KUALA LUMPUR, 15 Feb: Jika National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melakukan perbuatan pecah amanah, kerajaan Umno BN bersubahat dalam perbuatan itu, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu."Ini kali ke berapa kerajaan Umno pecah amanah duit rakyat?
"Sekarang, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) sendiri yang mengaku berlaku kes pecah amanah bila NFCorp langgar syarat pinjaman. Kenapa dari awal lagi kerajaan tidak bertindak?
"Keengganan kerajaan mengambil tindakan terhadap perbuatan yang disebutkan oleh Nazri sebagai pecah amanah itu merupakan bukti yang sangat jelas bahawa kerajaan bersubahat dengan perbuatan itu," kata beliau.
Mohamad menegaskan, kerajaan tidak ada alasan lagi untuk berpura-pura tidak bersalah dan tidak pecah amanah kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam NFCorp telah terdedah dan didedahkan.
"Ketua Audit Negara telah bersuara, Pengerusi NFCorp (Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail) sendiri mengaku mereka membeli kondominium di Bangsar menggunakan duit untuk projek lembu itu dan mendakwa ia pelaburan bijak, (Pengarah Strategik PKR) Rafizi (Ramli) telah membuat pendedahan demi pendedahan yang disertakan pelbagai bukti, dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) juga kita difahamkan banyak yang didedahkan dan sekarang Nazri pula kata berlaku kes pecah amanah dalam NFCorp.
"Hanya (Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) sahaja yang mendakwa tiada unsur pecah amanah dan penyelewengan sedangkan siasat pun belum habis lagi. Orang seperti itu, tidak perlu ambilkira," katanya.
Bagi Mohamad, adalah tidak memadai jika keluarga keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja yang dipertanggungjawabkan.
"Kerajaan Umnolah pihak yang bersalah dalam isu dana RM250 juta untuk projek lembu fidlot ini.
"Mula-mula didedahkan kerajaan Umno bagi pinjaman mudah kepada NFCorp dengan melanggar peraturan kewangan, dan selepas itu sengaja tidak mahu dan enggan mengambil tindakan malah berdolak dalik dengan pembelaan demi pembelaan termasuk dari Perdana Menteri sendiri," katanya.
Mohamad mengingatkan Nazri supaya jangan sekadar membangkitkan perbuatan NFCorp melanggar syarat pinjaman sahaja.
"Mengapa diam terhadap pendedahan bahawa kerajaanlah yang terlebih dahulu melanggar peraturan kewangan apabila memberikan pinjaman mudah kepada NFCorp?" soal beliau.
Malaysian Insider semalam melaporkan, Nazri berkata, NFCorp telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.
“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.
“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri.
“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penyertaan lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali (gambar) ke dalam PAS merupakan satu tempelak kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
KOTA BHARU, 14 Feb: Rakyat Kelantan pelbagai anutan agama di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui berjaya mewujudkan keharmonian pelbagai kaum walaupun pemimpinnya beragama Islam.
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan National Feedlot Corporation (NFC). 







KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak pendirian rasmi Umno dalam isu sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang disambut setiap tahun di negara ini.
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Ulamak PAS Pusat dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa Dewan itu bertegas dan berada teguh di belakang kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin bahtera perubahan dalam Pilihan raya Umum yang akan datang.






KOTA BHARU, 12 Feb: Memandangkan Kerajaan Persekutuan masih gagal melaksanakan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990), kerajaan negeri terpaksa mengambil insiatifnya sendiri untuk menjayakannya.
