Saturday, September 26, 2009

KEUTAMAAN JIHAD

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : Nabi Muhammad Saw. Pernah bersabda,”Allah Azza wa Jalla mengangkat derajat orang yang berjihad di jalan Allah, dan ia melakukan hal itu (berjihad) semata-mata karena beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya, Allah akan membalasnya dengan (pahala) atau rampasan perang (bila di hidup) atau surga (bila ia terbunuh)”. Kemudian Rasulullah SAW meneruskan,”jika tidak kuatir memberatkan umatku, niscaya aku tidak ingin tinggal di belakang setiap sariyya (unit pasukan) yang pergi berjihad di jalan Allah dan aku ingin gugur sebagai syahid di jalan Allah dan kemudian dihidupkan lagi, (berjihad) dan syahid kembali lalu dihidupkan lagi, (berjihad) dan syahid kembali”.

KENANGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK LIGA DUN

Antara Gambar Pasukan Yang Sempat Diambil..

Alhamdulillah....Kejohanan Bola Sepak Liga Dun Dalam Parlimen Machang Berjaya Diadakan.
Nantikan Kejohanan Bola Sepak Liga Parlimen Machang..Tunggu Kehebatannya.

KENANGAN PESTA PASTI MACHANG MERIAH.....

Pengerusi PASTI Kawasan Machang
Sdr. Zainul Amin Mat Zin
Menyampaikan Ucapan Aluan

Ketua Dewan Pemuda PAS Machang
Ustaz Hatman Abdullah
Menyampaikan Hadiah Kepada Yang Berjaya

Wajah Anak - Anak PASTI Machang

Pertandingan Bola Sepak

Kelihatan..Setiausaha DPPKM
Ustaz Mohd Fitri Umar
Mengadili Pertandingan Bola Sepak

Siap Sedia Dalam Acara Tarik Tali

Pertandingan Bola Jaring

YB Hj Zulkifli Mamat (ADUN Pulai Chondong)
Menyampaikan Ucapan Perasmian Penutup

Ketua Dewan Pemuda PAS Machang
Menyampaikan Ucapan...

Perbarisan Anak - Anak PASTI Machang

Dun Pulai Chondong

Dun Temangan

Dun Kemuning

PERUTUSAN EIDILFITRI 1430 DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha MengasihaniAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhAllahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Segala puji bagi bagi Allah SWT, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sleuruh ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya.Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada rakyat negeri Kelantan terutama para pendokong wadah perjuangan Islam yang suci dan lebih khusus lagi kepada para pemuda Islam yang telah beristiqamah dengan perjuangan Islam serta tidak ketinggalan kepada seluruh muslimin-muslimat di negara Malaysia ini.Dengan berakhirnya Ramadhan, Syawal pula tiba di ambang kehidupan dengan membawa nafas Aidil Fitri sebagai hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal, memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapi Ramadhan serta berharap agar segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang berlalu diterima oleh Allah SWT.Sesungguhnya puasa yang telah kita lalui tidak bertujuan melainkan membentuk kita menjadi insan yang bertaqwa. Di tengah-tengah kemelut berdepan dengan segala macam ujian daripada Allah SWT berbentuk wabak penyakit, masalah sosial, kejahilan dan kepincangan sistem masyarakat yang berpunca daripada hilangnya rasa taqwa, maka ibadat puasa diharapkan dapat mengembalikan semula kekuatan yang telah hilang daripada umat Islam.Bagi pihak DPPNK, saya mengharapkan agar kita masing-masing meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan berlaku adil dan menyempurnakan amanah yang dipikulkan Allah SWT ke atas bahu kita dengan sebaik-baiknya. Semoga perjuangan Islam yang kelihatannya semakin diterima oleh masyarakat Malaysia terus berdiri tegak memacu perubahan ke arah yang lebih positif untuk masa depan ummah di negara ini, Insya-Allah.Sekali lagi, DPPNK mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, selamat pulang ke kampung halaman kepada anak-anak perantauan. Semoga Allah memberkati kita semua, Insya-Allah.Allahuakbar allahuakbar allahuakbar.
YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
KetuaDewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) 2009/2011
Bertarikh : 1 Syawal 1430H / 20 September 2009

Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
DARIPADA :
PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG
SESI 2009 / 2010

UMNO CIPTA ISTILAH TIDAK TEPATI ISLAM

Sekalian penulis dan pemikir Islam yang istoqomah telah mengulas kalimah dan konsep Hadharah hanya menerima konsep Hadharah Islamiyah sahaja (bukan Islam Hadhari).
Ulasan dan huraian mereka dalah bertujuan untuk menjelaskan kepada golongan yang salah faham terhadap Islam, golongan ini beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanyut, boleh diheret kepada penyelewengan seperti yang berlaku terhadap penganut agama di kalangan umat terdahulu.
Atau mereka itu terpengaruh dengan ideologi dan teori ciptaan manusia. Pada pandangan mereka, Islam itu jumud tanpa anjal semata-mata kerana Islam bertegas dalam perkara-perkara tertentu yang di izin para sahabat dan para tabi'in yang ikhlas.
Perkataan Islam Hadharah yang diuar-uarkan oleh Umno mempunyai tujuan dan objektif yang tidak pernah istiqamah, malah ianya kabur, menyeleweng dan berisiko menyesatkan.
Perlaksanaan Islam yang mereka lakukan bukan kerana hidayah dan ubudiyah, tetapi kerana jibayah dan maslahah duniawiyah, contoh terkini ialah siptaan istilah Islam Hadhari. Ia suatu ungkapan indah yanh menggoda tetapi pada masa yang sama mengelirukan dan dusta belaka.
Tindakan mereka samalah seperti yang pernah dilakukan oleh golongan Tartar yang pernah menakluk Baghdada dengan mengemukankan perlembagaan Yasaq, mencapur-adukkan Islam dengan kesesatan, atau seperti Raja Akbar Agung dari India yang menggunakan perkataan Din-Ilahi yang telah menyesatkan umat Islam India pada zamannya.
Untuk memperkasakan dasar Islam Hadhari, Umno akan mengadakan kursus-kursus kepada semua kakitangan kerajaan di bawah perancangan dan peruntukan yang besar yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
Harapan mereka ialah supaya golongan yang menjadi sasaran akan menyokong dan menjadi alat kepada Umno. Justeru, satu jawatankuasa pelaksanaan peringkat tertinggi telah ditubuhkan yang terdiri daripada kalangan mereka yang berlatar-belakangkan agama.
Program seminar shusus akan dilaksanakan di seluruh negara, yang melibatkan sektor dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan, syarikat-syarikat korporat yang besar serta badan-badan berkanun.
Mengikut dakwaan mereka, ini adalah program pembaharuan minda yang khas kepada umat Melayu Islam dalam semua kumpulan. Ianya juga bertujuan menimbulkan kesedaran diri, mempertingkatkan amalan rohani dan memperjuangkan kebenaran.
Kononya program ini adalah untuk menjelaskan peranan dan sumbangan Islam dalam konteks pembangunan negara Islam adanya jalinan hubungan dengan Allah ASW dan juga menjalin silaturahim sesama kikitangan serta pihak pentadbir.
Perlaksanaan program ini juga dikatakan bertujuan untuk memberikan penjelasan sebenar akan pengertian Islam tentang pembangunan negara, ia dikira satu tuntutan agama, kononnya selari dengan kehendak al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka mendakwa, rata-rata rakyat negara ini telah disalah ertikan dan menolak pembangunan sebagai satu tuntutan agama yang mereka pelajari dari ceramah-ceramah jalanan yang tidak berhemah.
Mereka mengatakan bahawa dengan memahami penjelasan demikian nescaya dapat membentuk masyarakat Islam yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang sebenar.
Sebenarnya mereka mahu membentuk supaya semua pekerja dalam negara ini menyokong usaha-usaha Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020.
Mengikut dakwaan mereka, program ini adalah satu-satunya program ilmu yang boleh membentuk dan membina kesedaran di kalangan umat Islam di negara Malaysia ini. Melalui ilmu yang disampaikan, umat Islam diharapkan akan memahami bahawa dirinya itu adalah seorang pekerja yang soleh, dengan kerja yang sedang dilakukan itu akan membolehkannya mendapat ganjaran syurga.
Program seminar ini akan mempastikan seluruh kakitangan kerajaan dalam negara ini sebagai jentera kerajaan dan Umno yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan dasar kerajaan Barisan Nasional, sekali gus memberi sokongan pasu kepada kerajaan Barisan Nasional.
Perancangan mereka ini sebenarnya menepati firman Allah SWT menerusi ayat 112-113 surah al-An'am yang bermaksud : " Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan kepada sesetngahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarannya. Dan jika tuhanmu mengkehendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biolah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
"Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu."
Kini secara disedari atau tidak, mereka sedang membuka tembelang sendiri untuk didedahkan kepada umat Islam bahaw beberapa ajaran Islam dan isu agama sedang diputar-belitkan dengan caya yang menarik.
Mereka juga memesongkan ajaran Islam yang mulia dan suci, dengan urusan duniawi, tanpa memberi ruang kepada Islam berkuasa untuk mentadbir dan memandu sepenuhnya.
Bahkan yang paling ketara sekali bahawa Islam Hadhari bukan bertujuan untuk kepentingan Islam, tetapi adalah untuk kepentingan Umno.

JANGAN BIARKAN DIRI TERUS DAN MUDAH DISENGAT

Antara bencana yang melanda umat Islam setelah jatuhnya Khilafah Othmaniyah di Turki pada awal abad lalu, bukan sahaja tanah air dan negeri mereka dijajah oleh golongan bukan Islam, teteapi yang lebih merbahaya daripada itu ialah apabila fikiran dan pemikiran mereka turut dijajah oleh fahaman, pemikiran ideologi dan teori bukan Islam.
Kita melihat betapa kesannya penjajahan itu dirasai sehingga ke hari ini, walaupun sebahagian besar negeri uamt Islam di Asia, di Afrika dan sebagainya telah mencapai kemerdekaan, kononnya penjajah telah pulang ke negara asal masing-masing dan pemerintahan bumi milik umat Islam dipimpin oleh orang-orang yang berlatar belakangkan agama Islam.Kita dapat melihat betapa penyelesaian-penyelesaian yang tidak bersifat islamik diamalkan berpuluh-puluh tahun dalam negara umat Islam, masih lagi tidak kembali kepada Islam dengan cara yang bersungguh-sungguh dan sempurna serta menunjukkan keyakinan dan kepercayaan kepada Islam.Bukan sahaja ia tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dipusakai dari zaman penjajahan bukan Islam, tetapi ditambah dengan masalah-masalah baharu.
Semuanya menandakan betapa kebatilan ideologi ciptaan manusia dan betapa tidak benarnya ajaran yang direka manusia, sama ada yang berbentuk undang-undang, ekonomi, pentadbiran atau seumpamanya yang merupakan undang-undang dan sistem yang tidak boleh melepaskan diri dari sifat kelemahan manusia. Manusia yang mengadakan peraturan-peratuaran dan cara-cara yang tersendiri dalam mengendalikan urusan ini adalah melakukan saatu penyelewangan daripada agama Allah.Biarlah umat yang bukan Islam melakukan penyelewengan itu. Apa yang menjadi masalah ialah orang yang mengaku diri mereka sebagai orang-orang Islam, turut sama dengan melakukan penyelewangan yang berlaku dalam masyarakat, lalu diamalkan di dalam negara umat Islam, maka berlakulah penyelewengan demi penyelewengan.Kita dapat melihat umat Islam masih berada dalam keadaan yang cukup lemah, kerana dipengaruhi oleh musuh-musuh yang bukan Islam dan masih boleh diperkotak-katikkan oelh musuh mereka.Biarkanlah orang-orang bukan Islam tercari-cari penyelesaian hidup mereka, tetapi yang menjadi masalah kenapa kita sebagai orang yang mengaku Islam dan telah diberi kebenaran oleh Allah, juga masih tercari-cari seperti mereka sedangkan kita memiliki Islam yang dikurniakan oleh Allah.Kita membaca dan mendengar negara-negara barat yang sebahagian besar penduduknya menganut agama Kristian telah beramal dengan agama itu mengikut kamahuan dan nafsu mereka. Kita juga melihat negara-negara barat telah meminda dan mengubah dasar negara mereka serta amalan-amalan yang dilakukan dari masa ke semasa.Begitu juga keadaan yang sama berlaku di negara beraliran kefahaman komunis yang menganut ajaran ediologi itu, menggunakan tabir besi supaya rahsia yang ada di dalam negara tidak sampai keluar diketahui umum.Kita melihat Rusia yang menganut ajaran komunis telah menyeleweng dari ajaran itu dan sudah meminda serta mencari jalan dan perkara baharu bagi menyelesaikan masalah. Itulah juga yang dihadapi oleh negara-negara lain yang menganut fahaman kapitalis dan sosialis. Mengapa kita sebagai umat Islam masih meraba-raba dalam mencari kebenaran sedangkan kita sudah mempunyai kebenaran dari Allah SWT.Kita juga melihat bagaimana malapetaka dan bencana yang menimpa umat Islam iaitu perasaan tidak yakin, lemahnya iman dan pegangan akidah mereka terhadap Allah itu.Kita melihat mereka yang dipertanggungjawabkan unutk memimpin umat Islam ketika menyelesaikan masalah negara jika di ambil Islampun hanyalah sekadar sebahagiannya sahaja, tidak dengan cara bersungguh-sungguh serta tidak dengan cara yang menunjukkan keyakinan, hingga mereka memaksa Islam mengikut selera dan kemahuan mereka.Kita melihat sudah banyak badan-badan, jawatankuasa-jawatankuasa dan berbagai-bagai lagi yang dibentuk dan ditubuhkan kononnya untuk mengkaji Islam, tetapi pada hakikatnya mengkaji mana yang dapat disesuaikan dengan selera dan kemahuan mereka.Tidakkah Allah telah menyatakan bahawa beriman dengan sebahagian kitab (Al-Quran) dan menolak sebahagian yang lain, adalah kerja-kerja Syaitan dan tidakkah ia merupakan sebahagian daripada kekufuran?Allah menyifatkan bahawa beriman dengan sebahagian kitab dan tidak beriman dengan sebahagian yang lain adalah satu tindakan kekufuran, sebagaimana ditegaskan dalam ayat 85 surah Al-Baqarah yang bermaksud :" Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain?" Sesungguhnya Allah SWT menganggap tidak beramal dengan seluruh ajaran Islam atau dengan kata lain mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain adalah kerja dan amalan syaitan yang terkutuk, sebagaimana yang disebut dalam ayat 208 surah Al-Baqarah maksudnya :"Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata."Dan kita juga dapat melihat mereka yang tidak yakin untuk melaksanakan Islam sepenuhnya, iaitu masih teragak-agak dan melakukan penipuan terhadap umat Islam bahawa mereka juga mahu kepada Islam, tidak dapat menyembunyikan kelemahan mereka terhadap Islam, dimana mereka lebih yakin dan percaya kepada janji-janji syaitan daripada janji Allah yang memberi keberkatan dan kurniaan kepada siapa yang beramal dengan Islam.Marilah orang Islam, sedar dan insaf, mereka tidak harus disengat beberapa kali dari satu lubang kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :"Tidak harus orang yang beriman itu disengat dua kali dari satu lubang."Sudah beberapa kali umat Islam disengat dari lubang yang sama, tetapi mereka masih tidak serik dan tidak mahu kembali kepada Islam. Mereka telah ditipu oleh penjajah yang bukan Islam dan ditipu oleh anak-anak penjajah yang diasuh dengan cara yang bukan Islam beberapa kali.Apakah mereka tidak sedar walaupun beberapa kali disengat dengan penipuan yang berlaku, dengan perkara-perkara yang melanda mereka dengan masalah yang ada dihadapan mereka?Adakah mereka tidak mempunyai perasaan, tidak mempunyai kemanisan iman dan tidak mempunyai kesedaran serta keinsafan yang sebenarnya untuk tunduk kepada Allah SWT?Firman Allah dalam ayat 83 surah Ali Imran yang bermaksud :"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepada Nya lah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan dibumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan."