KOTA BHARU, 2 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, mempertikaikan tindakan polis yang menutup pintu rundingan dengan pihak penganjur Bersih 2.0
(Mohamad Sabu disambut para jamaah masjid Darul Qarar)
Ini kerana Bersih adalah pencinta demokrasi dan keamanan, apa lagi untuk dikena tindakan ISA terhadap mereka yang menyertai Bersih.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis ramah mesra bersama beliau di masjid Darul Qarar di sini hari ini.
Menurutnya, Bersih adalah pencinta keamanan dan demokrasi. Namun begitu, Umno dan BN dilihat terlalu takut dengan Bersih.
Ia dibayangkan dengan tindakan menangkap pemakai baju Bersih serta bertindak kepada mana-mana pihak yang menganjurkan program berkaitan Bersih.
Hampir 100 sudah ditangkap ekoran cadangan perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
"Amat tidak wajar jika pintu rundingan ditolak,"ujarnya lagi.
Turut berucap pada majlis itu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan yang dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.
Pada masa yang sama Mohamad Sabu berkata, PAS tetap akan menyokong perhimpunan Bersih demi untuk kepentingan rakyat pada masa akan datang.
"PAS tetap akan sertainya, kerana Bersih hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," ujarnya lagi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau berkata Umno dan BN sebenarnya takut pada kebenaran yang bakal dibawa oleh Bersih.
Tegasnya, kemenangan BN kini hanya diperolehi dari undi pos dan Felda sahaja.
"Undi individu dah lama tak ada, apa lagi sekarang ini golongan muda juga semakin menyokong Pakatan Rakyat,"ujarnya.
Sementara itu, Mahfuz pula berkata PAS menuntut pilihanraya secara bersih dan gentleman, bukan dengan cara himpunan haram.
Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat bukan ingin memerintah negara dengan cara demontrasi dan bukannya dengan cara mengguling kerajaan yang ada.
"Kita gentleman, bukan nak guling kerajaan, kalau dia (BN) nak terguling sendiri, terpulanglah," ujarnya yang dipercayai mengulas tindakan BN yang seolah-olah sangat takut dengan Bersih.
No comments:
Post a Comment