Tuesday, August 07, 2012

4 cendekiawan Yaman kunjungi Presiden PAS


[Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar  Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu]

MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan.

Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman.

Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari’ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan.

Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu’un ‘Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir

Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami.

Buletinonline di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Ustaz Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in,  Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat.

No comments: