KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menetapkan mekanisme berhubung pengisytiharan harta yang diumumkan minggu lalu.
Perwakilan
DPPP Syahir Sulaiman berkata, ketetapan itu dibuat bagi memudahkan
proses pengisytiharan harta yang disifatkan sangat wajar bagi menjaga
integriti dan amanah di kalangan pemimpin pemuda.
"Seluruh pemuda bersetuju dengan pengisytiharan harta untuk menjaga nilai integriti dan amanah dengan mengambil tiga ketetapan.
"Pemuda
akan menggunakan format yang digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
iaitu pengisytiharan harta di setiap agensi diserahkan kepada ketua
pemuda dan ketua pemuda akan menyimpan maklumat tersebut dan dipantau
oleh sebuah badan hizbah.
"Dari semasa ke semasa akan diserahkan
kepada presiden dan mursyidul am. Selesai proses pemilihan calon pilihan
raya, pemuda secara sukarela akan mempamer borang deklarasi
pengisytiharan harta untuk dinilai secara keseluruhan," katanya sewaktu
membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di
Putik, semalam.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mengisytiharkan
hartanya kepada khalayak ramai semasa ucapan penggulungan di Muktamar
Pemuda PAS Khamis lalu.
Nasrudin, 42 mengisytiharkan, beliau bersama isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,800 and RM4,000 sebulan.
Beliau juga memberitahu bahawa beliau mempunyai RM9,000 di dalam simpanan semasa.
Sementara
itu, Syhir berkata, DPPP akan menyediakan kepakaran dalam pelbagai
bidang bagi membantu ahli parlimen dan Adun merangka dasar dan polisi
negara.
"Pemuda berbesar hati mengukuhkan kumpulan pakar di
kalangan pemuda dalam agenda mengisi kemenangan dan kami menawarkan
sukarelawan cerdik pandai pemuda untuk ahli parlimen dalam merangka
polisi," katanya.
No comments:
Post a Comment