Saturday, October 17, 2009

Madah Hari Ini....17 Oktober 2009


UMNO Iktiraf Komunis?

Pas memandang berat tindakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Liga Pemuda Komunis China (CYLC) akan menubuhkan sekretariat tetap bagi memastikan program kerjasama antara mereka dapat dilakukan secara berterusan seperti dilaporkan dalam UM 13/10/2009.
Kenapa pemimpin umno/Bn bersifat talam dua muka dalam soal hubungan dengan parti komunis.Ketika isu Chin Peng yang hendak dibawa balik ke Malaysia, maka bangunlah hero kampung dusun Sarip Dol sanggup bersingsing lengan kononnya ini penghinaan kepada rakayat Malaysia. Menghina tentera kita yang telah berkorban menentang komunis. Kenapa umno/bn tidak dianggap pengkhianat negara kerana mengadakan hubungan diplomatik dengan sebuah parti komunis. Kalau diplomatik antara negara bolehlah diambil kira. Sedangkan ini hubungan dengan parti yang menganut ideology komunis.
Dato’ Hishamudin Hussin Onn sekarang menjadi Menteri Dalam Negeri adalah orang yang memulakan hubungan dengan Liga pemuda komunis China semasa beliau menjadi ketua pemuda. Apakah beliau sekarang menjadi pelindung kepada ideologi komunis. Apakah komunis sudah halal untuk bergerak. Apakah komunis tidak lagi menjadi ancaman negara.Apakah komunis tidak mengancam negara apabila berbaik dengan umno.
Khairi Jamaludin ketika ditanya mengenai tidakan pemuda BN yang hendak menjalinkan hubungan erat dengan parti komunis, beliau telah memberi jawapan macam Pak Pandir “Parti mereka adalah parti komunis, tetapi telah mengalami banyak perubahan, kalau ke China hari ini, ekonomi mereka bukannya ekonomi komunis, sebaliknya ekonomi pasaran.
"Parti komunis di sana adalah sama dengan BN di sini, ia adalah parti pemerintah dan bukannya komunis yang ganas atau membunuh orang dalam hutan," tegasnya.
Bagaimana beliau cuba memisahkan parti dengan kerajaan yang diperintah oleh parti komunis. Semacam juga kita hendak pisahkan dasar kerajaan Malaysia tidak sama dengan parti umno/bn. Inilah parti umno, parti kelabu asap, orang lain buat khianat negara, umno buat halal. Walhal parti komunisdi Beijing merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya. Sah umno parti cacar marbau.

Padang Selising Fc....Johan Liga Bola Sepak Parlimen Machang 2009

Perlawanan Akhir Bola Sepak Parlimen Machang Antara
Pasir Sena Fc Vs Padang Selising FC
Di Stadium Sultan Muhammad Ke IV
Yang Berkesudahan
Pasir Sena Fc (0) Vs Padang Selising (2)
Tahniah Kepada Kedua - dua Pasukan Kerana layak Ke Perlawanan Akhir.
Al Fadhil Ketua Pemuda Menyampaikan
Ucapan Sebelum Perlawanan Bermula....


Gambar Kenangan Mereka Yang Terlibat
Di Perlawanan Akhir Ini.........


Perlawanan Sedang Berlangsung....




Urusetia Kejohanan Menjalankan Tugas......



YB Baihaki Menyampaikan Cenderahati
Kepada Pengadil Kejohanan Ini......



YB Baihaki Menyampaikan Hadiah Kepada
Pasukan Pasir Sena Fc...Naib Johan

YB Baihaki Menyampaikan Hadiah Kepada
Pasukan Padang Selising Fc..... Johan

YB Baihaki Menyampaikan Piala Pusingan Kepada
Pengurus Dan Ketua Pasukan Padang Selising FC...

YB Baihaki Menyampaikan Cenderahati
Kepada Pemain Terbaik Perlawanan Ini...
Pasukan Padang Selising FC Meraikan
Kemenangan Mereka.....

Madah berkata....

  • Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.
  • Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.
  • Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.
  • Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.
  • Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia...

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih….
Walaupun orang yang hadir itu merintih….
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai….
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa….
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus….
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud….
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian….
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat….
Usunglah dirimu ke tikar Solat….
Sebelum kamu diusung ke liang lahad….
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid….
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia….
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal….
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada…..
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,….
Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia….memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya….setitis air mani yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia….
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal….
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera….
Isteri, kad kredit dan kereta….
Kondominium, saham dan niaga….
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Friday, October 16, 2009

Madah Hari Ini...16 oktober 2009


Jalan Ke Syurga Penuh Duri

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka.
WallahuAlam.

Keluhan Seorang Pendakwah...

Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat.
Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna.
Layakkah aku untuk berasa letih?
Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa?
Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?
Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi?
Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.
Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?
Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?
Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh?
Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah.
Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.
Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa.
Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)

Thursday, October 15, 2009

Madah Hari Ini...15 Oktober 2009


Sesekali Diuji...

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
"Ya Allah moga aku sentiasa dalam rahmat & kasih sayangMU dan sentiasa mendapat petunjuk dariMU,Jangan Kau biarkan diri ini dalam kelekaan dan kealpaan dengan segala nikmat pemberiaanMU,jadikanlah aku orang yang sentiasa Sabar dengan ujianMU,Ya Allah lindungi daku,Ya Allah kasihi daku,Ya Allah sayangi daku"

Tidak Akan Miskin Jika Membela Islam..

Alangkah indahnya pejuang Islam itu baik pekertinya,

Alangkah indahnya pejuang Islam itu bijak jagaan masanya,

Alangkah indahnya pejuang Islam itu penyabar orangnya,

Alangkah indahnya pejuang Islam itu cemerlang pelajarannya,

Alangkah indahnya pejuang Islam itu mantap ibadahnya,

Alangkah indahnya pejuang islam itu istiqamah perjuangannya.

Alangkah indahnya,Alangkah baiknya,Alangkah cantiknya

Jika kamu dan akulah pejuang Islam itu!

Perkara 153 Jadikan Umno Tidak Relevan

Umno tidak lagi relevan kepada orang-orang Melayu berikutan pengakuan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin bahawa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
"Malah, orang-orang Melayu mesti disedarkan bahawa ancaman sebenarnya terhadap mereka ialah Umno sendiri.
"Parti yang mengapi-apikan perkauman supaya orang-orang Melayu membenci kaum lain bukan sahaja membahayakan kaum yang menjadi sasaran kebencian mereka, malah sebenarnya membahayakan orang-orang Melayu sendiri apabila mereka diapi-apikan supaya membenci kaum-kaum lain yang dipalitkan dengan imej sebagai musuh yang mencabar dan mahu menyerang orang-orang Melayu," kata beliau.
Orang-orang Melayu, katanya, membahayakan diri mereka sendiri dan seluruh rakyat Malaysia jika membiarkan diri mereka diperdayakan oleh perkauman melampau yang diapi-apikan oleh Umno.
"Kalau pun berlaku pergaduhan akibat hasutan mereka, Umno tidak susah apa-apa kerana majoriti besar yang akan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah mereka yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Sebab itulah, kata Salahuddin, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Tee Lian Ker sendiri kelihatan bersetuju dengan pandangan blogger lain yang mendakwa bahawa Umno adalah musuh politik terbesar MCA.
Tindakan Tee menyiarkan pandangan sedemikian dalam blognya dilihat umum sebagai tanda setujunya terhadap pandangan itu.
"Jika MCA sendiri yang menjadi rakan kongsi di dalam BN dilihat bersetuju bahawa Umno adalah musuh, adakah ia tidak menjadi musuh kepada rakyat yang bukan rakan kongsinya?" katanya.
Sebab itulah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, seluruh rakyat Malaysia mesti disedarkan bahawa Umno hanya bersandarkan perbuatan mengapi-apikan perkauman untuk menyambung nyawanya dan ia akan mati jika tidak mengapi-apikan perkauman serta menyalahgunakan kuasa.
"Sebab itulah PAS tidak bercadang hendak mentalkinkan Umno kerana perkara itu akan terjadi sendiri apabila orang-orang Melayu sedar bahawa Umno yang mengapi-apikan perkauman sebenarnya tidak relevan lagi kepada mereka.
"Lagi pun, untuk apa ditalkinkan mayat parti yang hidup dan menyalahgunakan kuasa dengan mengapi-apikan perkauman?" kata beliau.
Dalam ucapannya dalam perhimpunan Umno hari ini, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membidas pihak-pihak yang tidak sabar 'mentalkinkan' parti itu.
Salahuddin juga meminta rakyat Malaysia supaya jangan terpedaya dengan seruan Khairy kepada ahli-ahli partinya supaya keluar dari perspektif minda yang meletakkan orang-orang Melayu diserang atau 'under siege'.
"Umno hanya hidup dengan mengapi-apikan perkauman melampau serta membuat cerita bohong di sana-sini kononnya orang-orang Melayu dicabar dan diserang.
"Jika Umno keluar dari mentaliti paranoidnya itu, ia akan membunuh diri. Bolehkah dipercayai bahawa Khairy mahu ahli-ahli Umno membunuh parti yang mengkayakan mereka?
"Ketika Fasal 153 masih ada pun Umno terpaksa mengapi-apikan perkauman untuk menyambung nyawanya, tidakkah ia menggali kuburnya sendiri jika ia keluar dari mentaliti 'under siege' itu?" katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan Umno hanya boleh hidup melalui perbuatan melampau membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dengan memutarbelitkan isu babi, menggambarkan DAP sebagai musuh, memijak-mijak kepala lembu untuk membangkitkan kebencian terhadap penganut agama lain serta memanipulasikan pelbagai isu yang boleh mengapi-apikan kemarahan orang-orang Melayu terhadap bangsa-bangsa lain.
"Umno terpaksa melakukan itu semua untuk menyembunyikan pengkhiantannya dari terdedah dengan lebih meluas kepada orang-orang Melayu.
"Siapa yang bertanggungjawab terhadap kepupusan 44 peratus tanah rezab Melayu sepanjang pemerintahan Umno? Siapa yang menzalimi setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang? Siapa yang menghalang pertambahan kerusi Melayu serta mencincang-cincang kawasan majoriti Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam tahun 2003 lalu?" beliau mempersoalkan.
Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Tuesday, October 13, 2009

Madah Hari Ini..13 Oktober 2009


KEPASTIAN

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia bukan yang terbaik untukmu" (Al-Baqarah,ayat 216)

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan
Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan
Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya
Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian!
Dan nikmat syurga adalah indah
(Ustaz Ahmad Tajuddin b. Hj Mukhtar)
(Pengerusi Tarbiah Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang)

Dalam kesakitan teruji kesabaran,
dalam perjuangan teruji ketabahan,
dalam ukhuwah teruji ketulusan,
dalam tawakal teruji keyakinan,
hidup amat indah jika semua ujian di lalui kerana ALLAH!
dengan penuh ketabahan dan kesabaran

"أَحَسِبَ النَاسُ أَنْ يُتْرَكُوْا أَنْ يَقُوْلُوْا ءَامَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُوْنَ(Al-Ankabut 29:2)
Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan,cukup dengan mengatakan mereka "kami telah beriman"tanpa diuji?


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوْعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَات وَبَشِّرِ الصَّابِرِيْنَ(Al-Baqarah 2:155)
Dan kami pasti akan uji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan ,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.dan sampaikanla berita gembira kepada orang yang sabar.

RENUNGKAN LAH....


INI LANGKAHKU!

Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

Monday, October 12, 2009

UMNO MENANG TETAPI KALAH DALAM MEMERANGI RASUAH

Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.
Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.
Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.
Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.
Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.
SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.
Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.

Sunday, October 11, 2009

PERKEMBANGAN SEMASA PRK BAGAN PINANG

5:10 : Kesemua lapan pusat mengundi ditutup. Peratusan keluar mengundi adalah 81.6 peratus iaitu seramai 11,157 pengundi termasuk pos.
4:20 :SPR mengumumkan sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 69.5 peratus atau seramai 6,301 pengundi.
3:50 :Pusat Pengundian Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dilaporkan penyokong BN masih melakukan provokasi dengan menghina nama-nama besar pemimpin Pakatan.
Polis beberapa kali membuat teguran tetapi tidak diendahkan.
3:15 :SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang adalah 65 peratus atau seramai 5892 pengundi
Para penyokong kedua dua parti mula mengambil tempat semula untuk sesei petang ini setelah berehat tengahari tadi.
2:20 :Sehingga jam 2 petang, SPR mengumumkan sebanyak 59.2 peratus atau seramai 5,371 pemilih telah keluar mengundi.

PERKEMBANGAN SEMASA PROSES PENGUNDIAN PRK BAGAN PINANG

11:15 : Salahuddin ketika ditemui memberitahu, sehingga kini Polis belum membuat maklum balas berhubung laporannya semalam yang mendakwa wujud sammseng di kalangan Komando Umno.
11:30 : Seorang peraih undi Umno, yang mahu dikenali sebagai Pak Mat Motor yang datang dari Rembau mendakwa dirinya ditipu agen Tan Sri Isa kerana masih belum mendapat bayaran RM 300 seperti dijanjikan.
11:40 : SPR memaklumkan 35.7% sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. Meraka mensasarkan jumlah peratusan mencecah 80 peratus petang ini.
11:50 : Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Tmn. Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN.
Tiga keping duit RM100 tersebut didakwa mempunyai nombor siri yang sama.
Pasukan peguam tersebut bagaimanapun telahpun membuat laporan polis.
12:30 :Beberapa pusat pembuangan undi semakin lengang menjelang tengahari ini.
Di SJK (C) Ladang Sua Betong, suasana lengang sejak jam 11.30 pagi tadi lagi.
Sehingga jam 12 tadi SPR memklumkan sebanyak 46.5% sudah keluar mengundi iaitu seramai 4,220.
Angka keluar mengundi yang belum mencecah 50 peratus itu dijangka berpunca dari cuaca hujan di sebelah pagi tadi.
12:45 : Pemimpin PAS, Salahudin Ayub, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Hatta Ramli berada di Pusat Mengundi Sek. Keb. Si Rusa memantau suasana pilihanraya.
Salahudin ketika ditanya memaklumkan suasana penyokong PR terkawal biarpun berdepan provokasi perti lawan di beberapa tempat dan memohon kerjasama penuh anggota keselamatan
1:15 : Sehingga jam 1 tengahari tadi SPR mengumumkan sebanyak 54.1% atau 4,905 orang telah keluar mengundi.

JOM MENANGKAN CALON PAKATAN RAKYAT


50 : 50 DI BAGAN PINANG

13,644 pengundi sah Bagan Pinang mula membuang undi pagi ini dengan lebih 95 peratus pengundi pos yang berjumlah 4,604 pengundi berdaftar telah selesai mengundi hingga semalam.
Mereka akan menentukan samaada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar atau calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad pilihan majoriti rakyat pantai peranginan Port Dickson ini.

Mereka terdiri dari 19.9 peratus pengundi India, kira-kira 10 peratus Cina dan selebihnya, 70 peratus adalah pengundi Melayu. Di kalangan Melayu itu, kira-kira 4,600 atau 32 peratus adalah pengundi pos.

Sehingga kini, kebanyakan pemerhati politik memberikan peluang kedua-dua pihak sehingga semalam adalah 50 : 50. Namun begitu, analisa di kalangan yang hampir dengan Umno memberikan kemenangan kepada calon mereka antara 600 hingga 1000 undi majoriti.

Ini berdasarkan andaian Isa akan mendapat 75 peratus undi Melayu, 70 peratus undi pos, India 45 peratus dan Cina 30 peratus.

Namun begitu, kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah Universiti Malaya berdasarkan 2,000 respondan secara rawak mendapati sokongan untuk PAS 56 peratus dan 46 peratus untuk BN.

Kajian yang dibuat oleh Ilham Centre pula menunjukkan Isa menjadi pilihan majoriti pengundi. Ini berdasarkan 48 peratus mereka mengenali Isa manakala Zulkefly hanya dikenali 11.7 peratus pengundi sahaja. Keutamaan cara pengundian juga adalah calon yang dikenali dan berwibawa.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang memberikan pendapat melampau namun tidak kurang juga asasnya. Mereka berkata Umno akan berjaa meningkat undi majoriti mereka sehngga ke 3,000 undi berbanding 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Namun sikap melampau yang ditunjukkan oleh sesetengah juru kempen dan petugas Umno sehingga memukul petugas Pakatan Rakyat dan merobohkan khemah mereka sangat-sangat meragukan.

"Jika Umno yakin akan menang buat apa tindakan agresif sebegini? Ini tindakan orang yang tertekan dan takut dengan kekalahan," kata seorang rakan wartawan dari sebuah akhbar harian.

Tindakan ganas bermula Rabu lalu. Sekumpulan petugas Umno datang ke sebuah khemah Darul Syifa' yang ditubuhkan oleh PAS untuk memberikan perkhidmatan percuma di Taman Sirusa.

Kumpulan pertama ini memberikan amaran agar khemah itu dirobohkan dalam masa 24 jam. Selang beberapa jam datang lagi kumpulan kedua yang mengarahkan agar khemah itu dirobohkan segera bukannya dalam masa 24 jam.

Akibatnya dengan kasar khemah itu dirobohkan mereka. Petang semalam, sehari sebelum mengundi, berlaku juga pertengkaran dan pergaduhan di sini.

Kunjungan ke Taman Si Rusa Jumaat selepas itu dapat merasai betapa tegangnya keadaan antara petugas PAS dan Umno di situ. Ini kerana, markas mereka yang berdekatan antara satu sama lain.

Khemah-khemah PAS pula didirikan di tepi-tepi jalan kerana tidak ada penyokong PAS yang sedia memberikan rumah mereka kerana takut di ganggu dan diugut oleh petugas BN yang sudah lama bertapak di situ.

Pusat akhtiviti PAS adalah di sebuah Pasti di situ. Kawasan ini dijaga oleh PAS Kedah dan PAS Johor.
"Kami banyak belajar dari PAS Kedah dalam kerja-kerja politik di sini," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz Mohamad ketika ditemui di situ.

Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, turut turun ke situ. Beliau banyak memberikan motivasi kepada petugasnya bukan memberikan kempen politik kerana majlis itu penuh dengan petugas PAS dari Johor dan Kedah di samping petugas tempatan.

"Tugas kita adalah berkempen dengan cara terbaik. Itu kerja kita. Menang kalah itu bukan kerja kita, itu kuasa Allah...Dia yang berkuasa menentukannya," kata Azizan.
Pengundi tempatan kurang menyertai majlis ceramah terutama yang dibuat di waktu siang kerana PAS agak asing bagi penduduk di sini. Mereka hanya mendekati PAS dan Pakatan melalui media khasnya media baru iaitu laman web dan blog di internet dan sms melalui telefon bimbit.

Calon BN, Tan Sri Isa yang memberikan ucapan di Si Rusa berkata, mereka semua ini orang luar yang datang buat kacau ke kawasan mereka.
"Selepas ini, mereka semua pulang. Siapa yang nak jaga kebajikan kitaa semua melainkan Umno," kata Isa dalam ceramahnya di sebuah rumah yang menjadi pintu masuk ke taman itu. Jalan di situ jam dengan kereta yang mahu keluar masuk.

Turut terperangkap adalah kenderaan PAS yang dibawa PAS Kedah untuk berkempen di sini. Ia berupa kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapkan dengan alat siar raya di atasnya. Ketika itu mereka sedang berkempen untuk memanggil orang ramai ke ceramah yang akan diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malamnya (9 Oktober).

Adun Ladang, Terengganu, Datuk Tengku Hassan mempunyai cerita tersendiri dalam siri kempen yang dibuat di sini.
"9 dari sepuluh pengundi yang kami temui memberikan jawapan positif kepada PAS. Namun kami bimbang kalau jawapan yang sama juga diberikan kepada jurukempen Umno," kata Tengku Hassan bekas Pegawai Kanan kerajaan Terengganu itu.

Anggota Parlimen Kota Raja, Selangor, Dr Mariah Mahmud juga mempunyai ceritanya sendiri. Sejak datang ke sini kira-kira seminggu lalu, beliau tidak pulang ke kawasannya di Selangor.
"Kalau saya pulang, saya kena jaga penduduk Kota Raja. Kalau saya ada di sini, mereka faham saya bertugas dan terpaksa tangguhkan apa-apa khidmat untuk mereka buat sementara," kata Mariah.
Dr Mariah bersama pasukannya yang dibawa dari Kota Raja menjaga peti undi Ladang Seliau tempat pengundi India bermastautin. Ini berdasarkan demografi Parlimen beliau yang ramai pengundi India itu.

"Kami dah kenalpasti hampir kesemua pengundi kita dahulu dan cuba mempertahankannya di samping menambah pengundi baru," kata seorang petugas Dr Mariah yang ditemui.
Pendek kata, dalam pilihan raya kecil kali ini, petugas Umno pasti terkejut besar. Buat pertama kalinya mereka merasakan tekanan dengan juru kempen yang memenuhi kawasan yang selama ini menjadi kubu kuat Umno.

PERKEMBANGAN SEMASA PROSES PENGUNDIAN PRK BAGAN PINANG

7:20 am: Kelihatan pengundi mula beratur di barung rasmi Suruhanjaya Pilihan raya SPR di pusat pembuangan undi Sek. Keb. Panglima Adnan.
Sekolah ini juga dijangka menjadi tempat lawatan sulung calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar.

7:30 : Kelihatan para pen
yokong parti masing-masing memenuhi tepi jalan 50 meter dari pintu ke sekolah tersebut.
Mereka memakai pakaian parti masing-masing dan membawa bendera saling membalas sorakan.
Beberapa anggota keselamatan turut dilihat mengawal keadaan.






7:40 : Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim dilihat tiba di sini memantau suasana pilihanraya.
Turut kelihatan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Yusuf




8:00 : Salidah Binti Kansan, 65, Pengundi OKU pertama ditolak masuk oleh pegawai SPR untuk membuang undi di sini.


8:10 : Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manek Urai, Ustaz Fauzi Abdullah juga kelihatan tiba bersama beberapa pemimpin PAS lain.



8:45 : Hujan lebat mulai turun di sini, bagaimanapun penyokong ada yang tidak berganjak dan masih berdiri di tepi jalan mengibar bendera.



9:00 : SPR menyediakan payung bagi membawa pengundi masuk ke bilik mengundi.







9:20 : Pengerusi SPR dilihat melawat tempat mengudi.






9:25 : Hujan mulai reda seketika, pengundi mula memenuhi pusat pusat mengundi.

9:40 : Calon Pakatan Rakyat tiba di Sek. Ren. Panglima Adnan. Mengiringi beliau adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa.
Mereka turut bertemu penyokong dan menasihatkan supaya menjaga ketenteraman dan mengelak dari provokasi pihak lawan.
"Kita pun nak menang majoriti besar di Bagan Pinang, tapi kita tolak budaya samseng," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.

9:50 : Perang mulut antara kedua dua penyokong semakin hangat. Mereka masing masing tidak mempedulikan hujan lebat yang kembali turun.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Operasi PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad menafikan dakwaan media arus perdana yang mendakwa penyokong PAS memukul pemandu kepada Ketua Polis Port Dickson.

10:10 : Pergaduhan hampir tercetus apabila satu objek keras dipercayai batu dibaling ke kelompok penyokong pakatan rakyat di Sek. Ren. Panglima Adnan.
" Tanggal sahaja kopiah puteh engkau setan, Zulkefly calon luar, kami nak Isa," antara laungan kedengaran.
10:15 : Pengerusi SPR memaklumkan 11.03% telah keluar mengundi iaitu seramai 1,076 orang sehingga jam 9 pagi tadi.

10:30 : Sehingga jam 10 pagi, SPR mengumumkan sebanyak 23.09% atau seramai 2168 orang sudah keluar mengundi.

10:40 : Calon PAS kini sedang melawat di Sek. Keb. Si Rusa.

10:50 : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin tiba di Sek. Keb. Si Rusa. Penyokong Pakatan Rakyat melaungkan 'rasuah, rasuah...' tidak berhenti henti.
Ketua Penyokong Pakatan, Dr. Hatta Ramli yang juga ada di sini memberitahu, keadaan penyokong kedua-dua parti terkawal biarpunusaha meraih sokongan kian agresif.