum ini timbalan anggota exco telah pun dilantik, namun ianya tidak secara rasmi sebagaimana hari ini.

Beliau juga berharap kesemua 13 timbalan exco yang baru dilantik itu dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Pemuda UPU Paloh Rawa