- Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.
- Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.
- Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.
- Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.
Jika anda rasa anda mampu untuk berjuang, anda adalah seorang pejuang! Jika anda yakin anda seorang pejuang, anda adalah pejuang! Jika anda hanya duduk berangan-angan tanpa merenung sebuah perjuangan, anda adalah musuh pejuang!
Saturday, October 17, 2009
Madah berkata....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment