Tuesday, February 09, 2010

Bertarung Di " Mahkamah Rakyat "

PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.
;
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.
'
Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

Rayuan Nizar Ditolak

PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar.

"Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya.

Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi.

Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".

Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang.

Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah.

Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.

Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa.


Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.

Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.

Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.

Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.

Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.

Wednesday, February 03, 2010

Rintihan Dalam Munajat

Biarpun masih muda
Namun bukan jaminan
Untuk tidak kembali padaNya

Lautan yang tenang bisa ombak mengganas
Inikan pula manusia kerdil
Yang begitu rakus meratah dunia
Ada apa dengan dunia?
Sehingga kita terpana
Dengan sedikitnya nikmat Tuhan
Kelalaian menerjah
Tatkala gagah menguasai diri
Sukar sekali melawan nafsu

Apa nasibku Tuhan,
Tika aku dipanggilMu pulang
Membawa bekalan apa
Setelah Engkau memberiku kehidupan
Gembirakah aku dijemputMu
Atau kehidupanku menjadi ngeri di sana

Erat genggaman azam
Untuk memperbaiki diri
Namun khuatir
Apakah nasib di penghujung
Sedang Hidayah milik Tuhan

Bisikkan pada hati
Milik Tuhan kini selamanya
Jangan sombong sujud menyembah
Pohon doa husnul khatimah

Sunday, January 31, 2010

Kursus Perancangan Strategik 2010

Sayap Kiri Parti
turut kelihatan di Kursus Perancangan Strategik 2010
Gambar kenangan peserta kursus perancangan strategik 2010

Antara peserta Kursus Perancangan Strategik 2010 PAS
Kawasan Machang
Ketua DPPKM,Hatman Abdullah sedang membentangan
Perancangan Program DPPKM untuk tahun 2010
Setiausaha DPPKM,Fitri Umar turut bertanya dalam sesi soal jawab

Antara VIP yang hadir di
Majlis Peramian Kursus Perancangan Strategik 2010

Dari Kiri,Pen.Setiausaha Khairul Che Khalid,
Pengerusi Lajnah Kebajikan Cik Pasli Mustapha,Ketua DPPKM Hatman Abdullah

Saturday, January 30, 2010

Kalimah Allah Di Stokin

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Hatman Abdullah,
Naib Ketua DPPKM Zainul Amin Mat Zain dan turut kelihatan Pengerusi Lajnah Tarbiah
Ahmad Tajuddin,Pengerusi Lajnah Kebajikan Cik Pasli Mustapha
dan Pengerusi Lajnah Antara Kaum Azizan Mat Seman
Tulisan yang menyerupai Kalimah Allah,berada di bawah tapak kaki
dan kanan kiri sisi stokin.

Pengerusi Tarbiah DPPKM,Ahmad Tajuddin Mukhtar menunjukkan bukti yang jelas tulisan yang menyerupai Kalimah Allah di stokin
Turut hadir membuat laporan polis pada 30.Januari.2010 di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang YB ADUN Kemuning,Ketua DPPKM,Naib Ketua DPPKM dan AJK DPPKM
Terima Kasih diucapkan kepada YB ADUN Kemuning atas keperihatinan YB turun padang bersama DPPKM membuat laporan polis berhubung tulisan menyerupai Kalimah Suci Allah

-
Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang,diketuai oleh Ketua Pemudanya,Hatman Abdullah pada hari ini 30 Januari 2010 telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang berkaitan dengan tulisan yang menyerupai kalimah suci Allah di tapak kaki stokin.

Ahmad Tajuddin Mukhtar berkata,beliau terkejut bila membeli sepasang stokin di salah sebuah kedai di bandar machang pada petang jumaat lalu didapati pada stokin itu tertera tulisan menyerupai kalimah suci Allah."pada petang jumaat lalu,saya ke kedai tersebut untuk membeli stokin,tetapi bila pulang ke rumah,saya dapati ada tulisan yang menyerupai kalimah Allah di tapak kaki dan juga kanan kiri sisi stokin tersebut.Oleh yang demikian,bagi menjaga sensitiviti kaum maka AJK DPPKM telah mengambil inisiatif untuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut".


Ketua Pemuda PAS Machang turut mengingatkan kepada masyarakat terutama sekali di bandar Machang bahawa,"kepada mana-mana masyarakat yang telah membeli atau ingin membeli stokin atau apa-apa barang diminta lebih berhati-hati dengan perkara sedemikian,saya yakin mungkin stokin ini telah dijual di merata tempat bukan sahaja di bandar machang sahaja".


Turut hadir bersama membuat laporan polis ialah YB Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (ADUN Kemuning),Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang dan juga AJK Dewan tersebut.

Friday, January 29, 2010

KELANTAN BERHAK DAPAT ROYALTI - TENGKU RAZALEIGH

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
.
Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
harakahdaily.net

Friday, January 22, 2010

DPPKM Ucap Takziah, Pondok Lubuk Tapah Terbakar

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan takziah kepada pengurusan Pondok Lubuk Tapah yang kehilangan 3 blok asrama pelajar lelakinya dalam kebakaran jam 2 pagi hari ini.

Pondok Lubuk Tapah merupakan pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Che Wan pada tahun 1931.

Pondok ini telah banyak berbakti kepada rakyat Kelantan dan umat Islam dinegara ini umumnya dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang berharap agar alumni Lubuk Tapah bersama ahli PAS dapat memberikan sumbangan bagi membina semula bangunan yang telah terbakar.

Bagi yang ingin memberikan sumbangan bolehlah hubungi pejabat pondok berkenaan di talian : 09-7905672 atau saudara Azlan 014-5064930.

Bakar Surau Kerja Orang Tidak Siuman

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.
,
Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal.
,
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya.
,
Menurut Idris, Allah pasti akan menghukum sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan rumahNya (Masjid-Surau) sebagaimana yang terkandung dalam Sural Al-Fil ayat1-5 ;
,
"Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tentera- tentera Bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasukan-pasukan. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang dimakan ulat."
,
Jika Allah tidak menghukumnya di dunia, Allah telah menyediakan janjiNya untuk menghukum mereka yang melakukan dosa tersebut diakhirat.
,
“Dan engkau akan melihat pada hari itu orang yang berdosa terikat dengan belenggu-belenggu. Pakaian mereka daripada qatiran (bahan logam) yang panas, dan muka mereka ditutup dengan api neraka. Kerana Allah akan memberi balasan kepada setiap diri menurut apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah amat cepat membuat hitungannya. “-Surah Ibrahim ayat 49-51
,
Sehubungan itu, katanya, PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi dengan membakar rumah-rumah ibadat supaya menghentikan perbuatan bodoh mereka itu. Mereka sepatutnya berusaha untuk hidup dengan aman tanpa menyusahkan orang lain.
,
PAS, menurutnya, mahu kes ini disiasat segera oleh pihak polis dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke Mahkamah.
,
PAS juga mengesa supaya jentera Penerangan dan Dakwah bersama Lajnah Perpaduan Nasional mengiatkan ceramah penerangan bersama rakyat serta dialog bagi memberikan penjelasan berhubung isu nama Allah serta memperkukuhkan semangat muhibbah kalangan rakyat pelbagai kaum.

Sunday, January 17, 2010

5 Wasiat Dari Allah S.W.T Kepada Rasulullah S.A.W

Oleh:akhuyadin

Dari Nabi S.A.W, "pada waktu malam saya diisra`kan sampai ke langit,Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

. Putuskan haripan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat.Saya berkata kepada mereka,berikanlah nasihat yang berguna kepada saya,yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T
Lalu mereka berkata, "kami wasiatkan kepadmu 7 perkara,iaitu :
. Orang yang banyak bicaranya,jangalah kamu harapkan sangat kesedaranya.
. Orang yang banyak makan,janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah daripadanya.
. Orang yang banyak bergaul dengan manusia,janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
. Orang yang cinta kepada dunia,janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
. Orang yang bodoh,janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim,janganlah kamu sangat kelurusan agamanya.
. Orang yang mencari keredhaan manusia,janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

Motivasi Pemuda Islam Siri II


Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang menjemput semua ke Motivasi Pemuda Islam Siri II beramai-ramai dalam misi usrah Pemuda Kawasan ke Pemuda DUN.

Tuesday, January 12, 2010

KISAH YAHUDI BUTA

Oleh:akhuyadin

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,"Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA menjawab,"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abu bakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana," kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?" Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)". Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku," pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu," Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia".

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Allahuakhbar,betapa agungnya akhlak Baginda Rasulullah SAW,walaupun dicaci,dihina Baginda tetap dengan akhlak yang mulia.Bagaimana dengan kita wahai sahabat yang sekelian?tepuk dada tanyalah Iman.

Monday, January 11, 2010

Motivasi Pemuda Islam ; Anjuran Lajnah Tarbiah Dan Latihan Kepimpinan DPPKM






Pada 7 Januari 2010,Lajnah Tarbiah Dan latihan Kepimpinan DPPKM telah menganjurkan Motivasi Pemuda Islam yang telah diadakan di Madrasah Kg.Berangan Mek Nab,Machang. Penceramah pada hari tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Norazariza Alawi (AJK Dewan Pemuda Negeri Kelantan) yang telah mengupas tajuk mengenai `Pemuda di Era Hijraturrasul`.Turut hadir menjayakan program tersebut ialah,YB Ust.Hj.Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (ADUN Kemuning),Al-Fadhil Ust.Hatman Abdullah (Ketua DPPKM) serta rombongan AJK DPPKM yang lain.

Sunday, January 10, 2010

Bakar gereja: Masyarakat hilang sensitiviti dosa pahala - Nik Aziz

SHAH ALAM, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.

Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.

"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang tadi.

Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.

Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.

"Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.

Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi.

Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan.

Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris.

"Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.