Thursday, December 27, 2012

PAS Pahang selami keperitan mangsa banjir


(Tuan Ibrahim bertemu mangsa banjir di Masjid Cherating)

KUANTAN: Masalah yang sama berulang saban tahun dan tiada penyelesaian konkrit! Itulah intipati keluhan wakil penduduk Cherating yang meluahkan perasaan mereka kepada rombongan PAS Pahang yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mereka menziarahi mangsa banjir yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan, Pahang.

Menurut wakil penduduk tersebut yang lebih memilukan lagi ialah Masjid Cherating yang merupakan masjid utama di perkampungan ini pasti akan di genangi air  yang hampir mencecah lantai masjid.

(Masjid Cherating yang ditenggelami air)

Ia menyulitkan penduduk dan pengguna yang singgah untuk menunaikan solat memandangkan masjid tersebut terletak di laluan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Harakahdaily selepas lawatan ke pusat penempatan tersebut mendapati Masjid Cherating masih di genangi air dan begitu juga dengan deretan rumah penduduk yang terletak disepanjang jalan tersebut.

Situasi tersebut jelas memperlihatkan kegagalan sistem perparitan dan saliran sebagai salah satu punca utama kesan dari limpahan hujan menjadi bertambah serius.
Justeru itu PAS Pahang melalui Pesuruhjayanya menegaskan agar keluhan penduduk di sini di beri perhatian utama oleh agensi yang bertanggungjawab agar rumah Allah dapat di pelihara kebersihannya dan kebajikan penduduk dapat di tingkatkan.

(Tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pengerusi masjid)


Seramai 366 orang masih di tempatkan di situ setakat pukul 2 petang tadi yang terdiri 83 buah keluarga termasuklah 5 orang dari warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Tinjauan Pesuruhjaya Pahang tersebut turut di sertai oleh Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan Pemuda Ustaz Fadhil Noor, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah Tuan Haji Mustapa serta AJK Pas Kawasan Indera Mahkota.

Tuan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan untuk kegunaan penduduk terjejas sebagai tanda simpati PAS terhadap mangsa yang terlibat.

26/12/12 :- Jelajah Kebangkitan Anak Muda Di Dewan Majlis Daerah Machang










Penduduk Kg Batu Uban dicadang mohon injunksi

 
KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Batu Uban, Pulau Pinang hari ini menuntut Kerajaan Pusat mewartakan kampung itu sebagai kampung warisan.

Langkah tersebut dilihat perlu bagi mengelakkan sebarang pengambilan tanah secara berleluasa dilakukan, lebih-lebih lagi ke atas tanah milik orang Melayu.

Wakil penduduk kampung berkenaan, Iszuree Ibrahim, berkata kampung yang berusia lebih 375 tahun itu berada dalam keadaan 'tidak menentu' apabila terdapat pihak pemaju yang menunjukkan minat terhadap kampung berkenaan.

Beliau yang juga ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang, berkata jika kerajaan mewartakan kampung tersebut sebagai perkampungan tradisi atau warisan, tidak ada pihak yang boleh mencerobohi tanah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan memorandum ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), hari ini.

Iszuree mendesak Suhakam campur tangan dalam hal ini bagi memastikan kampung tersebut diwartakan sebagai kampung warisan, yang merupakan penempatan Melayu terawal di Pulau Pinang.

"Kami pernah menghantar surat kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berhubung perkara ini.

"Kita juga pernah mengadakan pertemuan dengan timbalan ketua menteri, dan bersetuju dengan tindakan kami mempertahankan kedudukan kampung tersebut," tegas beliau.


Mohon Injunksi

Dalam pada itu, Suhakam dalam responsnya meminta penduduk kampung memohon injuksi bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan dilakukan pihak pemaju.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nagayan berkata pihaknya akan meneliti kes tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

Bagaimanapun, beliau menunjukkan keprihatinan dengan keadaan kampung yang bersejarah tersebut dan meminta wakil penduduk bertindak segera mengemukakan injuksi ke mahkamah.

Difahamkan, terdapat segelintir penduduk kampung berkenaan bersetuju untuk menjual tanah mereka kepada pihak pemaju, Era Kemas dengan dijanjikan sedikit 'habuan'.

Manakala, sebahagian lagi penduduk menentang hasrat tersebut dan bertindak mempertahankan kampung tersebut.

Selain Kampung Batu Uban, Kampung Tanjung Tokong turut menghadapi kemelut yang sama apabila UDA Holdings turut berhasrat membangunkan semula tanah tersebut.

Bagaimanapun, penduduk di kedua-dua kampung berkenaan tidk bersetuju dan mendesak agar kerajaan segera mewartakan perkampungan melayu itu sebagai kampung warisan.

Zailah guna lori hantar bantuan banjir

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rantau Panjang mengambil inisiatif mengagihkan keperluan asas kepada mangsa banjir menggunakan lori.

Sejak Kelantan dilanda banjir bermula Isnin lalu akibat air Sungai Golok merentasi Daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak menang tangan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.

Hari ini beliau mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.

"Keadaan banjir di sini masih lagi buruk dan hai ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta orang ramai berdoa agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku sepanjang bencana alam ini.

"Di samping menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita berdoa agar semua urusan dipermudahkan dan tiada kejadian buruk menimpa kita sepanjang menghadapi musim tengkujuh ini," ujarnya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini ialah 4010 orang.

Manakalan enam jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf, Jalan Pengkalan Rakit Bata, Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Pangkal Gong - Kemubu, Jln Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jln Cabang 4/Kg Jambu/Meranti.

Wednesday, December 26, 2012

JOM Pakat mari ramai2...!!!


Makluman Pindaan Tempat Ceramah


Pemuda PAS Machang Menziarahi Mangsa Banjir Di Kg Tengah, Pangkal Chuit (Dun Temangan)







Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek


KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan  Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.


(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.

Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."

"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.

Pemuda PAS Machang Menziarahi Mangsa Banjir Di Sekitar Machang