Entah   kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang   juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah   yang dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan   bantuan RM500 BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak   selesai. Lepas tu pula PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah   terima permohonan rayuan.Yang jadi  mangsa sekarang ni kakitangan  dan pejabat kerajaan yang uruskan proses  permohonan dan agihan BR1M  ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan  lain perlu buat, dah jadi  tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M  jadi isu utama di pejabat  tersebut ketika ini.
Kesian  pula saya dengar keluhan pegawai  kerajaan tadi yang merupakan penyokong  kuat kerajaan. Dah tu pula  katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan  boleh main agih sahaja.  Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk  orang datang ambil,  kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil  rakyat untuk  berucap dan agihkan kepada penerima.
Katanya  lagi itu belum lagi masuk kes  ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana  sistem agihan baucer BR1M  adalah secara manual dari senarai nama yang  dicetak dari komputer. Saya  kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui  komputer , barulah komputer  hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang  penerima. Sedangkan baucer  RM500 ditulis secara manual.
Saya  kata pada dia, memang masa satu dua  bulan tak cukup dan tak masuk akal  nak proses BR1M ini. Saya katakan  pada dia , perlu masa setahun baru  boleh agihkan dengan sempurna dan  menyeluruh.
Bayangkanlah  kita ada sekurang-kurangnya  3.4 juta isi rumah yang layak dapat BR1M  ini. Kira punya kira,  bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan ,  bermakna setiap negeri perlu  proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak  proses, belum lagi dapat  nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada  yang isi borang 2 3 kali,  di bandar isi borang, balik kampung isi lagi  borang.
Memang haru biru
Nampaknya  ceramah saya malam nanti saya  perlu perjelaskan kepada orang kampung  supaya bersabar dalam agihan  RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat  kita di pejabat kerajaan yang  tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini,  tak kiralah mereka ni  penyokong kerajaan sedia ada atau tidak.
Harap-harap  pemimpin kerajaan dapatlah  beri gambaran sebenar isu agihan BR1M ini  agar tidak memberi tekanan  kerja yang melampau terhadap kakitangan  kerajaan terutamanya penyokong  mereka sendiri.
INTIPATI BAJET 2012
Kerajaan  bercadang membuat pemberian  tunai secara one-off atau sekali sahaja  seperti berikut: Bantuan  sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah  berpendapatan bulanan 3,000  ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi  rumah atau 53 peratus  daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka  mendapat manfaat  daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua  isi rumah yang  layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam  Negeri sebagai  agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui  bank dan Pejabat  Pos.
Iklan Teks
No comments:
Post a Comment