KOTA BHARU: Qaryah Ramadan di Dataran Stadium Sultan
Mohammad Ke-IV bukan sekadar tempat ihya Ramadan dengan ibadat tarawih
dan qiamulai, sebaliknya bakal menghimpunkan ulama-ulama nusantara pada
satu ijtimak Ahad ini.
Program itu dikenali sebagai Ijtimak Pondok Nusantara akan
menghimpunkan kira-kira 800 ulama dan pelajar aliran agama dari
Thailand, Indonesia dan tuan rumah.
Program dua hari itu bermula esok dengan solat Asar berjemaah diikuti
halaqat al Quran dan iftar jamaie. Dan selepas solat sunat tarawih
diadakan ceramah oleh wakil Persatuan Ulama Fathoni.
Ijtimak berkenaan diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012
dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr Abdul Basit Abdul
Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai dan akan diulas Syeikh Muhd
Zainul Asri Mohd Ramli dari Kedah.
Kertas kerja kedua dibentang Tuan Guru Salleh Musa dari Kedah dan diulas Ustaz Zulkifli Ismail (Melaka).
Perasmian ijtimak yang julung kali diadakan di bulan Ramadan akan
disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada
sebelah tengahari Ahad.
Jurucakap program Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pada sebelah
petang akan diadakan liqa ulama nusantara dan merumuskan resolusi.
“Pada sebelah petang akan diadakan program bacaan qasidah dan Majlis
Zikir Ratib Hadaad, manakala selepas solat tarawih akan diadakan ceramah
khas oleh ulama dari Indonesia,” katanya.
Program tersebut juga terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi di Kelantan dan pelajar-pelajar sekolah pondok.
No comments:
Post a Comment