Friday, January 22, 2010

DPPKM Ucap Takziah, Pondok Lubuk Tapah Terbakar

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan takziah kepada pengurusan Pondok Lubuk Tapah yang kehilangan 3 blok asrama pelajar lelakinya dalam kebakaran jam 2 pagi hari ini.

Pondok Lubuk Tapah merupakan pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Che Wan pada tahun 1931.

Pondok ini telah banyak berbakti kepada rakyat Kelantan dan umat Islam dinegara ini umumnya dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang berharap agar alumni Lubuk Tapah bersama ahli PAS dapat memberikan sumbangan bagi membina semula bangunan yang telah terbakar.

Bagi yang ingin memberikan sumbangan bolehlah hubungi pejabat pondok berkenaan di talian : 09-7905672 atau saudara Azlan 014-5064930.

Bakar Surau Kerja Orang Tidak Siuman

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.
,
Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal.
,
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya.
,
Menurut Idris, Allah pasti akan menghukum sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan rumahNya (Masjid-Surau) sebagaimana yang terkandung dalam Sural Al-Fil ayat1-5 ;
,
"Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tentera- tentera Bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasukan-pasukan. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang dimakan ulat."
,
Jika Allah tidak menghukumnya di dunia, Allah telah menyediakan janjiNya untuk menghukum mereka yang melakukan dosa tersebut diakhirat.
,
“Dan engkau akan melihat pada hari itu orang yang berdosa terikat dengan belenggu-belenggu. Pakaian mereka daripada qatiran (bahan logam) yang panas, dan muka mereka ditutup dengan api neraka. Kerana Allah akan memberi balasan kepada setiap diri menurut apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah amat cepat membuat hitungannya. “-Surah Ibrahim ayat 49-51
,
Sehubungan itu, katanya, PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi dengan membakar rumah-rumah ibadat supaya menghentikan perbuatan bodoh mereka itu. Mereka sepatutnya berusaha untuk hidup dengan aman tanpa menyusahkan orang lain.
,
PAS, menurutnya, mahu kes ini disiasat segera oleh pihak polis dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke Mahkamah.
,
PAS juga mengesa supaya jentera Penerangan dan Dakwah bersama Lajnah Perpaduan Nasional mengiatkan ceramah penerangan bersama rakyat serta dialog bagi memberikan penjelasan berhubung isu nama Allah serta memperkukuhkan semangat muhibbah kalangan rakyat pelbagai kaum.

Sunday, January 17, 2010

5 Wasiat Dari Allah S.W.T Kepada Rasulullah S.A.W

Oleh:akhuyadin

Dari Nabi S.A.W, "pada waktu malam saya diisra`kan sampai ke langit,Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

. Putuskan haripan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat.Saya berkata kepada mereka,berikanlah nasihat yang berguna kepada saya,yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T
Lalu mereka berkata, "kami wasiatkan kepadmu 7 perkara,iaitu :
. Orang yang banyak bicaranya,jangalah kamu harapkan sangat kesedaranya.
. Orang yang banyak makan,janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah daripadanya.
. Orang yang banyak bergaul dengan manusia,janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
. Orang yang cinta kepada dunia,janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
. Orang yang bodoh,janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim,janganlah kamu sangat kelurusan agamanya.
. Orang yang mencari keredhaan manusia,janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

Motivasi Pemuda Islam Siri II


Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang menjemput semua ke Motivasi Pemuda Islam Siri II beramai-ramai dalam misi usrah Pemuda Kawasan ke Pemuda DUN.