TASIK GELUGOR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub sekali
lagi memberi peringatan kepada jentera Pakatan Rakyat agar berkerja
keras jika mahu menggapai impian menguasai Putrajaya.
Beliau yang
juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, laluan Pakatan Rakyat menuju
ke Putrajaya akan menjadi lebih mudah jika kedudukan BN di tiga negeri
iaitu Sarawak, Sabah dan Johor dapat ditempangkan..
Ini kerana ketiga-tiga negeri itu kini adalah talian hayat Umno untuk terus kekal berkuasa.
"Tempangkan
dulu tiga negeri yang menjadi teras kekuatan BN iaitu Sabah, Sarawak
dan Johor sebab negeri terbabit adalah nadi Umno dan BN.
"Jika dapat dikurangkan pasti memberi peluang Pakatan Rakyat ke Putrajaya dengan mudah sekali, " katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap di program Karnival Penerangan Terkini
(KarPenTer) anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri dengan kerjasama PAS
Tasek Gelugor di Dewan JKKK Simpang Empat Permatang Buluh semalam.
Sehubungan itu katanya, selain memberi tumpuan di negeri-negeri lain, tumpuan lebih pula perlu diberikan kepada tiga negeri ini.
Sebab
itu katanya, ramai kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kini berada di
Sarawak, Sabah dan Johor ekoran terdapat angin perubahan rakyat yang
sangat memberangsangkan.
Menurut beliau lagi, jika ketiga-tiga
negeri ini menunjukkan perubahan besar menjelang PRU13, pasti Perdana
Menteri Datuk Seri Najib tidak mampu tidur lena.
"BN memang
selesa di tiga negeri tersebut. Tak apa itu situasi lama berlainan
dengan sambutan masyarakat hari ini di mana Umno dan BN tidak berani
lagi bersiul di tengah jalan kerana khuatir mendapat malu, " katanya.
No comments:
Post a Comment