Thursday, October 08, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG


TENTERA : JANGAN TAKUT UNDI PAS


1. Kebangkitan rakyat yang berlaku di sesebuah negara sebenarnya tidak meminggirkan peranan anggota tentera . Sebahagiannya anggota tenteralah yang memimpin kebangkitan tersebut .
2. Saya sebenarnya tidak bimbang sokongan anggota tentera kepada Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya tetapi malangnya kita dihambat oleh sistem undi pos yang terdedah kepada manipulasi pihak UMNO dan BN .
3. Begitu juga tekanan atau ugutan dari pegawai atasan kepada anggota tentera yang memaksa mereka mengundi UMNO dan BN seperti penggunaan borang 2 yang memuatkan data dan latar belakang pengundi tersebut . Sedang undi dalam sistem pilihanraya negara kita adalah rahsia . Apabila undi tersebut terdedah kepada pengetahuan pihak lain , ia mengganggu ketulusan dan ketelusan demokrasi .
4. Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa anggota tentera sewajarnya berada di hadapan bersama kebangkitan rakyat menuntut perubahan khasnya menentang rasuah . Inilah antara yang berlaku di negara - negara lain seperti Thailand yang akhirnya berjaya menuntut perubahan total dan meruntuhkan kerajaan rasuah .
5. Tiada apa sebenarnya yang perlu dibimbangi jauh sekali ditakuti oleh anggota tentera sesuai dengan semangat wira mereka sebagai anggota tentera yang sasa dan berani . Apatah lagi hanya sekadar untuk mengundi dan memberi sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang meskipun undi itu diketahui .
6. Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana - mana anggota tentera yang diambil tindakan semata - mata kerana ia mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak .
7. Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti .
8. Ingat pesan al Mursyidul Am PAS , jangan sesiapa takut untuk mengundi PAS . Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi . Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara . Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman .
9. Namun begitu , bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat , Dewan Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya dalam jarak sejengkal dibelakang dan mendahului kawalan dan pengawasan sejengkal di hadapan agar tiada sebarang penyelewengan .
10. Kami tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas mana - mana individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos sekalipun melibatkan pegawai - pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera . Harapan kita , tiada sebarang penyelewengan insyaallah .

KEJOHANAN BOLA SEPAK LIGA PARLIMEN MACHANG TAHUN 2009

KUMPULAN A
KUMPULAN B
PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA (8/10/09)
  • PASIR SENA FC VS PADANG SELISING FC
PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEDUA (9/10/09)
  • TAKEL FC VS KWENG HITAM FC

(BERLANGSUNG DI PADANG MAJLIS DAERAH MACHANG, JAM 5.00 PETANG)

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PARLIMEN MACHANG

1 Oktober 2009
  • Dewan Fc (0) Vs Kweng Hitam Fc (1)

3 Oktober 2009

  • Pasir Sena Fc (1) Vs Dewan Fc (2)

4 Oktober 2009

  • Temangan Fc (0) Vs Padang Selising Fc (1)

5 Oktober 2009

  • Pasir Sena Fc (4) Vs Kweng Hitam Fc (3)

6 Oktober 2009

  • Takel Fc (1) Vs Temangan Fc (2)

7 Oktober 2009

  • Padang Selising Fc (2) Vs Takel Fc (3)

KEJOHANAN BOLA SEPAK LIGA PARLIMEN MACHANG

KUMPULAN A
  1. PASIR SENA FC

  2. KWENG HITAM FC

  3. DEWAN FC

KUMPULAN B

  1. TEMANGAN FC

  2. PADANG SELISING FC

  3. TAKEL FC

Wednesday, October 07, 2009

NILAI UNTUNG RUGI SEBELUM MEMILIH CALON



Pengundi Bagan Pinang diminta menilai dengan teliti apa yang mereka dapat jika calon Umno menang dan apa yang mereka dapat jika calon Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil kali ini.
Bagi Pengarah Bersama Jentera PAS untuk pilihan raya kecil ini, Dr Dzulkefli Ahmad rakyat paling banyak untung jika calon PAS menang dalam pilihan raya ini.
"Jika PAS menang, Umno akan cuba memperbaikkan partinya yang terlalu banyak dipalitkan dengan isu rasuah, pembaziran, projek terbengkalai di peringkat kerajaan negeri.
"Bila itu berlaku, rakyatlah yang paling banyak mendapat manafaatnya.
"Jika Isa menang, Umno akan kian angkuh membawa pembangunan palsu untuk kepentingan kroni-kroninya dan rakyat tidak akan dapat apa-apa.
Demikian penegasan Dr. Dzulkifli Ahmad, pagi tadi, apabila ditanya untung rugi memilih calon Pakatan Zulkefli Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
(Gambar: Pilih Isa bermakna Umno dan BN akan kekal dengan kemusnahan yang dibawanya, kalau pilih Zul, Umno akan berubah supaya tidak rebah)
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menganggap beberapa pendedahan rasuah yang dipalitkan pada peribadi Isa itu membuktikan Isa tidak berupaya mengurus tadbir kerajaan negeri mahupun Dun kelak.
Beliau yang sebelum ini menyifatkan Isa sebagai ikon pembangunan palsu; mengajak rakyat menghitung pembangunan yang sedia ada di Port Dickson, sama ada benar-benar mengutamakan kualiti hidup rakyat atau mementingkan kroni-kronik tertentu dalam Umno sahaja.
Jika Umno menang, Umno akan kekal bongkak, angkuh, tidak mementingkan rakyat dan mengekal sistem pemerintahan korup yang ada.
Namun, jika Umno kalah, parti pemerintah di peringkat pusat itu akan berubah kerana takut rebah dan mengutamakan rakyat.
Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tokoh Umno yang begitu lantang mengkritik pencalonan Isa.
"Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabit," tegas Mahathir.
Bekas Perdana Menteri ini sehingga sekarang bertegas tidak mahu turun ke sini, berkempen untuk Isa yang diketahui khalayak melazimi rasuah.
Dalam perkembangan berkaitan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly dilihat tidak mempunyai maslaah integriti berbanding Isa.
Zulkefly yang pernah memimpin gerakan sukarelawan memperjuangkan isu-isu alam sekitar seperti No Incinerator Broga, sudah tentu diperlukan untuk menangani beberapa isu malar segar tempatan seperti pencemaran pantai-sungai, pembiakan lalat serta masalah sampah-sarap.
Manakala Isa yang pernah menjadi Adun Linggi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, dijangkakan berdepan pelbagai lagi kritikan, kerana rakyat sedang menghitung 22 tahun kepemimpinannya dalam kerajaan negeri sebelum ini.
Isu pergantungan keahlian Isa selama 3 tahun kerana sah melakukan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2005, sehingga mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan merencamkan lagi pelbagai tandatanya kepada calon taruhan Umno itu.
Perhitungan untung rugi antara Zulkefly dan Isa menyebabkan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan; kecuali memilih pemimpin yang amanah, bersih serta berkemampuan mengurus tadbir kerajaan serta Dun kelak.