Wednesday, December 26, 2012

TG Nik Aziz lelong barang peribadi di Makan Malam PAS N9



SEREMBAN: Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hari Jumaat, 28 Disember ini.

Majlis makan malam tersebut akan bermula pada jam 08.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dan akan memberikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

Tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi) boleh dibeli dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.

No comments: