KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
menyifatkan diri mereka sebagai "tentera perjuangan Islam" dan secara
sukarela bersama-sama dalam perjuangan PAS.
Perwakilan
DHPP, K.Deepakaran berkata, ahli DHPP sudah faham perjuangan PAS dan
tiada sesiapa yang memaksa mereka menyertai parti itu.
"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.
"Saya
selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya
katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk
semua dan terima kasih untuk logo PAS For All," kata beliau sewaktu
membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di
Putik hari ini.
Setiausaha DHPP itu juga berkata, usaha
sesetengah pihak menakut-nakutkan DHPP terhadap PAS dan Islam menemui
kegagalan apabila semakin ramai orang bukan Islam menganggotai DHPP dan
bersama-sama dalam PAS.
"Objektf DHPP adalah merapatkan hubungan
antara kaum. Pandangan orang bukan Islam, kalau kai sertai DHPP, kene
peluk Islam, kena potong itu, macam-macam lagi.
"Apa yang
ditakutkan lagi, kalau sokong PAS lama kelamaan tiada tempat ibadat
untuk Hindu dan Buddha tapi pimpinan PAS boleh mengadakan perbincangan
dengan pimpinan agama lain.
"Kami sudah faham kerana DHPP sudah
ditarbiyah. Dulu kami tak faham, tapi sekarang kami faham setelah
ditarbiyah. Tak ada paksaaan dari parti PAS," katanya disambut laungan
takbir sidang muktamar.
Beliau juga berharap tiada ahli PAS yang
menganggap DDPP sebagai ancaman kepada parti itu sebaliknya bersama-sama
berganding bahu menguatkan parti itu.
"Kita adalah aset untuk PAS. kita datang nak membantu, jangan sesekali anggap DHPP sebagai ancaman kepada PAS.
"Kalau
dahulu memang PAS untuk orang ISlam sahaja tapi sekarang PAS sudah
terbuka kepada semua jadi kami juga ingin sama-sama berjuang dalam PAS,"
katanya.
Sementara itu, beliau meminta PAS dan Pakatan Rakyat
menyelesaikan isu ketiadaan mykad di kalangan India dan Cina yang gagal
diselesaikan kerajaan BN.
"Kira-kira 3,000 orang India termasuk
Cina yang belum ada kad pengenalan. Jadi kami minta perkara pertama yang
perlu diselesaikan selepas Pakatan Rakyat ke Putrajaya adalah soal kad
pengenalan," katanya.
No comments:
Post a Comment