KETEREH:
Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan
Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai
PAS.
Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.
Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.
Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama di majlis tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.
“Sebenarnya saya sudah lama mengikuti kuliah Musyidul Am di Medan Ilmu setiap pagi Jumaat. Jarang benar saya tidak hadir.
“Kesedaran agama sudah lama berputik. Ini tidak pelik bagi setiap pegawai kerajaan di Kelantan. Ketika berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Krai saya mulai menghafal ayat-ayat suci al Quran,” katanya ketika ditemui.
Beliau yang menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1982 berkata, mahu menzahirkan secara rasmi sebagai ahli PAS selepas tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.
“Insya-Allah kehadiran saya mungkin boleh memberi sedikit nilai tambah kepada perjuangan PAS di sini,” katanya yang kini menetap di Ketereh. Berasal dari Tendong, Pasir Mas

No comments:
Post a Comment