
Kenyataan rasmi itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Menurut beliau, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai Presiden PAS amat diperlukan bukan sahaja di peringkat Parlimen bahkan negeri Terengganu dalam usaha untuk mengemudi bahtera perubahan di Malaysia dengan acuan Islam yang menjadi tonggak utama perjuangan PAS itu sendiri.
Keputusan mempertahankan dan mempertegaskan kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Presiden untuk memimpin bahtera pilihan raya PAS itu dicapai secara sebulat suara oleh semua ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat yang hadir pada mesyuarat pusat dewan tersebut.
No comments:
Post a Comment