
(Pemuda PAS berhimpun membuat bantahan depan NST hari ini)
KUALA LUMPUR: Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir".
Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS.
Berkata
kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman
Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan
terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas."Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik.
"Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya.
Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.
Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.
Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan.
"Kita
akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada
itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk
tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP."Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi.
Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan lebih ramai lagi."
Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab.
Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut.
KUALA LUMPUR:
PAS mengarahkan semua ahlinya yang akan ke Himpunan Hijau ke Putrajaya 1
Jun ini agar membawa bendera PAS dan Jalur Gemilang kecil bersama
mereka.
PETALING JAYA:
PKR hari ini menuntut penjelasan daripada Ketua Bahagian Umno Lembah
Pantai Dato Raja Nong Chik berhubung serangan terhadap ceramah parti itu
di Apartmen Pantai Permai malam tadi.
KUALA LUMPUR:
Tindakan samseng termasuk penyokong Umno mengganggu program Pakatan
Rakyat sejak akhir-akhir ini memperlihatkan betapa tukutnya mereka
berdepan pilihan raya umum ke-13 nanti.
KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya
pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam
adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat
kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.
GUA MUSANG:
Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi
ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai
PAS.






















Dalam
ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat
untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar
mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
KUALA LUMPUR, 21 Mei:
Seluruh kepimpinan PAS diseru membuat persiapan awal bagi memastikan
matlamat himpunan lebih 100,000 di Ijtimak pilihanraya dan Munajat
Perdana pada 1 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya.

“Tahniah
diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya
menjuarai Piala FA sebentar tadi,” tulisnya dalam Facebook beliau.
"Saya
mengira bermula dari pemain, jurulatih, pihak pengurusan bahkan
pegawai-pegawai KAFA berhak untuk diberikan penghargaaan di atas
kejayaan yang bersejarah ini," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

Namun,
situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama,
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul
Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.
KUALA LUMPUR:
DAP menyifatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini semakin
tertekan dan menyebabkan tarikh pilihan raya umum ke 13 semakin tidak
menentu.
KUALA LUMPUR, 19 Mei:
Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi
mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot
Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.