KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.
Sekurang-kurangnya
12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman
facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan
Rakyat.
Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan
memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh
lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.
Menurut
Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh
terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.
"Kita
hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang
dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata
Shabrimi kepada Harakahdaily.
Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.
(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)
(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)
(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)
(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)
(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)
(Logo cadangan Hafiz)
(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)
(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)
(Cadangan logo dari Shazni Hanis)
Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.
No comments:
Post a Comment