Thursday, December 27, 2012

PAS Pahang selami keperitan mangsa banjir


(Tuan Ibrahim bertemu mangsa banjir di Masjid Cherating)

KUANTAN: Masalah yang sama berulang saban tahun dan tiada penyelesaian konkrit! Itulah intipati keluhan wakil penduduk Cherating yang meluahkan perasaan mereka kepada rombongan PAS Pahang yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mereka menziarahi mangsa banjir yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan, Pahang.

Menurut wakil penduduk tersebut yang lebih memilukan lagi ialah Masjid Cherating yang merupakan masjid utama di perkampungan ini pasti akan di genangi air  yang hampir mencecah lantai masjid.

(Masjid Cherating yang ditenggelami air)

Ia menyulitkan penduduk dan pengguna yang singgah untuk menunaikan solat memandangkan masjid tersebut terletak di laluan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Harakahdaily selepas lawatan ke pusat penempatan tersebut mendapati Masjid Cherating masih di genangi air dan begitu juga dengan deretan rumah penduduk yang terletak disepanjang jalan tersebut.

Situasi tersebut jelas memperlihatkan kegagalan sistem perparitan dan saliran sebagai salah satu punca utama kesan dari limpahan hujan menjadi bertambah serius.
Justeru itu PAS Pahang melalui Pesuruhjayanya menegaskan agar keluhan penduduk di sini di beri perhatian utama oleh agensi yang bertanggungjawab agar rumah Allah dapat di pelihara kebersihannya dan kebajikan penduduk dapat di tingkatkan.

(Tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pengerusi masjid)


Seramai 366 orang masih di tempatkan di situ setakat pukul 2 petang tadi yang terdiri 83 buah keluarga termasuklah 5 orang dari warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Tinjauan Pesuruhjaya Pahang tersebut turut di sertai oleh Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan Pemuda Ustaz Fadhil Noor, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah Tuan Haji Mustapa serta AJK Pas Kawasan Indera Mahkota.

Tuan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan untuk kegunaan penduduk terjejas sebagai tanda simpati PAS terhadap mangsa yang terlibat.

No comments: