GEORGETOWN:
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan
ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang
sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk
memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
(Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog Umno, pisau.net)
Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi
mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah
perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.
Penggunaan
nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak
timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid
Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.
"Berhati-hatilah
dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas
kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan. Mereka
sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan
Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.
Semalam
Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man berkata, beliau tidak tahu
menahu tentang demontrasi terhadap isu penggunaan Kalimah Allah yang
diketuai oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohamed Hafiz Nordin
berhampiran Masjid Simpang Enam kira-kira beberapa meter dengan Pusat
Pentadbiran Negeri di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).
Lagipun
katanya, PAS mempunyai saluran tertentu untuk bersemuka jika timbul
sesuatu masalah bukan berdemo sepertimana yang dilaksanakan oleh mereka
yang kononnya tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim
Guan Eng sejak mengambil alih pemerintahan dari BN lagi.
"Apa
salahnya ikut saluran jika tak puas hati dan saya sendiri menafikan
bahawa PAS negeri terlibat dalam hal itu walaupun didakwa banyak
bendera PAS berkibaran," katanya.
No comments:
Post a Comment