TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan ‘negara kebajikan’? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.
(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)
“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.
"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah ‘negara kebajikan’ ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.
"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.
Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.
“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim (gambar).Istilah ‘negara kebajikan’ yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya ‘rakyat dahulu’ menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).
Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah ‘negara kebajikan’, Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.
“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.
"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan ‘Umno kecewa PAS tolak perpaduan’ dan sebagainya,” terang beliau.
SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.
KOTA BHARU, 8 Jun: Di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gual Ipoh, Tanah Merah jentera pilihan raya PAS mengesan lebih 300 orang tidak dikenali pada senarai pemilih baru suku pertama dipamerkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain.
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.
KOTA BHARU, 7 Jun: Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas ulasan beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Muktamar PAS ke-57 yang berlangsung 3 hingga 5 Mei lalu banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya dan bukan memfokuskan perjuagan Islam parti itu lagi.
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?
KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.
Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.
"Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya," katanya.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Kerajaan BN yang ditunjangi Umno BN pasti akan jatuh suatu masa nanti bukan hanya kerana kekuatan umat Islam semata-mata, tetapi juga kerana kezalimannya sendiri sepanjang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu.











KUALA LUMPUR, 4 Jun:
"Ini secara langsung menolak dakwaan Umno BN yang mengatakan golongan muda semakin ramai yang menyokong mereka, dengan mengambil perkiraan pada majlis Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 4 Jun:









