KUALA LUMPUR: DAP mengumumkan akan meletakkan pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di Parlimen Bentong atas tiketnya.
(Wong Tack diumumkan sebagai calon DAP di Bentong hari ini)
"Kami akan berdepan dengan gergasi di Bentong, jadi kita tidak boleh
meletakkan sebarangan calon, jadi meletak seluruh organisasi Himpunan
Hijau," umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya
hari ini.
Beliau yakin, jika Pakatan Rakyat menang di Bentong, BN akan jatuh di Putrajaya.
“Jika
Pakatan Rakyat boleh menang di Bentong, sudah pasti BN akan jatuh di
Putrajaya," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulang Pinang.
Sebelum ini, Wong mengumumkan sedia untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat di Parlimen Bentong.
Jika
BN kalah di Bentong, BN bukan sahaja bakal kehilangan Bentong dan
Putrajaya, bahkan Pengerusi BN Pahang bakal kehilangan telinga.
Ini kerana, Datuk Seri Adnan Yaakub sebelum ini pernah berkata, jika BN kalah di Bentong, "Potong telinga saya."
Namun
selepas itu beliau menjelaskan ia hanya gurauan dan analogi sahaja
tentang betapa kuatnya BN di Bentong, tempat beliau bertanding.
Wong dalam sidang media hari ini berkata, dia akan mempastikan kilang Lynas di Kuantan akan ditutup jika dia menang di Bentong.
Bagaimanapun,
beliau menambah, jika kilang milik syarikat Austaralia itu berjaya
memenuhi segala prosedur dan syarat, barulah ia akan dibenarkan
beroperasi.
Syarat ini juga telah dinyatakan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
No comments:
Post a Comment