Penghinaan ke atas batang tubuh Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah dilakukan sejak zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lagi. Akan tetapi arus modenisasi mengembalikan penghinaan ke atas Rasul yang mulia dengan pelbagai bentuk antaranya;
a) Versi novel yang ditulis oleh
Haidhar bin Haidhar, seorang yang berbangsa Syiria yang menetap di Mesir
pada zaman Husni Mubarak. Akhirnya, ribuan mahasiswa/wi bangkit dan
menuntut agar kerajaan Mesir mengharamkan terus novel tersebut dan
menarik balik jualannya di pasaran. Bantahan ini menyaksikan gugurnya
seorang srikandi dalam mempertahankan kesucian Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
b) Seorang editor akhbar berbahasa
Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menghina Baginda Nabi di
dalam penulisannya sehingga penulisannya itu melahirkan kemarahan umat
Islam lalu bertindak membakar pejabat utama “Nigeria This Day”.
Hari ini sekali lagi musuh-musuh Islam cuba mengusik sentimen umat Islam dengan mengaibkan batang tubuh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang tercatat di dalam sejarah.
Sejarah Saiduna Khubaib bin ‘Adi antara
yang meruntun jiwa kita. Saat tubuhnya dicincang oleh musuh-musuh Allah
lalu ditanya apakah dirinya mahu tempatnya digantikan dengan yang
namanya Muhammad [shallallahu ‘alaihi wasallam], maka dengan
tenang dia menjawab “bagaimana aku bisa membiarkan Nabi Muhammad
menggantikan diriku menerima penyeksaan kamu sedangkan walau hanya
sebatang duri saja yang menusuk Baginda aku tidak redha”.
Ungkapan dan tindakan para sahabat
seharusnya menjadi pendorong, motivasi dan pembakar semangat kepada
mereka yang telah dianugerahkan pangkatnya melalui hadits dan al-Quran.
Golongan ulamak perlu melahirkan perasaan
dan ekspresi mereka terhadap isu ini. Mereka ini digelar pewaris Nabi.
Mereka juga diiktiraf oleh Allah sebagai hamba yang taat dan patuh
kepadaNya. Hubungan zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang terputus dengan umat akhir zaman hanya dapat bersambung dengan adanya para pewaris Nabi ini.
Wahai sekalian ulamak di serata pelusuk di
seluruh Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru agar kita semua
dapat beramai-ramai turun untuk menyatakan marahnya kita apabila insan
yang kita cintai melebih dari diri kita ini dihina oleh musuh-musuh
Allah.
Turunnya kita adalah untuk menzahirkan
betapa umat Islam akan segera bangkit sekiranya nama Baginda dihina dan
maruah Baginda direndahkan. Para pewaris Nabi sekalian, kita perlu turun
hari Jumaat ini sebagai satu bentuk pendidikan kepada masyarakat awam
bahawa kemuliaan Nabi perlu dijaga, syariat Nabi perlu ditegakkan dan
sebagai amaran untuk mereka yang berani-berani menghina Junjungan
Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi
meminta agar sekalian tuan-tuan guru, sekalian asatidz,
pendakwah-pendakwah, penceramah-penceramah dan alim ulamak untuk
meramaikan himpunan pada Jumaat ini di Masjid Tabung Haji. Kehadiran
para ulamak sekalian mudah-mudahan membuka pintu pertolongan Allah untuk
memberikan keizzahan kepada umat Islam sehingga menimbulkan gerun di
hati-hati mereka yang kufur.
Para peserta juga diingatkan untuk menjaga
adab dan akhlak. Kita tidak mahu sebarang tindakan luar kawalan yang
hanya memburukkan keadaan. Dengarlah apa yang diarahkan oleh pimpinan
ketika di medan mudahan-mudahan peristiwa uhud tidakkan kembali
berulang. Langkah yang disusun dan derapan kaki yang berbunyi pasti akan
menimbulkan rasa takut dan gentar dalam diri penghina-penghina Islam di
atas kebangkitan umat Islam yang dipandu dengan syariat Islam
No comments:
Post a Comment