
Husam ketika memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh.
KOTA BHARU: Kerajaan disaran mengadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu keamanan di Lahad Datu, Sabah yang kini masih belum berakhir.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sidang khas itu dapat memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berbahas serta mendapat maklumat lanjut melalui forum Parlimen itu.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang khas di Kota Darulnaim petang tadi sebagai mengulas dua anggota tentera yang berasal dari Kelantan maut ketika sedang bertugas pagi semalam.
Dengan cara itu, katanya operasi sebenar dapat dijalankan sehingga mampu membantu menamatkan operasi dengan cepat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
“Saya juga berpendapat semua SOP pertahanan dapat diikuti. Dalam hal ini saya bukan pakar ketenteraan, tetapi saya melihat ianya satu perkara yang mencemaskan kita.
“Saya mengambil contoh peristiwa Sauk. Kerajaan dapat menyelesaikannya dalam tempoh empat hari dan selepas itu ianya diserahkan pada tentera,” ujarnya.
Katanya, kerajaan telah menyerahkannya kepada tentera untuk melakukan tindakan berdasarkan kemahiran pasukan itu di bawah penyeliaan komander dan jeneralnya.
Tambahnya, berbanding dengan kes di Lahad Datu, di mana peristiwa itu telah berlangsung hampir satu bulan.
Sekarang ini, katanya operasi terpaksa dilebarkan memandangkan penceroboh juga telah berada di beberapa buah tempat.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan seterusnya memberitahu, isu keselamatan negara melebihi isu-isu yang lain, kerana itu ia perlu diselesaikan segera.
Beliau turut merakamkan rasa terharu di atas pemergian dua pahlawan negara yang berasal dari Kelantan itu.
Katanya, dengan berlakunya peristiwa dua hari lalu, membuktikan keamanan negara khususnya di Sabah masih belum tenteram, sambil mengharapkan masaalah akan segera berakhir.
Beliau juga turut mengharapkan kerajaan menjelaskan pada rakyat seluruhnya berhubung situasi sebenar perkembangan di sana.
“Sekiranya yang berkorban telah bergadai nyawa dengan kerelaan keluarga masing-masing jaga perbatasan negara, sudah sampai masanya kerajaan tidak teragak-agak untuk membuat pendedahan agar lebih telus,” ujarnya.
Sambungnya, mudahan dengan cara itu semua pihak dapat memberikan pandangan mereka bagi membantu menyelesaikan masalah itu.
“Semoga dengan cara ini tiada lagi insiden sedemikian berlaku, cukuplah peristiwa semalam dan ianya merupakan mangsa terakhir dalam isu ini,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan pasukan tentera perlu diberikan mandat untuk menyelesaikan masalah itu.
Katanya, ini kerana mereka mempunyai kepakaran khas yang berbeza dengan pasukan keselamatan yang lain.
Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau terkorban dalam Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam dan tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu dekat Lahad Datu.
Sementara itu, seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih juga semalam.
Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan.
Kedua-dua jenazah berkenaan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, adalah antara kenamaan negeri yang hadir menyambut ketibaan jenazah.

KUALA LUMPUR:
Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang
mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat
membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik.
Selain
Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir
termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan
Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin
Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun
Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman.
Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.
KUALA LUMPUR: DAP mengumumkan akan meletakkan pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di Parlimen Bentong atas tiketnya.


GEORGE TOWN: Pakatan
Rakyat berjanji akan menguruskan semua sistem media negara dengan lebih
terancang, dinamik, mantap dan penuh dengan keadilan untuk rakyat, kata
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Kelmarin,
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat
peingisytiharan rasmi penukaran nama Jalan Kebun Sultan kepada Jalan
Haji Cheng Ho China Town.
KUALA LUMPUR: Suasana politik yang berlaku sekarang disifatkan sebagi memihak kepada PAS, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar)
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpuas hati apabila sasaran 40
peratus kerusi untuk calon-calon muda yang dimintanya sebelum ini
tercapai.
















Zulkifli (gambar)
yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang
pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan
agama.
KUALA LUMPUR:
PAS mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan
kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk
kepentingan politik hingga menenggelamkan jasa para perajurit yang
gugur dan yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi
mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.