KUALA LUMPUR: Wang pampasan buruh paksa Landasan Kereta
Api Maut Jepun yang digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan
Antarabangsa Malaysia (MISC) merupakan satu tindakan yang tidak wajar.
Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin,
berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa
ataupun waris mereka.
"Sewajarnya wang itu untuk mangsa.
Bayangkan ada di kalangan mereka yang hilang kerana dipaksa membina,
tidak kurang juga mati ketika itu.
"Bagaimana kerajaan boleh
menggunakan wang darah tersebut untuk membina MISC?" soal beliau pada
satu sidang media khas, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Tambah
beliau, tindakan itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak mempunyai
sikap kemanusiaan dan peka terhadap mangsa buruh paksa tersebut.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek,
yang pernah dilaporkan Utusan Malaysia, bertarikh 11 Mei 2007 yang
menyatakan wang tersebut digunakan untuk penubuhan MISC.
Shabery,
ketika itu yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar, dilaporkan berkata kes itu dianggap selesai.
Menurut
beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun
yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun
pada 21 September 1967.
Mengikut perjanjian tersebut, katanya,
kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang
tersebut telah digunakan untuk menubuhkan MISC.
Sebelum ini, isu berkaitan pampasan ini pernah dibangkitkan Nizar ketika perbahasan belanjawan 2013, hujung tahun lalu.
Beliau
ketika itu meminta Menteri Kewangan menjelaskan status kedudukan wang
tersebut yang dikatakan sudah dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia,
namun mangsa ataupun waris masih tidak menerima wang tersebut.
No comments:
Post a Comment