KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama
seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih
3.0 pada 28 April ini.
Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.
"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.
Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.
Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.
Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.
Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

SHAH ALAM:
Satu Majlis Makan Malam Perdana anak-anak Johor di perantuan akan
diadakan pada hari Ahad, 29 April jam 8.00 malam di Kompleks Belia dan
Kebudayaan, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
KUALA LUMPUR:
Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said secara peribadinya
mahu mengekalkan himpunan 'Duduk Bantah' diadakan di Dataran Merdeka, 28
April ini.
Majlis
tersebut akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu bekas
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir.