KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.
Dalam
satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik
Muhammad Zawawi Saleh mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak
lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu
memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.
"Majlis
Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah
tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang
ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada dari
dalam mahupun luar negara.
"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar
Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap
rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura
Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan
lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.
Pencerobohan
kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan
anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.
Di pihak
penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota
keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Dalam
pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada
keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.
"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi.
No comments:
Post a Comment