Saturday, May 14, 2011

Sekitar Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan























Sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan

















Muslimat perlu sedia pelan untuk ke Putrajaya

PENGKALAN CHEPA, 14 Mei: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyarankan muslimat PAS negeri menyediakan pelan sebagai persiapan untuk ke Putrajaya.
Katanya, pelan yang lebih berstrategi perlu diatur bagi menawan Putrajaya untuk menggantikan pentadbiran negara yang semakin zalim, khususnya terhadap kerajaan Kelantan yang tidak pernah adil sejak 21 tahun lalu.
Husam seterusnya menambah, kejahatan kerajaan BN yang menafikan hak Kelantan seperti pembinaan lebuh raya di negeri itu, geran dari kerajaan Pusat untuk AKSB, penafian hak royalti dan lain-lain lagi perlu diubah oleh muslimat.
“Pada masa yang sama kita juga menyeru muslimat Kelantan yang terbukti berani sentiasa bermunajat kepada Allah agar kerajaan Pusat menyerahkan royalti pada kerajaan negeri.
“Usaha itu perlu dilakukan berterusan dan jangan hanya bila rasa perlu sahaja kerana tuntutan kita tidak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara,” ujarnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan ke-38 di sini.
Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Kelantan mengukir sejarah baru apabila semua kepimpinannya yang lalu berjaya mengekalkann kedudukan masing-masing setelah mereka menang tanpa bertanding.
Kemenangan yang masih mengekalkan kedudukan ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya, Wan Ubaidah Omar dan naib, Rohani Ibrahim berlaku apabila tiada nama-nama baru dicalonkan untuk bertanding untuk merebut jawatan itu dari penyandangnya.
Bukan itu sahaja, 10 anggota jawatankuasa sesi lalu termasuk isteri Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, masih mengekalkan kedudukan mereka apabila nama-nama mereka dicalonkan sekali lagi.
Zailah ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat ke-38, menyifatkan ianya suatu sejarah baru dalam politik di negeri itu.
“Ini juga membuktikan muslimat lebih menumpukan kemenangan pentadbiran Negara serta mengekalkan kedudukan kerajaan Kelantan berbanding perebutan jawatan apa lagi mewujudkan masaalah dalaman,” ujarnya.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan Kali Ke 52

SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 2011 – KELANTAN BERGAYA SELANGOR HAMPA

Kelantan melangkah sebelah kaki ke Perlawanan Akhir Piala FA 2011 selepas MEMBELASAH Selangor 5 – 1 di Stadium keramat Selangor iaitu Stadium Shah Alam.
Pada perlawanan tersebut Kelantan bermula garang setelah Sayap Berbisa Kelantan, Nurul Azwan Roya nyaris membuka tirai jaringan pada minit ke – 2 namun sepakannya terkena tiang gol pasukan selangor.
Kelantan tidak menunggu lama untuk berada di depan setelah Ramzul Zahini Adenan berjaya menjaringkan Gol Pertama Kelantan pada minit ke 10″
Pada minit ke 19″ pula Azwan Roya sekali lagi mampu untuk menambah jaringan namun sepakannya sekali lagi terkena tiang gol pasukan Selangor.
Gol kedua kelantan akhirnya menjelma pada minit ke 40″ selepas Ramzul menyempurnakan hantaran cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha untuk memberikan Kelantan selesa mendahului 2 – 0
Seakan tidak cukup dengan 2 gol, Kelantan menambah derita pasukan tuan rumah dengan jaringan ke 3 menerusi Kapten Kelantan Badhri Radzi atau Piya pada minit ke 43″.
Tamat Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan selesa mendahului dengan gol 3 – 0.
Bersambung babak kedua, Kelantan sekali lagi mampu menambah jaringan menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi tetapi sepakannya kemas kedakapan Penjaga Gol Selangor iaitu Saiful Amar Sudar.
Minit ke 57″ pula Tendangan pemain sayap Selangor Amirulhadi Zainal di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Minit ke 65″ Giliran nor shahrul idlan talaha pula menambah jaringan namun sepakannya tersasar.
Gol ke empat Kelantan akhirnya menjelma juga pada minit ke 67″ menerusi pemain sayap lincah Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan tidak cukup dengan itu Shahrul Idlan Talaha menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol ke lima kelantan pada minit ke 71″.
Minit 90″ Amri yahyah menjaringkan gol saguhati kepada penyokong Selangor.
Tamat Perlawanan Selangor 1 – 5 Kelantan.
* Dianggarkan Penyokong Kelantan 40 ribu dan Penyokong Selangor 20 ribu di stadium shah alam.
* Separuh Akhir Kedua akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed Ke IV pada 16 Mei 2011.

Aktivis Gegar dipukul ketika gantung baner royalti

KOTA BHARU, 13 Mei: Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) hari ini dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang menggantung kain rentang menuntut royalti minyak negeri itu di Masjid Kampung Sireh di sini tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Hisyamuddin Ghazali (gambar) yang ditemani isteri dan ibu sedang memasang kain rentang tersebut tiba-tiba diserang lelaki yang tidak dikenali terbabit.

Menurut mangsa yang juga setiausaha Gegar, penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya dibelakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat dan luar jangka. Lelaki itu datang dan terus memukul saya. 

"Tumbukkan ala komando menyebabkan saya pitam berberapa saat dan ibu saya ditolak terlentang diatas jalan raya di hadapan Masjid Kampung Sireh", ceritanya.

Selepas menumbuk mangsa beberapa kali di muka, mereka kemudiannya kembali menuju ke keretanya.

Namun selepas menyedari mangsa merakam gambarnya, lelaki tersebut meluru semula mendapatkan mangsa dan memukulnya.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian perut, kepala, mulut dan mata.

"Saya mengalami bengang di telinga, kabur mata kiri dan sakit di perut akibat ditumbuh di kepala dan perut. 

"Adakah salah saya memperjuangkan Royalti untuk rakyat Kelantan?", soalnya sambil memberitahu beliau pitam beberapa minit sebelum bangkit mengambil gambar penyerang terbabit.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 1 tengahari tadi.

"Inilah budaya samseng yang Umno cuba bawa di Kelantan.. rakyat kelantan mesti bersatu dalam tuntutan royalti, kita mesti tuntut sampai dapat dari kerajaan zalim", tegasnya.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali takut untuk terus menuntut hak royalti Kelantan itu.

Tindakan bacul

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan perbuatan samseng tersebut sebagai bacul dan tidak bertanggungjawab dan yakin ada kaitan dengan pihak yang tidak senang dengan gerakan mendesak royalti Kelantan tersebut.

"Kita kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak dikenali memukul seorang aktivis Gegar pada hari ini. 

"Perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan.," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan, hasil minyak merupakan hak milik Kelantan dan tindakan memunggah hasil mahsul ini tanpa sebarang bayaran royalti hanyalah merupakan tindakan perompak yang merompak dengan cara yang kononnya sah mengikut undang-undang.

Selain itu beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang terus membelakangi tuntutan tersebut namun dalam masa yang sama dapat menjelaskan bayaran royalti minyak kepada negeri Terengganu.

Sedangkan katanya perjanjian yang terpakai ialah perjanjian yang sama dan langsung tidak berbeza antara satu sama lain. 

"Sewajarnya usaha-usaha NGO seperti Gegar harus disokong oleh semua pihak khususnya di Kelantan dan bukan menanganinya dengan cara samseng yang hanya mengesahkan sifat takut dan pengecut pihak-pihak tertentu. 

"Lebih menyedihkan jika tindakan seperti ini dilakukan oleh anak Kelantan yang mengaku berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu, nampaknya slogan ini hanyalah retorik semata-mata," katanya.

Untuk rekod, Gegar adalah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 57 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO). 

Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang bermatlamat mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Pelancaran Liga Dun Kelantan 2011