KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi
tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan
Presidennya, Nasharudin Mat Isa.
Menurut
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih
dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang
berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.
Berhubung
kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan
tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.
"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.
"Tidak
berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang
timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat
di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.
Sehubungan itu
jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS
dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok
itu.
"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.
Mesyuarat
malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang
dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam tadi.
Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.
Bagaimanapun
beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan
ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.
Isu kedudukan
Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana
yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat
berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.
No comments:
Post a Comment