Monday, July 19, 2010

Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS bukan sahaja menolak malah tidak melihat sebarang keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno biarpun pelbagai pendekatan mahu digunakan pemimpin parti pemerintah itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia.

"Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini.

"Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh,” katanya kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G).

Ianya termasuk isu hak royalti dan gran perkapita tahunan Kelantan dan isu serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Pakatan rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Dalam konteks itu jelasnya, PAS tidak melihat kenapa orang tengah diperlukan.

"Yang kita setuju adalah kerjasama kerajaan dengan kerajaan atas sifat federalisme.

"Selesaikan masalah negeri yang sudah lama tertunggak. Saya pelik kenapa G to G pun kena guna orang tengah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Lebih menimbulkan persoalan jelasnya, kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dicadangkan menjadi orang tengah untuk kerjasama G to G tersebut.

"Saya pelik kenapa Mufti Perak dicadang jadi orang tengah, sedangkan dia cenderung kepada kerjasama politik PAS-Umno yang kita memang dah tolak," soalnya pula.

Semalam, Muhyiddin dalam kenyataannya mempelawa mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam merealisasikan kerjasama PAS-Umno.

Beliau mempelawa bekas mufti atau Mufti Perak sendiri berbuat demikian.

PAS bagaimanapun tetap berpendirian menolak sebarang bentuk kerjasama politik selain atas semangat federalisma G to G.

"Prinsip Islam, tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa, tapi dalam Umno segala macam kemungkaran ada.

"Kita tidak akan mendukung biawak hidup dengan babi hidup," tegas Tuan Ibrahim.

Sepetang Bersama Pemuda PAS Cawangan Banggol Judah (Dun Kemuning)

Yang Berhormat Dun Kemuning
Bersama Pimpinan Dewan Pemuda PAS Machang

Segak Dan Bergaya
Jersi Puteh (DPPKM) Merah (Banggol Judah)

Ketua Pemuda PAS Machang
Menyerahkan Bola Sepak Tanda Kenangan Bersama
,
Ketua Pemuda Menyampaikan Amanat
Kepada Pemuda Yang Hadir
,
Amanat Di Dengar Dan Dimanfaatkan

Setiausaha Pemuda PAS Machang
Memulakan Bicara Majlis Ini
,

Bersiap Sedia Untuk Bertempur

Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu.
Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi.

Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas.

"Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif.

"Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya.

Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai).

"Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.