KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (gambar)
'memohon maaf' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
pemimpin Umno yang lain kerana beliau menang dalam pemilihan DAP
baru-baru ini.
"Saya memohon maaf kepada Najib dan pemimpin Umno/BN kerana terpilih semula ke dalam CEC sebagaimana Kongres DAP sebelum ini, kali ini dengan undi paling tinggi," kata Kit Siang dalam kenyataan.
Menurut Kit Siang, Najib dan pemimpin Umno yang lain pergi ke seluruh negara memberitahu bahawa DAP sebuah parti yang tidak demokratik, "mendakwa saya pemimpin DAP walaupun saya tidak terpilih sebagai pemimpin DAP."
"Walaupun hanya memegang jawatan sebagai ahli parlimen dan bukannya pemimpin yang dipilih, Lim Kit Siang terbukti seorang individu yang berkuasa dalam parti pembangkang," kata Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 12) baru-baru ini.
"Sekarang apakah kebenarannya, adakah Najib tersalah nasihat atau sengaja menipu terhadap saya," kata Lim Kit Siang.

No comments:
Post a Comment