Thursday, September 20, 2012

DEMO BANTAHAN TERHADAP PENERBITAN FILEM YANG MENGHINA RASULULLAH S.A.W.


Himpunan Sejuta Umat juga di Johor Jumaat ini


JOHOR BAHRU: Selain Kuala Lumpur, Johor Bahru juga akan bergema dengan himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Taman Perling Johor Bahru, selepas solat Jumaat, 21 September ini.

Ketua Penerangan PAS negeri, Ghazaley Ayub, dalam kenyataan medianya turut memberitahu, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), berhubung perkara berkenaan pada Khamis ini.

“Kita akan meminta MAIJ mengeluarkan Khutbah Khas pada hari Jumaat ini, kita harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan khutbah yang akan mengupas dengan lebih lanjut isu berkenaan termasuk perkara-perkara yang berkait dengan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w..”

“Kita juga berharap mimbar Jumaat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam dengan memberi penjelasan yang terperinci kepada umat Islam berhubung perkara berkenaan.”

Selain itu menurut beliau, PAS juga mengajak seluruh umat Islam di negeri ini serta semua parti politik dan Ngo bersama-sama pada himpunan tersebut.

“Kita menyeru seluruh umat Islam serta parti-parti politik termasuk Umno, menyertai himpunan ini kerana isu ini melibatkan umat Islam secara keseluruhan, tidak kira apa parti sekali pun, dalam konteks ini kita perlu membuktikan kesepaduan kita dalam menangani isu ini, justeru kita berharap Umno sudi bersama-sama kita untuk menyatakan bantahan terhadap pihak yang cuba menghina Islam khususnya Nabi Muhammad s.a.w..”

Selanjutnya menurut Ghazaley, pihaknya juga akan menjemput rakan-rakan dari DAP untuk sama-sama pada himpunan tersebut.

“Selama ini DAP dilabel sebagai anti Islam maka untuk membuktikan dakwaan tersebut tidak benar, mereka juga akan turut serta pada himpunan ini.”

Futsal Harakah: Cabutan undi 22 September


KUALA LUMPUR: Proses cabutan undi bagi Kejohanan Futsal Piala Tok Guru sempena 25 Tahun Harakah akan diadakan pada jam 9 malam, 22 September ini bertempat di Ferro Futsal Center Subang Jaya.

Cabutan undi tersebut bagi menentukan kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan yang disediakan.

Sehubungan itu setiap wakil pasukan yang sudah mendaftar diminta hadir pada malam tersebut untuk membuat undian.

Kejohanan Futsal Piala Tok Guru sempena 25 Tahun Harakah akan berlangsung pada 23 September ini di di Ferro Futsal Center Subang Jaya.

Perasmian pembukaan akan disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood manakala majlis penutup pula akan disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Yunus Hairi.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai masing-masing RM3,000 kepada johan, RM2,000 naib johan dan RM1,500 untuk tempat ketiga beserta medal dan piala.

Menurut Pengarah Program, Mohd Rashidi Hassan, sehingga kini sudah 82 pasukan telah mengesahkan penyertaan.

"Setakat ini kita menerima penyertaan yang sangat menggalakkan dan persediaan untuk kejohanan itu sudah di peringkat akhir.

"Kita mengharapkan kejohanan kali ini berjalan lancar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut memberitahu, tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari esok dan mana-mana pasukan yang sudah mendaftar secara online dan belum membuat bayaran, boleh menjelaskannya sebelum waktu tersebut.

Yuran penyertaan adalah RM150 untuk setiap pasukan dan boleh mendaftar secara online di http://myharakah.net atau menghubungi terus unit pendaftaran, En Fauzi 012 686 9236 atau En Faisal 016 689 4322.

Kejutan Dun Kelantan, pembangkang tiada soalan


KOTA BHARU: Tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan khususnya sejak tahun 1990 hingga hari ini di mana pembangkang tidak menghantar soalan bertulis atau lisan.
Sama ada ianya satu perancangan atau ketiadaan idea, namun sidang Dun Kelantan yang bakal berlangsung 15 hingga 17 Oktober ini menyaksikan kejutan apabila pembangkang tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada kerajaan negeri sama ada melalui lisan atau bertulis sebagaimana lazimnya.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) selepas mesyuarat exco tengah hari tadi.

Fadzli  memaklumkan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan berlangsung Oktober depan menyaksikan satu kejutan kerana tiada soalan bertulis atau lisan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

“Situasi ini kali pertama berlaku dalam tempoh 22 tahun pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, ini mungkin kerana pihak pembangkang di negeri ini sudah berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri ataupun sudah kehabisan modal untuk berhujah.

“Bagaimanapun kita tunggu nanti dalam dewan mungkin akan ada soalan-soalan tambahan, tetapi kalau soalan dari mereka sendiri memang tidak ada,” ujarnya.

Mesir keluar waran tangkap dalang filem hina Nabi


(Pastor Terry Jones memberitahu Associated Press bahawa beliau telah diminta untuk mempromosikan video hina Nabi tersebut)

KAHERAH: Pejabat pendakwa raya Mesir telah mengeluarkan waran tangkap untuk tujuh orang Kristian Koptik Mesir dan seorang paderi Amerika dari Florida atas peranan mereka dalam filem yang menghina Nabi yang telah mencetuskan kekacauan dalam dunia Islam.

Waran dikeluarkan Selasa lalu, mengarahkan defendan menghadapi perbicaraan atas tuduhan berkaitan filem "Innocence of Muslim", yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang penipu, kasanova, dan pelawak.

Rusuhan yang dicetuskan filem tersebut mengakibatkan kematian duta AS ke Libya dan tiga rakannya minggu lepas.

Empat lelaki tersebut diserang di bandar timur Libya, Benghazi, tempat bermulanya pemberontakan bersenjata yang menggulingkan Muammar Gaddafi tahun lepas.

Banyak protes terhadap filem tersebut telah diadakan di negara Arab dan negara Islam - termasuk Afghanistan, Yaman dan Indonesia - dengan penunjuk perasaan menyeru Amerika Syarikat menghukum dalang di sebalik video tersebut.

Tuduhan ini hanyalah simbolik kerana tujuh lelaki dan seorang wanita yang didakwa dipercayai berada di luar Mesir dan tidak mungkin akan ke Mesir untuk menghadapi tuduhan tersebut.

Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ini bertujuan menenteramkan kemarahan orang ramai terhadap filem amatur yang trelernya telah menarik puluhan juta tontonan di Youtube.


Defendan Utama


Antara mereka yang didakwa adalah Nakoula Basseley Nakoula, seorang warga Mesir Koptik yang tinggal di selatan California dan dipercayai menjadi dalang di sebalik filem itu.

Mereka yang turut didakwa adalah seorang paderi Amerika, Pastor Terry Jones, yang berkata beliau telah dihubungi oleh pembikin filem untuk mempromosikan filem tersebut dan Morris Sadek, seorang konservatif Kristian Koptik di Amerika Syarikat yang meletakkan video tersebut di laman webnya.

Kaitan lima defendan yang lain dengan filem itu bagaimanapun tidak begitu jelas.

Nakoula, 55, memberitahu agensi berita AP dalam satu temu bual minggu lepas di luar Los Angeles bahawa dia adalah pengurus syarikat yang menghasilkan filem "Innocence of Muslims”.

Jones juga memberitahu AP bahawa beliau telah dihubungi oleh Nakoula untuk mempromosikan filem tersebut.

Pejabat pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa tertuduh, termasuk penerbit filem, menghadapi dakwaan merosakkan perpaduan nasional, menghina dan menyerang Islam secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu. Mereka boleh menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tarikh perbicaraan masib belum ditetapkan.

Mamdouh Ismail, seorang peguam Salafi, memuji keputusan pendakwa raya.

Walaupun menyedari bahawa lapan defendan akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka, Ismail berkata mengarahkan mereka ke perbicaraan akan membantu membendung kemarahan orang ramai.

"Sekarang ini adalah langkah undang-undang dan bukannya reaksi kemarahan, yang akibatnya tidak dapat ditentukan," katanya. "Ini juga akan menetapkan batasan untuk mereka dan sesiapa sahaja yang mungkin melakukan kesalahan ini”.

Kenyataan pendakwa raya, yang mana satu salinannya telah diperolehi oleh AP, dikeluarkan selepas penyiasat filem menentukan bahawa filem tersebut mengandungi adegan yang menghina institusi Islam dan Mesir.

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa mereka menyoal 10 plaintif sebelum mengeluarkan tuduhan tersebut.

Wednesday, September 19, 2012

Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!

"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu.

TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.

Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan. Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud.

Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud.
Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud.

Perkampungan ICT Negeri Kelantan 2012


Selamat datang para pencinta Nabi SAW


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kedatangan para peserta demonstrasi ke Kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini, 21 Sept bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Bagi DPPWP, kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob kehadiran peserta untuk berdemonstrasi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik mencerminkan keprihatinan dan sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu agama di negara ini.

“Ianya turut membuktikan rasa cinta dan sayang umat Islam di Malaysia terhadap Rasulullah SAW.

“DPPWP yakin, kehadiran demonstrasi kali ini bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Malaysia, malahan akan turut disertai oleh ribuan umat Islam yang berasal dari negara lain tetapi menetap di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, DPPWP turut mengecam terhadap sikap biadap yang ditunjukkan oleh Sam Bacile atau nama lainnya Naloula Basseley Nakoula yang secara berani menghina Nabi Muhammad SAW melalui filemnya.

“Perbuatan Sam Bacile ini menzahirkan sikap anti-Islamnya dan tidak bertamadun kerana sanggup menghina agama lain.

“Golongan ini sentiasa tidak puas dan akan mencari jalan bagaimana untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Bagi DPPWP, katanya tiada kemaafan bagi mana-mana pihak yang sanggup menghina Nabi Muhammad SAW yang amat dicintai.

“Bahkan, kami Pemuda PAS sanggup menggadaikan nyawa dan darah demi mempertahankan kesucian Islam dan Rasulullah SAW daripada dihina,” ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau DPPWP ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang berada di Lembah Klang untuk hadir bersama-sama berhimpun di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

DPPWP juga, ujarnya komited untuk menghantar seramai 5 ribu orang pemuda untuk bersama-sama hadir ke demonstrasi pada Jumaat ini.

Hina Nabi: Siapapun berhak turun Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempelawa seluruh umat Islam yang cintakan agama turun dalam himpunan membantah filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi pada Jumaat, 21 September ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, semua pihak berhak turun menyatakan bantahan dan tidak timbul soal siapa pelawa siapa untuk himpunan itu nanti.

"Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS  terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasululla SAW.

"Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pihak yang mahukan pendirian dewan itu terhadap pelawaan pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, DPPM sedari awal, sejak Rabu, 12 September lalu telah memutuskan untuk mengadakan himpunan di Kedutaan Amerika itu pada Jumaat ini.

Sedangkan hanya pada Isnin, 17 September lalu, beliau mengetahui melalui media bahawa pemuda Umno ada mengajak pemuda PAS untuk turun berdemontrasi bersama-sama.

"Terima kasihlah kerana menjemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah “dijemput" oleh Nabi kami SAW untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaannya," katanya lagi.

Nasrudin juga melahirkan rasa hairan kenapa isu 'pelawaan' tersebut dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar .

"Atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan hendak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau mahu berdemo, turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru akan turun demonstrasi?

"Lucunya, kenduri belum lagi bermula, sudah ada yang berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri, kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Kenapa mahu bising-bising? Mahu cari publisiti murah?" soalnya.

Selangor mahu Pusat lebih komited selesai isu air


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan kepada kerajaan Pusat tentang tindakan seterusnya untuk menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, makluman telah dibuat melalui surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bertarikh 14 September.

“Surat ini juga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rujukan beliau.

“Dalam surat ini, saya telah nyatakan kekecewaan kerajaan Selangor dengan sikap kerajaan Pusat yang tidak pernah menyokong dan membantu memulakan rundingan dengan syarikat-syarikat  konsesi  walaupun peruntukan itu jelas dinyatakan di bawah WSIA,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga menyatakan keengganan menteri dan kementeriannya untuk memulakan rundingan menunjukkan kerajaan Pusat memang sengaja mahu mengingkari tanggung jawab untuk memenuhi kepentingan awam dan obligasi sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 191 (4) WSIA.

“Sehubungan itu, saya memaklumkan sekiranya menteri dan kementeriannya tidak memberi maklum balas yang bertentangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini, saya beranggapan pihak kementerian tidak mempunyai sebarang bantahan untuk saya meneruskan penstrukturan ini,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri komited dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air secara menyeluruh boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan air pada tarif yang munasabah.

Jangan ancam keselamatan penduduk Bukit Koman

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pahang dan pihak berkuasa tempatan wajar mengambil serius penempatan kilang yang dikategorikan sebagai industri berat.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata penempatan kilang-kilang terbabit perlu mengambil kira lokasi dan jarak di antara kilang dan kawasan kediaman.

"Bagaimana kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan boleh membiarkan operasi lombong emas di Bukit Koman, Raub yang begitu hampir dengan kawasan penduduk?" soal beliau merujuk lokasi Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang dikatakan hanya sekitar 50 meter dari rumah penduduk.

Tambah beliau, lombong emas yang menggunakan bahan sianida yang sudah tidak digunakan di negara-negara lain itu, dibimbangi akan menyumbang kepada masalah kesihatan di kalangan penduduk.

Ia berikutan aduan yang diterima daripada penduduk Bukit Koman yang mula mengadu mengalami kegatalan, batuk berpanjangan, dan simptom-simptom lain yang membimbangkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menafikan penggunaan sianida di lombong itu menjejaskan alam sekitar.

Mengulas lanjut, Zulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu, berkata adalah tidak wajar bagi industri berat beroperasi berdekatan rumah penduduk.

"Kenyataan menteri besar itu tidak akan menyelesaikan masalah yang dilalui penduduk. Kerajaan negeri sepatutnya memberi perhatian yang lebih serius berhubung hal ini dan tidak menyalahkan Pakatan Rakyat semata-mata," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Adnan, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, semalam dilaporkan berkata ancaman sianida terhadap penduduk sekitar Bukit Koman, Raub yang didakwa berpunca dari kilang RAGM merupakan satu agenda politik pembangkang.

Beliau berkata ia bukan masalah alam sekitar, sebaliknya isu politik yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang.

Zulkefly, bagaimanapun berkata penggunaan sianida ini sudah lama dihentikan oleh negara-negara lain kerana kandungannya yang berbahaya.

Selain ia mudah larut di dalam air, Zulkefly juga mendakwa bahan ini juga turut digunakan ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Sehubungan itu, beliau bimbang sekiranya berlaku sebarang kebocoran atau apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada penduduk setempat.

Majlis Makan Malam Mesra Antara Kaum 2012













Terima kasih Tun Mahathir


Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.


Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila  Allah mendedahkan kelebihan Adam  kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu’ dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :”Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami “. Allah berfirman kepada Adam :” ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya “. Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :” Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar  Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia,  yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud.  Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu  dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan  segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa  kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping  beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna  memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan  daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu  kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat  dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus.


62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62)


Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208).
Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Umno tergesa-gesa arah tadika ditutup


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang, Johor yang dikatakan mengarahkan sebuah tadika ditutup, hanya menunjukkan sikap tergesa-gesa.

Sekiranya tidak berpuashati dengan pengurusan tadika berkenaan, mereka perlu mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, mana-mana pihak tidak boleh bertindak menutup begitu sahaja tadika yang merupakan tempat pelajar-pelajar mendapatkan ilmu.

"Dulu mereka fitnah kerajaan PAS Terengganu tutup Tadika Kemas. Sekarang, terang-terang Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang mengarahkan Tadika Permata Islamiyyah ditutup," kata beliau kepada Harakahdaily sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berkaitan perkara tersebut.

Tadika yang menempatkan 40 orang murid itu serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dikatakan diarah tutup sejak 10 Sept lalu.

Tadika itu juga dipantau Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Ceramah PAS Pilihanku


PRU13: Peluang Melayu merdeka daripada Umno


KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan Umno.

Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan.

Mahfuz juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya.

"Ia bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar.

Hakikatnya, kata beliau, selama 55 tahun Umno Barisan Nasional (BN) memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini.

“Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di bawah cengkaman pemerintahan Umno, katanya, Melayu bukan sahaja masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.

“Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 ke bawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka,” katanya.

Mahfuz juga menyifatkan dakwaan Najib itu sebagai percubaan penuh putus asa untuk menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat di saat menghadapi pilihan raya dengan memainkan sentimen ‘Skim Takut 1Malaysia’ (ST1M) yang berbaur perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

Najib, katanya, berkata demikian dengan harapan orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong parti pimpinannya kononnya disebabkan survival Melayu

“Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik Umno, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza.

“Umno sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain," kata Mahfuz.

Beliau juga menyeru rakyat khususnya orang-orang Melayu agar menjadikan pilihan raya umum akan datang untuk merdeka daripada Umno.

Kuliah Maghrib Bulanan

Hina Rasulullah: Sejarah dan tindakan


Persoalan menghina Baginda Nabi SAW bukan perkara baharu. Sejak perutusan lagi, Rasulullah SAW telah dihina bahkan diperlaku dengan perbuatan keji dan kejam. Pada zaman kini, gaya penghinaan terhadap Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam mula menggunakan strategi mereka terkini selepas daripada serangan pemikiran iaitu serangan melalui media elektronik dan media cetak terhadap Islam dan Rasul Islam dengan slogan 'hak kebebasan bersuara'.

Penghinaan musuh Allah pada zaman perutusan


Penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W adalah salah satu dasar golongan yang memperjuangkan kebatilan. Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat, mengiktiraf semua Nabi-Nabi terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran. Penentangan pada zaman perutusan adalah lebih dahsyat kerana golongan kafir bertungkus lumus ingin menghapuskan riwayat hidup Baginda SAW di samping menghinanya di khalayak sebagaimana yang berlaku:

i. Pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar bin Hisham (Abu Jahal), Umaiyyah bin Khalaf, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Lahab, Abu Suffian bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap Nabi SAW. Seorang pemuda upahan di Makkah iaitu Uqbah bin Abi Muit telah meletakkan najis di atas kepala Nabi SAW yang mulia ketika Baginda sedang bersujud dalam solat dan Uqbah telah mengulangi kebiadapannya beberapa kali. Fatimah RA, puteri Nabi SAW mengalirkan air mata kesedihan sambil membersihkan kepala Nabi yang mulia. Uqbah juga telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemuda-pemuda yang perkasa untuk membunuh Baginda SAW.

ii. Ketika di Taif, Baginda dilontar dengan batu-batu. Pemuda-pemuda nakal telah dikerah di pintu masuk Bandar Taif untuk memulau Nabi SAW dan anak angkatnya Zaid Bin Harithah, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan Zaid (yang bertindak melindungi Nabi), halangan-halangan juga diadakan untuk menghalang Nabi masuk semula ke Makkah namun Nabi mendapat jaminan perlindungan daripada Mut'am bin Adi, seorang 'gedebe' (samseng) di Makkah yang mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.

Jika diteliti dalam rakaman sejarah semasa zaman perutusan, Rasulullah SAW telah dihina dengan pelbagai cara antaranya, Nabi SAW dicerca dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menghina batang tubuh Baginda SAW. Antara tuduhan tersebut ialah :

i. Nabi SAW dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah (syair) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
ii. Nabi SAW dituduh sebagai seorang yang kurang akal. Abu Jahal telah mengupah para pencacai dan pencaci untuk menghina Nabi melalui medium seni, di antaranya ialah An Nadhar Bin Al Harith.
iii. Nabi SAW dituduh sebagai seorang tukang sihir.
iv. Nabi SAW didakwa tidak layak sebenarnya untuk menjadi wakil Tuhan.

Namun dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi SAW, datang nusrah (pertolongan) daripada Allah yang Maha Perkasa di dunia lagi sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam. Hal ini dapat kita lihat dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti Rasulullah SAW akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan Allah Taala sebagaimana dalam hadis yang berbunyi :

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Kata Abu Jahal: Adakah Muhammad sujud di atas tanah? Lalu dijawab: Ya! Kata Abu Jahal lagi: Demi al-Lata dan al-Uzza sekiranya aku melihat Baginda melakukan demikian, akan kupijak belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah. Lalu Abu Jahal mendatangi Nabi, dan ketika itu Nabi sedang solat dengan tujuan untuk memijak belakang lehernya. Tiba-tiba Abu Jahal didapati berjalan undur ke belakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. Lalu ditanya kepadanya: Apa yang tidak kena dengan kamu? Jawab Abu Jahal: Antara aku dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap dan menggerunkan. Lalu sabda Rasulullah SAW sekiranya dia (Abu Jahal) mendekatiku akan disentak (anggota tubuhnya) satu persatu. [Hadis riwayat Imam Muslim:2797, Imam Ahmad: 2/370]

Dalam kisah yang lain, dinyatakan bahawa isteri Abu Lahab, Ummu Jamil binti Harb bin Umayyah selalu mencela Nabi SAW dan menyakiti Baginda dengan meletakkan duri-duri di jalanan dan di laman rumah Rasulullah SAW. Ketika diturunkan ayat al-Quran yang mencela suaminya Abu Lahab, terus Ummu Jamil mencari Nabi SAW dan melontar Nabi dengan batu. Pada ketika itu Nabi sedang bersama-sama dengan Abu Bakar As-Siddiq RA di di sisi Kaabah. Akan tetapi Allah Taala telah menutup pandangan Ummu Jamil daripada melihat Nabi SAW, lalu Saidina Abu Bakar kehairanan bagaimana Ummu Jamil tidak dapat melihat Baginda sedangkan Baginda berada di hadapannya.

Kata Saidina Abu Bakar RA, "Wahai Rasulullah, apakah dia (Ummu Jamil) melihatmu?"
Sabda Nabi, "Dia (Ummu Jamil) tidak melihatku. Sesungguhnya Allah Taala menutup pandangannya terhadapku." [Sirah Ibnu Hisham:1/335-336]
Satu lagi kisah yang menerangkan kepada kita bahawa betapa hinanya golongan yang menghina dan mengeji Rasulullah SAW sebagaimana dalam hadis:

Daripada Anas bin Malik berkata: Ada seorang lelaki beragama Nasrani telah memeluk Islam, beliau membaca (hafaz) Surah al-Baqarah dan Surah al-Imran. Dia adalah salah seorang juru tulis Nabi SAW. Lalu dia murtad dan berkata, "Muhammad tidak mengetahui apa pun kecuali apa yang aku tuliskan kepadanya."

Setelah itu beliau mati dan dikebumikan. Tetapi tanah mengeluarkan (tubuhnya) semula. Lalu berkata kaumnya, "Ini adalah perbuatan Muhammad dan Sahabatnya setelah (Nasrani tersebut) lari dari (agama) mereka, mereka membongkar semula mayat saudara kita dan dibuangnya."

Maka keesokan hari mereka menggalikan semula tanah sedalam mungkin (untuk menanam mayat saudaranya yang berpaling daripada ajaran Nabi itu), tetapi sekali lagi tanah meludah kembali (mayat itu) ke permukaan bumi. Maka, ketika itu baharulah kaumnya mengetahui bahawa (kejadian itu) bukan dari perbuatan manusia, lalu dibuangnya keluar kubur. [Riwayat Imam Bukhari:3617]


Penghinaan Di Zaman Moden

Penghinaan terhadap Nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi apabila umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang berakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada isu sensitiviti dan kemaslahatan umat Islam.

Pada tahun 1989 Salman Rushdie, seorang warga Iran telah menghina Nabi SAW melalui karya bejatnya "The Satanic Verses". Protes demi protes umat Islam tidak mengerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi SAW, sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Hassan Nasrallah seorang ulama di Lubnan, "Sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Khomeini berkenaan dengan isu Salman Rushdie (hukuman bunuh) sudah tentu tidak ada yang berani lagi menghina Rasulullah SAW."

Sekalipun kita menyedari hari ini Hassan Nasrallah cukup dibenci oleh dunia Sunni kerana campurtangannya terhadap kerajaan zalim Bashar di Syria, namun secara adil, kenyataannya terhadap pelaku yang menghina Baginda Rasulullah SAW mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990, penghinaan terhadap Baginda Nabi SAW terus berlaku malah semakin gencar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang merupakan warganegara Bangladesh, sebuah negara miskin di Sub-Continent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di Barat.

Di Timur Tengah pula, muncul seorang penulis warganegara Syria iaitu Haidar bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak. Dia telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memalsukan watak sebenar Nabi SAW, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel itu dan menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi berdemonstrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel itu dan menarik balik novel itu daripada pasaran. Bantahan aman mempertahankan Nabi SAW telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah dan telah mengorbankan seorang mahasiswi Islam. Srikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi SAW.

Pada zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi SAW di Nigeria dalam bulan Ramadan. Nigeria merupakan sebuah Negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebagai Khalifah Sokoto di mana seorang ulama besar Afrika iaitu Sheikh Othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya tumpas dengan campurtangan penjajah British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria telah diizinkan oleh kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang Syariah Islam, dunia terkesima dan peluang terbuka kepada media untuk memburukkan pelaksanaan Syariah Islam. Apabila mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada seorang wanita berkahwin yang melakukan penzinaan.

Jawatankuasa penganjuran ratu cantik dunia kemudiannya memilih Nigeria untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik (dipercayai untuk menghina pelaksanaan syariah Islam di Nigeria Utara) bahkan pertandingan itu dijadualkan dibuat dalam bulan Ramadan yang mulia. Pertubuhan Islam telah mengambil tindakan berhemah dengan menghantar nota bantahan, memorandum dan pelbagai tindakan supaya penganjur tidak mengadakan pertandingan tersebut.

Kebiadapan terhadap Nabi SAW bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menulis dalam kolumnya, "Jika Muhammad (Nabi umat Islam) masih hidup, Muhammad pun akan membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan, dan Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isterinya".

Kebiadapan sang penghina ini tidak dibiarkan percuma oleh pencinta-pencinta Islam, ratusan ribu penunjuk perasaan telah keluar ke jalanraya bagi menyatakan sikap dan bantahan dan kemuncaknya pejabat utama akhbar "Nigeria This Day" telah dibakar oleh penunjuk perasaan. Peristiwa ini masih kuat terpahat dalam ingatan pengamal media di Nigeria sehingga tidak ada lagi ketika ini pengamal media di Nigeria yang berani mengulang siar kenyataan-kenyataan yang menghina Rasulullah SAW.

Pada hari ini Baginda SAW terus dihina semahu-mahunya lagi oleh para pendusta dan pengkhianat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah SAW tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral. Dalam kartun tersebut telah digambarkan Nabi SAW sebagai seorang Arab badawi yang membawa pedang dan diapit oleh dua orang perempuan bercadar hitam di sebelah kiri dan kanannya. Bahkan, dalam salah satu kartun itu Rasulullah SAW digambarkan sebagai orang yang berserban dan pada serbannya terselit sebutir bom.

Gambar-gambar ini diterbitkan pada bulan September tahun lepas sehinggga orang akan mengaitkan gambar tersebut dengan peristiwa pengeboman WTC pada 11 September. Sebelum isu penghinaan terhadap kartun Nabi Muhammad yang menjadi bahan ejekan kartunis Kurt Westergaard, seorang warganegara Denmark, pernah berlaku di pameran poster Berlin, terdapat poster yang menghina Kota Makkah dengan menyebut Kaabah sebagai 'batu bodoh'.

Hasil daripada terbitnya kartun-kartun biadab tersebut, beberapa negara umat Islam terus mengambil tindakan segera mengajar kebiadaban mereka. Antaranya Arab Saudi yang telah memanggil pulang dutanya di Denmark. Libya telah menutup kedutaannya di Copenhagen, Qatar dan Sudan serta diikuti oleh umat Islam di seluruh dunia Arab dan rantau Asia. Beberapa ketika kemudian setelah Denmark menyepi, bangun pula negara-negara Eropah lain simpati kepada Denmark dengan cara mengeluarkan karikatur yang sama di akhbar-akhbar mereka. Menurut BBC sehingga kini tujuh akhbar di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol telah mengeluarkan kartun yang sama atas alasan memberikan sokongan moral kepada Jyllands Posten.

Sebuah akhbar Perancis, "France Soir Daily", di samping menerbitkan kartun biadab itu telah memberikan ulasan katanya, "...No religious dogma can impose its view on a democratic and secular society" (Tidak ada mana-mana fahaman agama yang boleh memaksa pandangannya ke atas sebuah masyarakat demokrasi dan sekular).

Perlakuan biadap terhadap Nabi SAW ini telah menggerakkan arus kesedaran dan kecintaan terhadap agama Allah, gerakan Islam di negara-negara umat Islam dengan pantas telah memimpin dan menguruskan isu ini dengan baik.Di Negara Timur Tengah sebagai contoh, gerakan Ikhwanul Muslimin telah menganjurkan bantahan yang hebat lalu mengerakkan kempen memboikot barangan Norway dan Denmark.

Di benua Sub-Continent, Jamiat Islami telah mengadakan bantahan yang hebat dan berkesan menentang penghinaan terhadap Baginda Rasulullah SAW. Di Pakistan pakatan MMA yang dipimpin oleh Qazi Hussein (Amir Jamiat Islami) telah menganjurkan demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu umat Islam, bahkan beliau telah dikenakan sekatan dalam rumah oleh Regim Pakistan yang pro Amerika Syarikat.

Di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di dunia, bantahan telah dipimpin oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), puluhan ribu aktivis telah menyertai 'unjuk rasa di kota-kota besar di seluruh Indonesia. Di Malaysia sendiri, Parti Islam SeMalaysia telah mengambil inisiatif menggerakkan kesedaran rakyat untuk menentang penghinaan. Demonstrasi aman dan perarakan aman telah dijayakan oleh pelbagai kelompok dengan dipacu oleh pimpinan Parti Islam Se-Malaysia. Penghinaan ini memberikan impak yang positif kepada kelompok Islam kerana berjaya menguruskan isu ini dengan baik walaupun disambut dengan ulasan yang sinikal oleh golongan liberal pragmatis.

Di Malaysia, akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang sedang memuncak. Kartun itu diselitkan dengan rencana yang bertajuk "Cartoons: Not Much Impact Here". Umat Islam seolah diperbodohkan dengan tindakan ini yang dengan sengaja menguji kesabaran dan rasa toleransi antara agama. Umat Islam bangkit membantah dengan keras tindakan biadap Sarawak Tribune, lalu pihak kerajaan segera mengambil tindakan dengan menggantung lesen penerbitannya. Melihat kepada respon luar jangka ini pihak pengurusan akhbar telah menutup penerbitan ini malah premis akhbar ini dikawal rapi oleh pihak keselamatan.

Ironisnya, kes yang berlaku kepada Sarawak Tribune ini tidak memberi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain di Malaysia. Kebiadapan muncul lagi apabila akhbar harian Cina, Guang Ming Daily pernah mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Golongan bukan Islam ini menjadi begitu berani dan biadap kerana melihat kelemahan umat Islam dan pemerintah yang berada pada tahap paling lemah. Berkat bantahan massa dan NGO Islam, kerajaan dengan serta-merta menggantung penerbitan akhbar ini selama dua minggu.

Di tengah keperitan hati umat Islam melihat Nabi dihina, keluar lagi gambar karikatur lain dalam sebuah akhbar media perdana yang tersohor di Malaysia iaitu News Strait Times (NST), yang telah mempunyai banyak reputasi menghina Islam sebelum ini dan juga membuka forum kepada kelompok Islam liberal membina pengaruh. Akibatnya umat Islam di Malaysia telah mengadakan demonstrasi aman dan perarakan aman bermula di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar dan berarak aman ke Pejabat NST di Jalan Riong, Bangsar membantah penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad SAW lakaran Wiley Miller pada ruangan 'Coffee Break' di akhbar sisipan 'Life and Style' NST pada 20 dan 21 Febuari 2006 yang menggambarkan mesej sinis dan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Nuh AS.

Akan tetapi, NST cuba membela tindakan mereka dengan menyatakan, "The issue we have to decide here is whether the cartoon has transgressed the limits, whether it has crossed the boundaries, and whether it has insulted Islam and the Prophet" (Isu yang perlu kita putuskan ialah, apakah kartun tersebut telah melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh - hak kebebasan bersuara - dan apakah ia menghina Islam dan Nabinya?)

Nampaknya NST tidak mengakui kesalahan mereka dalam melakarkan kartun yang mengejek Rasulullah SAW, bahkan mempertahankan bahawa perkara tersebut tidak sedikit pun mencemarkan keagungan Nabi SAW. Sikap biadap dan kurang ajar peneraju NST ketika itu berkemungkinan besar kerana mereka memiliki pengaruh penaung-penaung politik di negara ini.

Zaman kini tidak merasa pelik jika media sentiasa digunakan menyerang Islam dan umatnya, namun tiada pula tindakan diambil terhadap penghina Islam. Contohnya beberapa petikan akhbar yang diperturunkan di bawah ini untuk ditatap oleh pembaca betapa kotornya pemikiran mereka terhadap Undang-undang Islam, ulama dan penyokongnya :

"...Islam is a discourse and all discourses are open, contested and plastic..." (Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastis) - Lihat dalam The Edge, 3 Disember 2001, Farish Noor: Intelellectual Provocateur.

"Perhaps the turbans of the mufti are too tightand therefore not enough oxygen is getting into the brains. They are not thinking straight." (Mungkin kerana serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka, mereka tidak berfikiran waras) -Lihat dalam The Sun bertarikh 21 Februari 2001, Akhbar Ali "Now The Mufti Blame Hindi Films".

"The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief...

"...No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than the promise that god will never forgive him not guide him to the right path.This is God's promise. It is his law." (Al Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir. Tiada hukuman dinyatakan ke atas seseorang yang murtad selain dari janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undang-Nya) - Lihat tulisan Akhbar Ali dalam the Sun bertarikh 14 Julai 1999 "Death For Apostates Unjust".

"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata"
- Lihat Zainah Anwar dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2000.

Semua kenyataan biadap terhadap Islam dan ulama ini boleh ditatap daripada akhbar di dalam tanah air kita sendiri dan kemuncaknya ialah perkara inilah yang akan melahirkan mereka yang berani mempersendakan maruah Nabi SAW. Sedarkah kita semua dengan fenomena anti agama ini? Jangan kita nampak kuman di seberang laut, buta dengan gajah di hadapan mata!

Sebenarnya, sebelum dari terbit karikatur yang mencemarkan dan menghina Nabi Muhammad SAW, telah terbit unsur-unsur penghinaan dengan olahan tulisan dan tayangan video. Antara siri-siri kekufuran tersebut ialah :

Di Negara kita sendiri sebagai contoh, telah berlaku beberapa kali penghinaan terhadap Nabi SAW. Pada 4 November tahun 2000 sebuah artikel yang bertajuk "Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" dalam akhbar NST yang ditulis oleh Farish Noor menyebut, "The fact that Prophet had several wives and was known to have had sexual relation with 15 women, with included the concubine Rayhana who remained non Muslim all her life is proof of the humanity of the prophet". (Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi).

Akhbar yang sama melalui penulis yang sama telah memuatkan artikel bertajuk "The Myth Surrounding the Islamic State"
(NST 1 Disember 2001) :

"The Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of a allegiance given to him were given as atribal leader than just a religious leader" (Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku liar - tidak bertamadun - dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada Nabi diberi kerana Nabi adalah pemimpin suku lebih daripada pemimpin agama)

Pada tahun 1997, seorang wanita Yahudi Israel, Tatyana Suskin (26) telah membuat dan menyebarkan dua puluh poster yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Di antaranya ialah poster seekor babi yang tertulis kalimah 'Muhammad' dengan pensil di kakinya yang menulis di atas Al-Quran. Lakaran biadab wanita Yahudi ini juga telah diterbitkan dalam beberapa akhbar di Barat.

Pada tahun 2002, dimuat tulisan jurnalis Nigeria, Isioma Daniel tentang Rasul dan Miss World. Pertandingan ratu cantik ini juga bertujuan untuk memperlekehkan pelaksanaan Syariah Islam di Nigeria.

Pada tahun 2004, dirilis filem dibawah garapan produser Theo Van Gogh yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dokumentari ini yang kononnya sebagai ekspresi kebebasan berkarya dengan memasukkan penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW. Golongan liberal kapitalisme ini sentiasa menunjukkan kebencian mereka kepada orang yang beriman.

Pada 27 Mac 2008, salah seorang Menteri Kabinet Belanda iaitu Geert Wilders telah menjadikan filem kontroversinya, 'Fitna' untuk memburukkan Islam. Sedutan tayangan itu telahpun dilakukan dalam sebuah rancangan primetime di ABC News yang berjudul ‘What Would You Do?’. Dengan berbekalkan kefahaman tekstual terhadap zahir ayat-ayat al Quran, Wilders telah meletak video-video terrorist untuk menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan Muslim. Ketika ditemuramah, Geert Wilders mendakwa al-Quran yang dimiliki umat Islam perlu diharamkan kerana ia menyerupai buku Hitler, Mein Kampf.

Antara babak yang diputar-tayang ialah petikan video pesawat kapal terbang menghentam World Trade Center pada tanggal 11 September 2001. Setelah itu ditampilkan bacaan ayat al-Quran, seolah-olah ayat tersebut memaknai kejadian 11/9. Episod-episod simpati 11 September itu beralun-alun dengan suara mangsa, menjadikan filemnya itu mewakili perasaan rakyat Amerika pada 11/9. Sedangkan, masyarakat Barat sendiri semakin ghairah ingin mengenali dan memeluk Islam selepas peristiwa 11/9.

Apa yang dilakukan oleh Wilders telah memahat reaksi bekas setiausaha utama OIC, Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu terhadap fenomena 'kebebasan bersuara' :

"We must not allow freedom of speech to be used as a cover to insult religion." (Kita tidak harus membenarkan kebebasan bercakap untuk digunakan sebagai permulaan untuk menghina agama)

Begitupun sikap yang sejalan dengan al-Quran sebagaimana yang ditunjukkan apabila menghadapi orang-orang jahil, ialah :

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini" - Surah Al Furqan:63

Kata Dr. Yusuf al Qardhawi berhubung perbuatan Wilders, "Kami bukanlah (umat yang gemar) memulakan provokasi dan juga tentangan, sebaliknya kami adalah umat yang sejahtera (Salam) dan perkataan 'Salam' merupakan antara nama-nama Allah yang suci dan ditinggikan."

Namun, hari ini umat Islam dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda SAW. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu, dan kemudian syarikat google menegaskan untuk tidak membuang video tersebut untuk terus menjadi paparan bagi sesiapapun yang melayari internet.

Selaku seorang Muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini sekali lagi telah menghina Baginda Nabi SAW dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang womanizer - 'gila perempuan'. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan Para Sahabat RAH. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;

“My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad. He kills men, captures women and children…”

Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi SAW. Sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini. Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

Filem yang melabel Baginda SAW sebagai ‘fraud, a womanizer and a madman’ ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir dan Libya.  Rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.
Justeru untuk kesekian kalinya, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut meminta seluruh pemuda untuk berhimpun aman pada 21 September 2012, bersamaan hari Jumaat ini di hadapan Kedutaan Amerika untuk menyatakan bantahan kita. Pihak DPPM berharap agar setiap Muslim di pelusuk tanah air dapat turun untuk meramaikan himpunan ini, kerana ia menjadi kewajiban untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini di hadapan mereka.

Ceramah Isu - Isu Semasa


Johor tetap jadi pusat gelombang perubahan


KUALA LUMPUR: Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.

"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.

Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.

"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.

Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS.

"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.

"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin.

Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.

Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya.

PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.

Ulamak wajib bersama, berdemo sambil berakhlak


Penghinaan ke atas batang tubuh Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah dilakukan sejak zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lagi. Akan tetapi arus modenisasi mengembalikan penghinaan ke atas Rasul yang mulia dengan pelbagai bentuk antaranya;

a)      Versi novel yang ditulis oleh Haidhar bin Haidhar, seorang yang berbangsa Syiria yang menetap di Mesir pada zaman Husni Mubarak. Akhirnya, ribuan mahasiswa/wi bangkit dan menuntut agar kerajaan Mesir mengharamkan terus novel tersebut dan menarik balik jualannya di pasaran. Bantahan ini menyaksikan gugurnya seorang srikandi dalam mempertahankan kesucian Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

b)      Seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menghina Baginda Nabi di dalam penulisannya sehingga penulisannya itu melahirkan kemarahan umat Islam lalu bertindak membakar pejabat utama “Nigeria This Day”.

Hari ini sekali lagi musuh-musuh Islam cuba mengusik sentimen umat Islam dengan mengaibkan batang tubuh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang tercatat di dalam sejarah.

Sejarah Saiduna Khubaib bin ‘Adi antara yang meruntun jiwa kita. Saat tubuhnya dicincang oleh musuh-musuh Allah lalu ditanya apakah dirinya mahu tempatnya digantikan dengan yang namanya Muhammad [shallallahu ‘alaihi wasallam], maka dengan tenang dia menjawab “bagaimana aku bisa membiarkan Nabi Muhammad menggantikan diriku menerima penyeksaan kamu sedangkan walau hanya sebatang duri saja yang menusuk Baginda aku tidak redha”.

Ungkapan dan tindakan para sahabat seharusnya menjadi pendorong, motivasi dan pembakar semangat kepada mereka yang telah dianugerahkan pangkatnya melalui hadits dan al-Quran.

Golongan ulamak perlu melahirkan perasaan dan ekspresi mereka terhadap isu ini. Mereka ini digelar pewaris Nabi. Mereka juga diiktiraf oleh Allah sebagai hamba yang taat dan patuh kepadaNya. Hubungan zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang terputus dengan umat akhir zaman hanya dapat bersambung dengan adanya para pewaris Nabi ini.

Wahai sekalian ulamak di serata pelusuk di seluruh Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru agar kita semua dapat beramai-ramai turun untuk menyatakan marahnya kita apabila insan yang kita cintai melebih dari diri kita ini dihina oleh musuh-musuh Allah.

Turunnya kita adalah untuk menzahirkan betapa umat Islam akan segera bangkit sekiranya nama Baginda dihina dan maruah Baginda direndahkan. Para pewaris Nabi sekalian, kita perlu turun hari Jumaat ini sebagai satu bentuk pendidikan kepada masyarakat awam bahawa kemuliaan Nabi perlu dijaga, syariat Nabi perlu ditegakkan dan sebagai amaran untuk mereka yang berani-berani menghina Junjungan Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi meminta agar sekalian tuan-tuan guru, sekalian asatidz, pendakwah-pendakwah, penceramah-penceramah dan alim ulamak untuk meramaikan himpunan pada Jumaat ini di Masjid Tabung Haji. Kehadiran para ulamak sekalian mudah-mudahan membuka pintu pertolongan Allah untuk memberikan keizzahan kepada umat Islam sehingga menimbulkan gerun di hati-hati mereka yang kufur.

Para peserta juga diingatkan untuk menjaga adab dan akhlak. Kita tidak mahu sebarang tindakan luar kawalan yang hanya memburukkan keadaan. Dengarlah apa yang diarahkan oleh pimpinan ketika di medan mudahan-mudahan peristiwa uhud tidakkan kembali berulang. Langkah yang disusun dan derapan kaki yang berbunyi pasti akan menimbulkan rasa takut dan gentar dalam diri penghina-penghina Islam di atas kebangkitan umat Islam yang dipandu dengan syariat Islam

Tuesday, September 18, 2012

Survival: Najib cuba takutkan orang Melayu


Survival: Najib cuba takutkan orang Melayu


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu.

Kenyataan Najib itu juga didakwa sebagai cubaan secara halus untuk menanamkan sifat kebencian orang Melayu terhadap orang bukan Melayu.
"Najib bimbang dengan kebangkitan rakyat, atas sebab itu cuba menggambarkan kepada orang Melayu, survival politik melayu akan hilang jika tidak memilih Umno dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang mengatakan survival politik Melayu Islam akan hilang jika memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib dikatakan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Umno Pekan, 15 September lalu.
Tambah Mahfuz, kebimbangan Najib itu menyebabkan presiden Umno itu mengambil pendekatan tersebut, sedangkan apa yang dibimbangi beliau sebenarnya ialah kehilangan kuasa Umno itu sendiri.

Justeru, Mahfuz mengingtkan rakyat agar melihat persoalan ini dengan serius bagi membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, katanya ungkapan Najib itu tidak wajar dikeluarkan ketika seluruh rakyat Malaysia berada di ambang sambutan Hari Malaysia.

Beliau juga meminta Najib menghentikan politik kuno tersebut, yang tidak memberikan keuntungan kepada sesiapa, melainkan kepada BN itu sendiri.

Sidang Media DPPNK Kecam Hina Nabi S.A.W.



Hina Islam: Umno diminta politik hipokrit

KUALA LUMPUR: Penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW berpunca daripada sikap segelintir orang Islam sendiri yang turut menghina Islam.

Apabila orang bukan Islam melihat penghinaan terhadap Islam dibuat dan tidak mendapat bantahan, maka mereka juga bertindak berani untuk berbuat demikian.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata perkara ini boleh dilihat ketika orang Islam sendiri, antaranya pemimpin Umno yang pernah mengeluarkan kenyataan menghina Islam itu sendiri.

Sambil menyifatkan Umno sebagai hipokrit dalam menangani isu penghinaan bukan Islam terhadap agama Islam, Mahfuz berkata parti Melayu itu diminta agar menghentikan politik hipokrit sedemikian.

"Sebelum ini, ramai di kalangan pemimpin Umno yang menghina dengan mempersendakan hukum Islam.  Dalam isu filem 'Innocent of Muslims' ini mereka tunjuk yang mereka mengecam penghinaan tersebut, tetapi dalam masa sama Umno sendiri dalam siri-siri tertentu pada zaman Tun Mahathir Mohamad memperlihatkan ungkapan Umno sendiri yang menghina Islam," dakwa beliau pada satu sidang media, di ibu negara, hari ini.

Sehubungan itu, ahli parlimen Pokok Sena itu mengingatkan umat Islam, khususnya di Malaysia agar bangkit untuk membantah kenyataan yang dibuat pemimpin negara ini, sepertimana yang pernah dimuatkan dalam sebuah buku terbitan Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Buku bertajuk 'Mahathir serta beberapa pemimpin Umno dan pengikutnya Anti-Islam' itu diterbitkan ketika Mahfuz mengetuai pergerakan tersebut.

Ahli parlimen Pokok Sena itu, bagaimanapun menyokong penuh umat Islam yang bertindak membantah pembikinan dan penayangan filem tersebut, yang menurutnya masih membuktikan rasa sensitiviti yang masih menebal di kalangan umat Islam.

Talam: Kenyataan Muhyiddin malukan BN

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Predana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan Selangor dengan isu Talam Corporation Berhad (Talam) 'memalukan' BN.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kemungkinan besar Muhyiddin telah diberi maklumat tidak tepat oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang selama ini keliru tentang 'Pelan Pungutan Hutang Talam' (Talam Debt Recovery Exercise).

"Seluruh rakyat Selangor tahu bahawa (ketika) pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor dulu Talam berhutang kepada tiga anak syarikat negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - RM28.2 juta, Pendidikan Industri Yayasan Selangor Bhd (PIYSB) - RM248.7 juta dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) - RM115.1 juta

"Isu hutang Talam adalah sejak dari zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor lagi, kenapa sejak dulu mereka tidak berusaha untuk mendapatkan kembali hutang dari Talam," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang juga merupakan jurucakap rasmi Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu hutang Talam itu turut mempersoal kerajaan BN yang gagal memungut hutang-hutang tersebut walaupun RM1 setelah tiga kali mereka mencubanya iaitu pada tahun 2005, 2007 dan 2008.

Dr Dzulkefly memberitahu, melalui perancangan dan pelan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Talam telah melunaskan hutang-hutang mereka dalam bentuk bayaran yang telah ditetapkan.

Malah menurut beliau lagi, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh firma audit bebas KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah satu keputusan yang bijak (a sound business decision).

"Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak menbayar walaupun RM1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri," katanya.

Laporan itu menyebut bahawa Talam telah membayar RM340.89 juta dalam bentuk tanah dan aset iaitu tanah di Bukit Beruntung - RM150.28, di Bestari Jaya RM105.3 juta, di Ulu Yam dan 60 peratus ekuti saham dalam Ulu Yam Golf dan Country Resort dengan nilai RM22.2 juta.

Selain itu tanah di Danau Putra seluas 134 ekar - RM52,1 juta dan 5 unit pejabat di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta.

Manakala selebihnya yang berjumlah RM51.12 juta pula dibayar dalam bentuk tunai itu RM12 juta dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 juta melalui 'cash assignments' dai EON, RM7.68 juta pula dari kerja 'earthwork' di Universiti Selangor (Unisel).

RM9.04 juta diperolehi dari jualan 25,94 ekar tanah di Bukit beruntung dan RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.

Ahli Jawatankerja PAS Pusat itu turut menegaskan Umno-Barisan Nasional mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah tersebut tetapi mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmanatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan persekutuan.

Hina Nabi: Himpunan di kedutaan AS Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) telah membuat persediaan untuk menganjurkan Perhimpunan Aman bagi membantah filem kontroversi 'Innocence of Muslim' di hadapan Kedutaan Amerika pada 21 September ini sejurus selepas solat Jumaat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata penerbitan filem itu merupakan satu provokasi melampau yang boleh mencetuskan keganasan seperti berlaku di Libya dan tidak mustahil merebak ke negara umat Islam lain jika tidak dihentikan.

"Kita minta Barack Obama mengambil tindakan segera kerana ianya memburukkan lagi persepsi masyarakat dunia terhadap dasar luar Amerika khususnya berkait hubungan dengan negara Islam.

"Beliau perlu menunaikan janji awal beliau untuk pulihkan hubungan barat dengan umat Islam," katanya.

Sementara itu, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, beliau telah membuat pengerahan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri menghantar sekurang-kurangnya 5 ribu anggota Pemuda PAS dalam himpunan ini.

Manurutnya, DPPM juga telah mengarahkan agar 1000 anggota Jabatan Amal untuk menjalankan tugas sepanjang himpunan ini diadakan nanti.

Makluman secara rasmi kepada pihak keselamatan katanya akan dibuat dalam masa yang terdekat bagi memastikan bahawa himpunan ini dapat dilaksanakan dengan aman tanpa diganggu oleh provokasi mana-mana pihak.

"Kita menggesa agar seluruh umat Islam di negara ini untuk turut serta dalam himpunan aman ini bagi menyatakan rasa cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhamad s.a.w serta menyatakan sikap kita terhadap kebiadapan Sam Becile dan sekutunya yang tidak bertanggung jawab ini.

"Kita juga menjemput seluruh pemimpin parti politik untuk bersama dalam himpunan ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan terhadap Rasulullah dan tindakan menghina Islam perlu dihentikan segera," katanya.

Pasti kini jadi pilihan masyarakat


 
PENGKALAN CHEPA:
Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.

Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Abdullah, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam.

Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.

“Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.

“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.

Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.

“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.

Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.

Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.

Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan.

Sambutan Hari Malaysia 2012 Peringkat Negeri Kelantan (16 September 2012)