BUKIT KATIL: Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu
kuat BN di Peti Undi Tambak Paya, apabila satu ceramah penerangan
anjuran DAP berjaya diadakan di Taman Tambak Paya di sini malam tadi.
Sebelum ini Pakatan Rakyat sukar untuk mengadakan program di kawasan Ketua Menteri itu disebabkan tiada pihak yang berani membenarkan pekarangan rumah mereka dijadikan tapak ceramah.
Pakatan Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar tiga kali kerana tuan rumah telah diugut pihak tertentu yang dipercayai mendapat arahan pimpinan BN.
Pengarah Program, Gandhi Rajan (gambar) berkata kejayaan PR mengadakan program malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah berani membuat perubahan walaupun mereka diugut.
"Rakyat sudah buka mata, mereka tidak takut lagi, apa yang penting mereka mahu buat perubahan demi masa depan anak cucu mereka dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, maruah dan sebagainya.
"Walaupun ada gangguan dan provokasi malam tadi, kita tetap meneruskan program kerana kita tahu program ini aman dan bukan mahu buat kacau," ujar Gandhi yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi dalam ucapannya kesal kerana kerajaan Barisan Nasional terus mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi terhadap sekolah-sekolah Tamil di mana ianya seolah-olah sekolah kelas kedua.
"Pasal apa sekolah itu diberi nama 'Jenis Kebangsaan’ apa itu ‘jenis’, kita pun tidak faham.
"SJKT, SJKC semuanya ada 'jenis' nampak macam sekolah ini kelas kedua, ini diskriminasi kepada rakyat kaum India,"ujar Ravi penuh semangat.
Adun Senawang, Gunasekaran pula berkata tindakan kerajaan yang menafikan hak kaum India untuk mendapat kerakyatan Malaysia adalah satu pengkhianatan dan kezaliman kepada mereka yang terlibat.
"Ada ratusan ribu orang India yang layak tetapi tidak dapat kad pengenalan, mereka ini fasih bercakap Bahasa Malaysia dan sudah tinggal lama di Malaysia, tetapi orang Filipina yang ada di Sabah cakap Melayu pun tak tahu boleh dapat MyKad.
"Jelas kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kebajikan rakyat sendiri dan mereka menafikan hak rakyat," tambahnya.

No comments:
Post a Comment