GUA MUSANG: Usaha kerajaan negeri membantu
masyarakat Orang Asli dengan meluluskan tanah rezab dan rancangan
pembangunan untuk mereka tidak disenangi pihak tertentu.
Sebelum ini kerajaan negeri mewartakan kawasan rezab Orang Asli bagi
mengelakkan kawasan tersebut diceroboh dan menjaminkan masa hadapan
mereka.
Bagaimanapun
usaha tersebut tidak disenangi pihak tertentu dipercayai ada kaitan
dengan Umno apabila merosakkan iklan gergasi mengenai cadangan
pembangunan masyarakat Orang Asli di Pos Jedip, Lojing.
Iklan tersebut memaparkan prasarana yang akan dibina untuk manfaat
Orang Asli bersama gambar Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz
Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim.
Dua iklan gergasi tersebut dipasang berhampiran dengan Masjid Keputeraaan, sedang dalam pembinaan di Jajahan Kecil Lojing.
Dan iklan kedua dipasang berhampiran simpang tiga jalan Lojing-Gua
Musang-Kuala Betis. Iklan berkenaan dipasang Tabung Amanah Tok Kenali
pada akhir November lalu.
Pengurusnya, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, setiap satu papan
iklan tersebut bersaiz 20 x 40 kaki melibatkan kos lebih RM10,000
dipasang bagi memaparkan program pembangunan yang akan dilaksanakan di
Pos Jedip.
Katanya, Tabung Amanah Tok Kenali diberi peranan memastikan kebajikan
masyarakat terbabit termasuk kawasan yang akan dibangunkan kepada Orang
Asli.
“Kita cuba gambarkan usaha-usaha tersebut dalam dua papan iklan
gergasi yang dipasang di dua lokasi di lebuh raya Gua Musang-Simpang
Pulai.
“Bagaimanapun apa yang kerajaan negeri lakukan tidak disenangi pihak
tertentu sehingga mereka mengoyakkan papan iklan berkenaan hanya
seminggu selepas dipasang,” katanya di sini.
No comments:
Post a Comment