Monday, February 28, 2011


Ali Rustam Amal Dasar 'Apartheid' Di Melaka

MERLIMAU, 27 Feb : Dasar Apartheid dah lama berkubur di Afrika Selatan pada tahun 1993. Dasar yang tak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan.Diskriminasi melampau yang tak dapat diterima manusia normal. Walau bagaimanapun di Melaka yang kononnya Negeri Maju 2010, Ketua Menterinya masih lagi seolah-olah berbanggga dengan dasar serupa.

Tanpa segan silu dalam satu ceramahnya di Lipat kajang Merlimau malam semalam beliau memberitahu akan hanya mengutamakan penyokong BN dalam menagihkan bantuan kepada rakyat Melaka.

Pada sebelah siangnya semasa penamaan calon Ali Rustam dengan nada yang hampir serupa memberitahu wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong bahawa beliau hanya akan hanya mendengar suara dan permohonan mereka jika BN menang dalam pilihanraya di Merlimau. Inilah sebenar watak dalam pemimpin Umno, cuma Ali Rustam ni tanpa malu dan ragu bercakap secara terbuka. Pemimpin yang berfikiran seperti zaman batu yang sama sekali tidak layak untuk menerajui Melaka.

Biadota Calon PAS Dun Merlimau


Nama : Haji Yuhaizad bin Abdullah
Umur : 38 tahun
Pekerjaan : Ahli Politik
Alamat : Batu 23 ½ Kg. Chinchin


77000 Jasin Melaka



Nama Isteri : Shakila binti Mohamad
Pekerjaan : Guru
Bil. Anak : 04 orang



Kelayakan Akademik : Diploma Tasawwur Islam


Sijil Kemahiran MARA Kejuruteraan Mekanikal



Pengalaman Kerja : Juruteknik SIEMENS Semiconductor – 1994-1998

: Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (KOHAMAS) 1998-2000

: Pegawai Tadbir BORNEO Security Melaka – 2001-2003

: Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi 2003-2007

: Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Multimedia University 2010



Jawatan Dalam Parti

Kawasan : Timbalan Yang DiPertua Kawasan Jasin

: Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Jasin



Negeri : Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka

: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

: Pengerusi Lajnah Mobilisasi & Demokrasi Negeri

: Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Negeri



Pusat : Ahli Jawatankuasa Lajnah Mobilisasi & Demokrasi

: Ahli Jawatankuasa Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar

: Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya Pemuda Pusat



Pengalaman NGO : Mantan Bendahari Gerakan Belia 4B Kaw. Chinchin

: Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Kompleks Guru Daerah Jasin

: Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Amal Caw Melaka



Pengalaman Luar Negara : Menyertai Seminar Al Quds di Makkah Al Mukarramah Disember 2009

Banyak isu pembangunan tidak selesai di Kerdau - Tuan Ibrahim

KUALA KRAU: PAS dan Pakatan Rakyat Pahang menyangkal kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kononnya tidak ada isu yang perlu dibangkitkan pembangkang dalam pilihanraya kecil di Dun Kerdau sedangkan terlalu banyak masalah yang berlaku kata Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Dun Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada media dalam sidang media hariannya di Markaz Induk PAS di Kerdau, pagi tadi Tuan Ibrahim mendedahkan terdapat banyak isu yang menyebabkan bandar Kerdau ketinggalan sejak puluhan tahun terutama dari aspek pembangunan.

Malah, lebih buruk lagi beliau mengkritik bagaimana berlakunya kelemahan perancangan dan pengurusan kerajaan menyebabkan adanya bangunan kuarters Polis yang terbengkalai dan kelihatan usang.

"Kita hairan bagaimana bangunan kediaman itu dibina cukup besar sedangkan jumlah keanggotaan Polis, saya difahamkan hanya berjumlah 16 orang. Ini menunjukkan kelemahan perancangan sehingga boleh membazirkan wang kerajaan," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim keadaan fizikal bandar Kerdau yang tidak ada pembangunan yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa telah membayangkan kepada kita akan kegagalan kerajaan bertindak sewajarnya.

"Saudara lihatlah bandar Kerdau yang tidak membangun sejak puluhan tahun, keadaan klinik kesihatan yang kecil dan tidak selesa ini membuktikan bagaimana kerajaan mengabaikan tanggung-jawab mereka," kata Tuan Ibrahim.

Selesai sidang media, para wartawan dibawa melawat pekan Kerdau bersama calon PAS, Hassanuddin Salim bagi membuktikan kenyataan yang dibuatnya.

Biodata Calon PAS Dun Kerdau

BIODATA RINGKAS

Nama : Hassanuddin bin Salim
Usia : 43 Tahun
Tempat Lahir : Kg. Loyang, Sanggang
Asal : Kampung Loyang Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang
Pekerjaan : Usahawan
Kelulusan : 15 tahun dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah

: Pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk


Industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital temerloh

: Pernah berkhidmat di Sudan dalam industry minyak dan gas
Kegiatan Masyarakat : Pengerusi Surau Ar-Rahman Taman Tinah, Seberang Temerloh
Jawatan Parti : Bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang

: Kini, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh dan Ketua Penerangan PAS Pahang

:

Mewakili PAS dalam P’raya 2004 (Lanchang) dan 2008 (Kerdau).

Penduduk tegur MB agih Biasiswa Macam Angpau

Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

“Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

“Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa,” jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

“Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.

Umno Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Parti Islam SeMalaysia meminta supaya Umno jangan tunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu. Umno cuba menunjukkan merekalah juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela Melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya Umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu. PAS mencabar Umno supaya menjawab persoalan ini. Siapa punya angkara sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand? Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian? Siapa yang khianat tulisan jawi? Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu lesap. Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang. Terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai. Selagi Umno mendakwa PAS yang khianat orang Melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada melayu di negara ini. PAS akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini. Perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin Umno, sedangkan Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara Umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.

Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa. PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulama' diburu seperti penjenayah. Sedangkan PAS memperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat