KOTA BHARU: Pemuda
PAS Kelantan melahirkan rasa simpatinya dengan Pemuda Umno yang
mempunyai ketua tetapi tidak dihormati langsung oleh Umno.Demikian kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) yang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mengenai 'isu Amanat Haji Hadi' hari ini.
Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa siaran langsung penjelasan Presiden PAS adalah merbahaya.
"Saya hanya ingin menyuarakan simpati kepada Pemuda Umno kerana mempunyai ketua seperti ini.
"Barangkali inilah faktornya beliau tidak terpilih menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekalipun memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Abdul Latif dalam kenyataannya hari ini.
Dalam kenyataan yang sama, Abdul Latif berkata, beliau terpanggil untuk memberikan respon terhadap kenyataan beberapa orang mufti berkaitan isu permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk muncul di kaca televisyen secara langsung bagi memberikan penjelasan berkenaan apa yang didakwa sebagai 'Amanat haji Hadi'.
Kenyataan para mufti yang dimaksudkan ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar-akhbar pada hari ini 2 Januari 2013.
"Saya ingin melahirkan rasa terkilan dan tidak bersetuju dengan pandangan para mufti yang beranggapan bahawa siaran langsung penjelasan tersebut tidak perlu kerana akan menambah kekeliruan," katanya.
Bahkan ada yang mempertikaikan niat sebenar Presiden PAS tersebut adakah mahu memberikan penjelasan ataupun mahu mencari populariti?
"Pada saya, tidak timbul isu mencari populariti kerana pihak yang mencetuskan kembali isu yang telah berlalu tiga dekad ini ialah media massa milik UMNO/Barisan Nasional sendiri," katanya.
Katanya, Presiden PAS telah dikutuk dan dilanyak selama berminggu-minggu dengan pelbagai jenis kecaman dan tohmahan, justeru beliau berhak untuk memberikan penjelasan yang boleh diakses oleh semua pihak.
Sekiranya penjelasan Presiden PAS dibimbangi menimbulkan kekeliruan, adakah para mufti sendiri sanggup menegur sikap kerajaan yang membenarkan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan yang disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen yang tentunya mempunyai kesan sosial terhadap anak muda? soal beliau.
"Adakah adil namanya apabila ucapan Presiden Umno ketika Perhimpunan Agung Umno disiarkan terus menerus secara langsung namun hak Presiden PAS untuk memberikan penjelasan ke atas fitnah yang dilemparkan hanya untuk sejam telah dinafikan?
"Tidakkah ruang sejam yang diberikan kepada Presiden PAS itu boleh dijawab semula dengan penjelasan selama berminggu-minggu oleh para mufti ini?
"Atau mufti-mufti ini merasa tidak yakin dengan kemampuan ilmu yang ada pada mereka untuk menjawab kembali penjelasan Presiden PAS?" soal beliau lagi.
Perlu diperjelaskan, katanya, beliau menghormati para mufti atas ilmu dan kedudukan yang dimiliki, "namun dalam hal ini saya memohon izin untuk berbeza pandangan."
"Pada saya, jika para mufti hanya ingin bersuara di atas kepentingan Umno/Barisan Nasional, lebih tepat jika sekiranya berundur secara terhormat dan menyertai politik sepenuh masa.
"Justeru, saya ingin mengulangi pendirian bahawa Presiden PAS berhak diberikan peluang untuk muncul secara langsung melalui televisyen bagi memberikan penjelasan.
"Adapun cadangan agar beliau menggunakan web tv melalui internet adalah tidak relevan sama sekali kerana ia tidak mampu dicapai oleh semua pihak berbanding fitnah dan tohmahan terhadap beliau yang telah diulang-ulang selama beberapa minggu melalui media massa utama," tambahnya.

Menurutnya,
ianya berlaku berikutan keengganan kerajaan Pusat membina tebatan
banjir sebagaimana kerajaan Thailand membinanya di Sungai Golok.
KUALA LUMPUR:
Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan
menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan
dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
“Tapi
kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli
dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang
meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat,
walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak
keluarkan,” katanya lagi.
Ditanya
apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi?
Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan
mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi
Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno
sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS
tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak
boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”



Pengarah
Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan
perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian
bumbung astaka itu runtuh.

KUALA LUMPUR:
Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin
mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai
PKR.

GEORGETOWN:
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan
ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang
sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk
memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).



















