Saturday, February 27, 2010

Sekitar Hi Tea Antarabangsa DPP Malaysia

AJK Lajnah Antarabangsa DPP Malaysia Ir Arif Fahmi yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Machang sempat berbicara dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Hotel de Palma Ampang 24 Feb 2010 .




Ustaz Nasaruddin Tantawi Menyampaikan Ucapan

Pemuda perlu berani berubah, lakar sejarah baru

SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di sebuah hotel, di sini semalam.

Program selama dua hari itu dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda di bawah dewan Pemuda PAS Pusat.

Pengarah Program, Ahmad Sabki Yusuf menyatakan bahawa latihan ini bertujuan untuk menyediakan barisan kepimpinan di dalam PAS.

Menurutnya, setiap pemuda PAS mesti menjadi seorang yang kompiten, melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan selain menjadi orang yang beramanah dan berintegriti.

"Kita tidak boleh menjadi orang yang baik semata-mata tetapi tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik.

"Adalah menjadi suatu fitnah pada agama kita, sekiranya kita mendokong perjuangan agama ini tetapi diri kita tidak diterapkan dengan 'al-qawiyy' dan 'al-amin'." kata beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut dihadiri oleh 200 Pemuda PAS yang merupakan pelapis kepimpinan pemuda yang mewakili setiap negeri.

Turut hadir dalam program semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, bersama exconya Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Ir Hj Mohd Khairil Nizam dan Zuraidin Abdullah.

Thursday, February 25, 2010

Suasana Ceramah Pakatan Rakyat Machang

YB Dato` Seri Ir.Nizar Jamaluddin sedang memberi penjelasan mengenai krisis di Perak
Kelihatan Timbalan II Pengarah Jbtn.Amal sedang memungut derma
YB Azmin Ali memberi penjelasan mengenai fitnah 2 ke atas Dato` Seri Anuar Ibrahim
YB Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia bersama YB Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memotong riben sebagai simbolik Pelancaran MPV Jenazah Ahli Parlimen Machang
YB Saifuddin Nasution Ismail - Ahli Parlimen Machang
Semangat YB Siti Zailah Yusof - Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Turut bersama dipentas Pakatan Rakyat YB ADUN Kemuning,YB ADUN Temangan dan Dato` YDP PAS Kawasan Machang
Padang dipenuhi dengan lautan manusia
Orang penting - Ahli Jabatan Amal DPPKM

Monday, February 22, 2010

Bersama Menghayati Sunnah Perjuangan Rasulullah S.A.W


Takziah Untuk Mangsa Kebakaran Daripada DPPKM

Kebakaran berlaku sekitar jam 7.45 malam

Keprihatinan YAB Tuan Guru Dato` Menteri Besar Kelantan turun padang pada keesokan harinya bersama YB Dato` Husam Musa dan YB Ahli Parlimen Machang
Suasana selepas kebakaran
Mangsa kebakaran sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan segera daripada Kerajaan Negeri Kelantan


Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan takziah kepada semua mangsa kebakaran di Kedai Pulai Chondong pada jumaat,19 Febuari 2010.Pada keesokan harinya,bersempena dengan Seminar Kepimpinan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Kelantan,DPPKM mengambil kesempatan untuk melancarkan Tabung Mangsa Kebakaran dan berjaya mengumpul RM 590.10.Hasil kutipan tersebut akan disalurkan terus ke Tabung Mangsa Kebakaran DUN Pulai Chondong.