KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri,
Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil
alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan
realistik.
Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas
orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin
BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat.
"Apa
yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan
objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang
sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau
ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah Salahuddin,
kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa
jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam
suasana yang biasa.
"Mereka perlu terima hakikat jika berlaku
perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku. Malah,
kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari
kerajaan sebelumnya," tegas beliau.
Tun Musa, dalam kenyataannya
berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan
tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara
berkembang dengan baik.
Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
No comments:
Post a Comment