Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah
pribahasa yang sesuai menggambarkan nasib menimpa Umno BN berhubung
tindakan mereka membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor
(Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).
Pada mulanya
Umno menjangkakan tindakan itu bakal memberi manfaat politik yang besar
terhadap mereka sekaligus memberi tekanan baru kepada Pakatan Rakyat
Khususnya di Selangor.
Mungkin pada perkiraan awalnya, Umno
mencongak bahawa tindakan itu akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada
Pakatan Rakyat, yang sebelum ini berjanji akan memberi pendidikan
percuma jika diberi peluang mengambil alih pemerintahaan negara.
Janji
itu yang dicanang berulang-ulang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim, dan dibentang dalam debat antara Rafizi dan Khairy, terus
mendapat sokongan besar khususnya daripada golongan mahasiswa dan anak
muda.
Mungkin kerana gusar dengan perkembangan itu, Umno BN
kemudiannya cuba 'menguji' kerajaan Selangor yang dipimpin Tan Sri
Khalid Ibrahim dengan menyekat pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru di
kedua-dua universiti itu.
Pada anggapan mereka, Kerajaan Selangor
tidak akan mampu menyediakan dana menggantikan pinjaman kepada pelajar
Unisel dan isu itu pada mereka, akan meletup dengan persepsi bahawa
'jangan percaya janji Pakatan Rakyat lagi'.
Orang yang dilihat
gembira dan 'mastermind' disebalik pembekuan itu adalah Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang turut disokong Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam reaksi mereka, seolah-olah mahu berkata 'padan muka kamu' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun
reaksi mereka itu mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuk dari
beberapa pemimpin Umno sendiri yang melihat tindakan itu terlalu politik
sehingga sanggup menggadai kebajikan pelajar.
Tetapi kedua-dua
pemimpin ini akhirnya terpaksa 'menjilat ludah sendiri' apabila
tiba-tiba Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa Unisel akan mencairkan aset
yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.
Aset
tersebut merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil
penyusunan semula hutang TALAM dengan anggaran RM30 juta boleh
diperolehi hasil usaha tersebut.
Belum sampai 24 jam pengumuman
itu dibuat, PTPTN semalam mengumumkan pula pembatalan pembekuan pinjaman
tersebut kepada pelajar Unisel.
Menteri Besar Tan Sri Khalid
Ibrahim dalam reaksinya ketika berceramah di Kelantan malam tadi
berkata, tindakan u-turn itu dibuat Umno kerana panik dengan kemampuan
kerajaan negeri.
“Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman
yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk
mencari duit.
“Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta,
tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada
pelajar Unisel,” katanya.
Banyak pihak melihat, pertarungan dalam isu PTPTN ini, menghasilkan keptusan 3-0 iaitu Pakatan Rakyat, 3 dan BN, 0.
Mata
pertama diperolehi Pakatan Rakyat apabila tawaran pendidikan percuma
yang dilontarkan oleh Datuk Seri Anwar serta janji mansuh PTPTN berjaya
menarik sokongan anak muda.
Mata kedua pula diperolehi melalui
debat Rafizi dan Khairy apabila ramai melihat mekanisma pemansuhan PTPTN
dan pendidikan percuma yang dijelaskan Rafizi benar-banar realistik dan
mampu dilaksanakan.
Manakala mata ketiga, baru sahaja diperolehi
apabila kerajaan dan PTPTN mengumumkan penarikan balik pembekuan
pinjaman terhadap pelajar Unisel dan Kuis semalam.
No comments:
Post a Comment