Saturday, April 23, 2011

Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal

KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.
Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam.
“Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak.
“Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno.
“Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua, Datuk Anuar Tan Abdullah.
Hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati termasuk pemimpin PKR Cabang Kota Bharu, DAP Bahagian Kota Bharu serta masyarakat bukan Islam hadir.
Mohd Nizar yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, paling mendebarkan usaha memecahkan PAS dengan Pakatan Rakyat berlaku apabila Pak Lah menemui Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan Yang di-Pertuan Agong menghadiri majlis makan malam di Istana Terengganu Kuala Lumpur.
Katanya, pada pertemuan yang disifatkan diatur khas turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
 “Agenda besar yang dirancang tersebut bertujuan memecahkan PAS daripada Pakatan. Perangkap besar tersebut sudah dipasang namun masih tidak mengena,” ujarnya.
Pada mesyuarat tersebut beberapa tokoh veteran PAS menerima saguhati setengah Dinar emas iaitu Ismail Mohamad, Tengku Jaafar Tengku Ahmad, Mohd Amin Salleh dan bekas pemimpin PRM, Lee Han Tie.
Manakala Yaakub Awang diisytiharkan Tokoh PAS Kota Bharu 2011. Beliau menerima satu Dinar, sijil dan buku Sejarah PAS Kelantan.
Sementara itu pada pemilihan jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2011-2013 yang diadakan, jawatan-jawatan utama kekal tanpa bertanding.
Manakala anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Aidy Hassan, Nor Azariza Mohd Alawi, Mohd Adilan Mat Jusoh, Mohd Saiba Yaakub, Mohd Baharudin Mohd Nor, Nasrudin Mahmud Muhaidin, Mohamad Kamal Khatib, Azhari Abdul Rahman, Nor Hashimah Deraman, Rosli Abdul Razak, Syarifah Mariam Syed Alwi, Mohd Ridhuan Nawi, Hanafi Muhamad, Mohd Noor Mohd Yusof dan Husin Mansor.

JAGA ADAB BERKEMPEN Jawatan satu amanah, bukan untuk dibanggakan

Jawatan satu amanah,
 bukan untuk dibanggakan
19 Jamadil Awal 1432 H | 22 April 2011
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.

B
iarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Sehubungan itu tegasnya, calon yang hendak dipilih perlu mempunyai dua syarat penting iaitu layak dan kedua, mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab.


Mengulas trend sesetengah pihak di kalangan PAS yang gemar menggunakan media termasuk blog untuk menghentam mana-mana pimpinan dalam parti, beliau berkata perkara itu sewajarnya dielakkan.


"Kita kena berhati-hati dalam soal ini. Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah. Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu," katanya lagi.

Awas manipulasi media


Ianya termasuk isu pencalonan Datuk Husam Musa bertanding jawatan presiden oleh PAS Bukit Bintang.


"Tetapi perbezaan yang ditunjukkan oleh Bukit Bintang itu kita raikan, itu hak kawasan," katanya.


Datuk Husam Musa dicalonkan oleh PAS Bukit Bintang untuk jawatan presiden namun begitu Husam telah menolaknya dengan berkata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi adalah calon yang paling layak untuk jawatan itu.


"Beliau adalah antara faktor penyatuan dalam PAS," kata Husam dalam reaksi segeranya kepada Harakahdaily sebelum ini ekoran pencalonan itu.

Friday, April 22, 2011

Muhyiddin memburu guru, kebajikan terabai


18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 April: PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini, tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik barbarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran.

Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihan raya kecil Tenang.

“Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau berkata, sepatutnya Muhyiddin dan Dr Fuad perlu turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas.

Menurutnya, pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat.

Begitu juga, katanya lambakan guru Sains dan Matematik seramai 26,000 merupakan satu lagi ukuran kegagalan Muhyiddin dan Dr Fuad untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah.

“Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya.

“Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid sedangkan Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap.

“Nampaknya sekarang siapa yang bankrap sehingga peruntukan untuk kementerian beliau tidak cukup,” ujarnya.

Beliau berkata, jika itulah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan, maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno.

Idris turut mempersoalkan kenapa Pengarah Pendidikan Johor, Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihan raya kecil Tenang.

“Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah.

“Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, Cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi,” ujarnya.

Beliau turut memberi peringatan khas untuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asy-syahid Syed Qutb di dalam buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu iaitu "kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang".

Anwar masuk ke ICU Azizah

KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali. 

"Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau.

Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.

Tiada kempen berlebihan dalam PAS

KUALA LUMPUR, 22 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan tidak berlaku kempen berlebihan dalam parti itu sehingga menyebabkan perpecahan.
"Calon sendiri tak berkempen. Tapi kalau pengikut-pengikiut yang berkempen, itu saya tak boleh nak halanglah.

"Dalam PAS budaya kita, masing-masing dah tahu etika kempen dan kempen macam pilihan raya tak berlaku dalam PAS," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini..
PAS, tambahnya tidak terikut-ikut dengan parti lain yang menangguhkan muktamar kerana ingin memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang dijangkakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Saya agak parti lain menangguhkan mesyuarat agung mereka kerana takut pertandingan dalam parti akan menyebabkan perpecahan sebab kempen yang terlalu hebat.
"Tapi PAS  ada budaya sendiri. Walaupun ada pertandingan tapi tak akan merosakkan perpaduan dalam parti .

"Jadi tak ada masalah nak teruskan (muktamar) melainkan pilhan raya diadakan pada Jun," katanya.

Beliau juga memberithau tarikh tutup bagi setiap kawasan menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan tertinggi dalam PAS adalah pada 15 Mei ini.

Katanya, ianya bagi memberi peluang kepada setiap kawasan yang belum selesai mengadakan mesyuarat agung mereka untuk turut membuat pencalonan.

Jumlah pencalonan setiap kawasan tidak akan dibuka kepada umum termasuk Harakah dan Harakahdaily sehinggalah semua kawasan selesai membuat pencalonan.

"Pencalonan dari setiap kawasan tidak akan dibuka, diletakkan di satu tempat dan hanya akan dibuka setelah semua selesai.

"Saya sendiri pun tidak akses kepada jumlah pencalonan dan Harakah dan Harakahdaily pun tak boleh siar jumlah pencalonan itu," kata beliau.

Beliau berkata, setelah 179 kawasan selesai membuat pencalonan, ia akan dihantar kepada calon-calon tersebut dan mereka boleh memilih sama ada menerima atau menolak pencalonan tersebut.

Tempoh untuk menarik diri sehingga 26 Mei, sebelum kertas undi dicetak pada 28 Mei.

"Calon yang berhasrat diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran yang dikeluarkan jawatankuasa pemilihan.

"Kelayakan bertanding ialah apabila seseorang itu mendapat minima dua pencalonan," jelasnya.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan ialah Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Muktamar Tahunan PAS Pusat akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun dengan majlis perasmian pada 1 Jun bagi Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat pada 2 Jun manakala muktamar penuh bermula 3 hingga 5 Jun.
Bagaimanapun tempat berlangsungnya muktamar akan dimaklumkan kemudian.

Menyentuh mengenai isu-isu yang akan dibangkitkan pada muktamar nanti, Mustafa berkata, ianya berdasarkan ucapan dasar Presiden dan menjangkakan pilihan raya umum ke-13 menjadi salah satu isu utama yang akan dibincangkan.

"Isu yang akan dibangkitkan berdasarkan ucapan dasar Presiden dan drafnya pun belum lagi siap. Jadi bergantung pada ucapan Presidenlah. Tapi berkenaan pilihan raya umum akan dibincangkan," katanya.

Kenapa PAS dikritik

TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?
“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.
“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.
“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.
“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.
“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.
“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.
Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.
“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif.

Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya

KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.

“Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.

Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Tuesday, April 19, 2011

Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan

KUALA LUMPUR, 19 April: Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.
Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.
Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.
Katanya, itulah realiti yang perlu disedari oleh setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang turut mendasari perpaduan dalam parti, sehingga menyebabkan pihak lawan berusaha keras memalu gendang tersebut dengan begitu kencang terutama menjelang muktamar agung PAS Jun ini.
"Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu.
"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.       
Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.
Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.
"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.
Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.  
Sebelum itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, beliau menegaskan, pencapaian tersebut tidak boleh diukur dari segi demokrasi kerana PRN Sarawak Ke-10 itu bukan berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar yang diamalkan di negara ini.
"Kalau PRN Sarawak Ke-10 itu berlangsung dalam suasana demokrasi seperti di negara-negara luar, PAS pasti akan menang kerana ia tidak akan menyekat rakyat untuk membuat pemilihan seperti yang dikehendaki oleh mereka dengan berbagai sekatan oleh para pemimpin BN," tegasnya.
Namun, realiti yang berlaku di Sarawak jelas menyekat PAS dari menyampaikan maklumat kepada rakyat oleh pihak BN dengan berbagai cara terutama menerusi media, sehingga rakyat hanya disogokkan dengan pelbagai propaganda dari BN menerusi media cetak dan elektorik seperti tv dan radio yang masuk ke rumah-rumah setiap penduduk di serata tempat.
Manakala di pihak PAS dan Pakatan Rakyat, peluang itu disekat dengan ketat, tidak seperti di negara-negara luar yang turut memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang muncul di media cetak utama, radio dan tv.
"Ini menjadikan PAS gagal menyampaikan maklumat sebenar termasuk menjelaskan dasar-dasar parti kepada orang ramai, sehingga menyebabkan rakyat Sarawak berjaya dipengaruhi oleh BN untuk terus mengundi mereka, walaupun BN ternyata sudah ditolak begitu jauh oleh mereka yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat yang benar seperti di bandar-bandar," katanya.
Keadaan itu, katanya, disusuli pula dengan pelbagai tindakan tidak demokratik lain oleh pihak BN terhadap rakyat Sarawak termasuk menerusi penggunaan jentera kerajaan dengan begitu berleluasa, politik wang, politik ugut dan sebagainya yang jelas melambangkan demokrasi di negara ini masih belum maju.
Sungguhpun begitu, peningkatan sokongan dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya menerusi PRN Sarawak Ke-10 itu, tegas beliau, jelas membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh pihak BN yang sekali gus turut membawa petanda PAS mempunyai harapan yang cerah di negeri itu pada masa akan datang.
"Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap jentera PAS di semua peringkat dengan terus berusaha gigih menyampaikan risalah perjuangan parti kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dari semasa ke semasa, seperti juga yang perlu terus dilakukan di Semenanjung," ujar beliau.

Video Boleh Jadi Bukti Setelah ada Empat Saksi (Adil)

tn_nikmohdzawawi_01Kuala Lumpur, 18 April 2011 - Rakaman video seks seseorang yang didakwa berzina hanya boleh dijadikan bukti sokongan di Mahkamah Syariah dengan syarat utamanya mestilah disertai dengan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan tersebut.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh menegaskan, bagaimanapun video yang menjadi bukti sokongan itu mestilah dikenal pasti ketulenannya dan individu dalam video tersebut benar- benar orang yang dituduh.
Tambahnya, jika orang yang membuat tuduhan itu hanya menyertakan video semata-mata bagi membuktikan kebenaran perlakuan seks tersebut, ia tidak boleh diterima pakai dalam perundangan Islam kerana syarat utama ialah disertai empat orang saksi yang adil.
"Video hanyalah sebagai bahan sokongan kerana bahan utamanya ialah empat orang saksi. Memang tidak boleh diterima pakai jika hanya bergantung pada satu bukti sahaj a iaitu video atau bahan-bahan lain," katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainol Rijal Abu Bakar video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah, jelas Ustaz Nik Muhammad Zawawi, sebagai peguam syarie, Zainol Rijal seharusnya lebih tahu mengenai undang-undang Islam.
Beliau turut berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham dengan undang-undang Islam serta sistem kehakiman Islam yang mempunyai peraturannya, sebagaimana undang-undang sivil yang juga mempunyai peraturannya sendiri.
"Barangkali beliau sudah terlalu biasa dengan undang-undang sivil. Apabila bercakap soal agama beliau terikut-ikut dengan kaedah dan pendekatan undang-undang sivil.
"Saya ingin menasihatinya supaya membezakan sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan sivil. Perundangan Islam ini datangnya daripada Allah yang mempunyai sistemnya sendiri yang tidak boleh direka cipta oleh manusia.
"Allah telah menentukan kes yang membabitkan zina dan liwat mesti disertai empat orang saksi yang adil dan barulah kita boleh menuduh si polan bin si polan dan seterusnya barulah boleh membawa bukti sokongan," tegasnya.
Kenyataan Zainol Rijal itu turut disangkal Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataannya yang berpendapat kenyataan tersebut menyeleweng' daripada prinsip Islam.
"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan zina itu.
"Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan beliau ini cukup menyeleweng," katanya.

PR menang bermaruah, BN menang dengan rasuah

KUALA LUMPUR, 19 April: Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tiada salahnya mengucapkan tahniah di atas kemenangan BN di Sarawak tetapi jangan memperkecilkan prestasi Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan titah ucapan baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam.

Beliau yang gembira kerana dapat menyertai perbahasan itu membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku lebih awal sebelum memulakan perbahasan.

“Sepanjang pagi tadi beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak.

“Tiada salahnya ini, akan tetapi kurang enak didengar apabila pada masa sama diperkecilkan pula prestasi Pakatan,” ujarnya selaku Ahli Dewan Negara yang mewakili PKR.

Menurutnya, seorang teman daripada Umno bertanya kepadanya: Syed, tidak mahu ucap tahniah ke dan beliau tiada masalah mengucap syabas.

Akan tetapi, beliau ingin mengingatkan bahawa PR berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda.

“Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8 peratus undi yang diperolahi BN dari 63 ke 55 peratus.

“Benar BN mendapat lebih dua pertiga kerusi, akan tetapi ia gagal memperolehi dua pertiga undi,” ujarnya.

Ini, tambahnya berlaku walaupun kerajaan Umno BN menggunakan jentera kerajaan, memperalat media elektronik serta cetak, mengugut melalui SB, menabur wang dan seterusnya tidak habis-habis menggunakan isu fitnah sodomi dan video seks.

“Saya teringat kepada sebuah tweet yang saya terima, berbunyi: Pakatan menang dengan maruah, BN menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi fixed deposit BN,” ujarnya.

PAS tempa kejayaan bermakna di Sebuyau

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, PAS tetap menempa kejayaan besar di Dun Sebuyau apabila berjaya mengislamkan seorang lelaki berketurunan Iban di kawasan itu.

Kejayaan tersebut ditempa 8 April lalu di kawasan pedalaman Sebuyau, apabila Jelani yang berusia 40-an datang menemui petugas-petugas PAS dari Perak yang berjumlah 7 orang yang bertugas di kawasan itu untuk diislamkan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid (gambar) menjelaskan, majlis pengislaman Jelani dilakukan oleh para petugas PAS dari Perak di rumah sewaan mereka dalam suasana penuh kesyukuran.

Menurut beliau, lelaki tersebut yang telah mempunyai seorang isteri dan seorang anak kini akan terus dibimbing oleh pihaknya bagi membolehkan beliau memperdalami ajaran Islam dan menjalani hidup secara islamik.

Katanya, selain itu, pihaknya juga akan turut membantu Jelani menguruskan beberapa perkara lain termasuk pendaftarannya secara sah sebagai penganut Islam.

"Dari segi namanya memang dah cukup baik. Secara kebetulan, nama asalnya memang Jelani yang sudah dikira memenuhi ciri-ciri nama yang baik dalam Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pengislaman Jelani, menurut beliau, adalah hasil kempen yang dijalankan oleh PAS yang memperkenalkan tentang Islam kepada penduduk tempatan termasuk menerusi ceramah.

"Inilah kejayaan kita. Walaupun tewas dalam pilihanraya, kita amat berbangga kerana berjaya mengislamkan seseorang. Walaupun seorang, tetapi ia sememangnya cukup bermakna kepada kita.

"Ini juga jelas membuktikan kepada kita bahawa ceramah-ceramah yang kita adakan telah berjaya menyerap ke jiwa orang bukan Islam, sehingga menyebabkan mereka tertarik dengan Islam dan akhirnya salah seorang daripada mereka dengan rela mengucap dua kalimah syahadah," tegasnya.

Dalam hubungan ini, beliau amat kesal dengan sikap sesetengah orang Islam sendiri di kawasan itu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak pula menjalani kehidupan sebagai orang Islam.

"Antaranya yang boleh dilihat adalah sesetengah anak-anak muda di kawasan ini. Walaupun mereka Islam dan ibu bapanya juga Islam, tetapi banyak yang minum arak.

"Pelik, ketika orang bukan Islam tertarik kepada Islam dan mahu menjalani kehidupan sebagai orang Islam yang sebenar, mereka yang sudah beragama Islam pula yang tidak menjalani hidup sebagai orang Islam seperti yang dituntut oleh Allah ke atas kita," katanya.

Beliau juga turut kesal dengan tindakan pihak BN dalam kempen mereka bagi menghadapi pilihanraya 16 April lalu, apabila para pemimpin mereka sanggup mengadakan pelbagai konsert di kawasan itu bagi menarik perhatian anak-anak muda supaya menyokong mereka, walaupun ia jelas akan lebih melalaikan lagi muda-mudi terbabit.

Menyentuh tentang kekalahan yang diterimanya dalam pilihanraya itu, beliau kesal kerana bukan sekadar berhadapan dengan parti lawan, tetapi kerajaan Malaysia, apabila pihak lawan menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk menghadapinya.

Menjelang pilihanraya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turut turun ke Sebuyau, sehingga membawa perlaksanaan pelbagai projek segera di kawasan itu termasuk pembinaan jalanraya, balairaya dan sebagainya yang kesemua itu adalah dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, beliau juga kesal kerana pihak BN turut menggunakan pelbagai ancaman dan ugutan kepada orang ramai agar tidak menyokong PAS dalam pilihanraya itu.

"Antara ancaman dan ugutan yang dilakukan kepada orang ramai termasuk akan menarik bantuan persekolahan anak-anak, biasiswa dan bantuan kebajikan kepada golongan tua jika menyokong PAS," ujarnya.

Pada setiap program yang diadakan oleh PAS, katanya, pihak BN turut menghantar polis dari unit Special Brand (SB) untuk merakamkan sebarang aktiviti, ucapan para pemimpin dan ceramah yang diadakan.

"Para petugas PAS tidak pula menghalang kedatangan SB ke dalam program-program kita kerana tidak mengenalinya dan sesetengahnya kerana percaya kepada mereka. Tetapi di sebaliknya, SB-SB itulah yang membuat hal dengan menghantar rakaman program yang kita adakan itu kepada pihak BN untuk diadakan tindak balas dari apa yang telah kita adakan," katanya.

Di samping itu, beliau turut kesal kerana para pemimpin BN turut menghalang kemasukan orang dari Semenanjung ke kawasan itu untuk membantu PAS, dengan memberikan amaran menerusi kain-kain rentang yang dipasang di merata kawasan.

"Tetapi di pihak mereka, tidak pula ada halangan untuk orang dari Semenanjung ke Sebuyau untuk berkempen bagi pihak mereka.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun dapat diatasi oleh pihak PAS kemudiannya menjelang hari-hari akhir kempen, tetapi ia amat dikesalkan kerana tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti di negara kita," tegasnya.

Dalam PRN Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, Haji Adam yang bertanding atas tiket PAS bagi Dun Sebuyau, yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, berjaya memperolehi 1,769 undi, manakala calon BN, Julaihi Narawi memperolehi 4,045 undi dan calon Bebas, Ali Semsu memperolehi 67 undi serta hilang wang pertaruhan.

Dari 9 ke 15 kerusi isyarat positif - Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 18 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat yang berjaya menawan 15 kerusi pada pilihanraya umum Sarawak, sebagai isyarat rakyat di negeri itu inginkan perubahan.

Katanya, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan, hakikatnya mereka telah tergugat dengan parti lawan khasnya dari Pakatan Rakyat apabila pertambahan kerusi dan jumlah undi begitu ketara diperolehi.

(Gambar: MB Kelantan, menyampaikan sumbangan peribadinya di samping sumbangan penderma dari
petugas di Beting Maro kepada anak sulung Allahyarham Mohd Izan Yaacob, (Mohd Shah) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang semalam.
)


“Sebelum ini BN begitu bangga kononnya bakal pengganti Taib telah ada, sekarang terdiam mana ada bakal pengganti lagi,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Pilihanaraya Umum Sarawak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

Nik Aziz berada di sini untuk menerima jenazah Allahyarham Mohd Izan Yaacob, petugas PAS dari Kelantan yang meninggal di Beting Maro 16 April lepas.

Beliau telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Izan di samping menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak beliau sebagai tanda simpati dari PAS dan kerajaan negeri kepada keluarga beliau.

Menurut Nik Aziz, walaupun PAS gagal memenangi mana-mana kerusi yang dipertandingkan, namun rakan dari Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi masing-masing termasuk jumlah undi juga semakin meningkat.

“Begitu juga calon PAS, walaupun gagal memperolehi kemenangan, namun ternyata secara keseluruhannya jumlah undi untuk mereka juga bertambah dan ianya memberi peluang yang cerah untuk masa depan.

“Lebih membanggakan kita, masyarakat Iban boleh menerima calon kita, itu petanda yang baik bagi perjuangan Islam,”ujarnya.

Menurutnya lagi, Malaysia sekarang mempunyai generasi muda yang berpandangan Islam lebih hebat dan diharapkan perjuangan itu akan sampai di Sarawak dengan lebih cepat lagi.

Ketika diminta mengulas berhubung sokongan masyarakat terhadap calon DAP khususnya di bandar begitu meningkat, beliau menyifatkan ianya berpunca dari masyarakat kawasan bandar khususnya mempunyai pengetahuan maklumat yang lebih jelas hingga menolak BN walaupun pelbagai janji diberikan.

Sambungnya lagi, sama ada orang Cina atau Melayu tidak menjadi masaalah, yang penting mereka penyokong keadilan yang telah menolak kepimpinan yang zalim.

“Cina ke mereka, Melayu ke mereka, tidak menjadi masaalah. Yang penting mereka tahu BN zalim.

“Dalam kempen pilihanraya BN zalim, dalam kerajaan juga zalim, bukan soal bangsa Cina, kalau tidak cina DAP, Cina MCA, sama saja, jadi jangan persoal kemenagan calon DAP,”ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya kempen memburukkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kegiatan seks juga langsung tidak termakan oleh masyarakat di negeri itu.

Bukan itu sahaja, kempen buruk yang di bawa oleh Umno Kelantan yang mengatakan beliau kahwin tiga telah disebarkan di sana juga tidak diterima oleh rakyat Sarawak.

“Sampai ke tahap itu Umno ni sanggup memfitnah dan menipu orang untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.

Perkembangan yang baik kepada PAS

BETING MARO, 18 April: Bekas calon PAS di Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus tetap akan berkhidmat kepada masyarakat di Dun itu biarpun tewas tipis pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu.

Beliau yang akur dengan keputusan rakyat itu, tetap mahu mencurah bakti kepada masyarakat di sini malah yakin keputusan kali ini hanya permulaan buat dirinya.

"Kita akur dengan pilihan rakyat. Mungkin di sana ada beberapa strategi lagi yang kita perkemaskan untuk akan datang.

"Apapun terima kasih kepada rakyat yang telah menyokong saya sebagai calon PAS di sini," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Abang Ahmad tewas dengan majoriti 391 undi kepada BN yang diwakili Razaili Gapor.

Beliau mendapat 2,678 undi berbanding Razaili 3,069.

Pada pilihan raya 2006 lalu, PAS tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Mengulas peningkatan undi yang diterima PAS, Abang Ahmad berkata, ianya satu perkembangan baik kepada PAS untuk terus menjalankan tugas dakwah kepada rakyat di sini.

PAS menang di beberapa unit peti undi termasuk Pusa dan Muton, manakala tewas di Beladin, Kalok, Semariang dan Batang Maro.

"Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada jentera PAS dari Kelantan, Negeri Sembilan yang banyak membantu saya.

"Kita akan perbaiki kelemahan kita untuk pilihan raya akan datang," katanya.

Keseluruhannya, pilihan raya Sarawak ke 10 menyaksikan BN mendapat 55 kerusi, Pakatan Rakyat 15 manakala 1 wakil Bebas.

PRN Sarawak tidak sekat Pakatan ke Putrajaya

BAYAN LEPAS, 18 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, tidak menyekat kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencapai hasrat bagi menggagalkan kuasa pemerintahan BN ke Putrajaya.

Sebaliknya, kekalahan itu menjadi satu pendorong semangat untuk terus berjuang bagi memastikan keseluruhan keputusan sebenar mandat rakyat di Semenanjung, akan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Jadikan kekalahan dalam PRN Sarawak itu, sebagai satu laluan yang penuh ranjau untuk mencapai hasrat murni menjejak kejayaan yang sedang menanti bersama seribu satu halangan dan tribulasi dari BN," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa anjuran JKKK Permatang Damar Laut di Kampung Permatang Tepi Laut, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau yang juga ahli Parlimen Marang menjelaskan PAS tidak perlu merasuah rakyat untuk mendapat sokongan atau mandat bagi memerintah negara, sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa mereka.

Katanya lagi, selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan, tiada juga laporan terhadap kegiatan rasuah atau penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Begitu juga dengan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu semasa ianya ditadbir oleh PAS semasa saya menjadi Menteri Besarnya. Tiada juga rasuah yang kita amalkan bagi mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan negeri.

"Selama empat tahun kita memerintah di Terengganu dahulu, rasuah, skandal dan penyalahgunaan kuasa tidak menjadi amalan. Tetapi di Sarawak yang ditadbir oleh BN rasuah berleluasa sehinggalah menjelangnya pilihan raya negeri.

"Ini membuktikan dengan jelas bahawa, pemerintahan rasuah adalah pemerintahan yang diminati oleh mereka yang menyokong kepimpinan BN. Oleh kerana itu apabila berleluasanya ketirisan dalam pendapatan negeri dan negara, kepimpinan inilah yang harus dipersalahkan, tetapi ia sebaliknya berlaku di Sarawak, " tegasnya lagi.

Monday, April 18, 2011

perjalanan terakhir pejuang Islam..abe jamm






Perginya Tidak Kembali Lagi

Dari Nya Kita Datang Dan Kepada Nya Kita Akan Pulang……….

Gelak Tawanya, Senyumannya, Riang Rianya Sentiasa Mekar Dalam Memori Ingatan Kami Pimpinan Pemuda PAS Kawasan Machang.

Itulah Seorang Abang, Seorang Bapa, Seorang Teman, Seorang Sahabat Yang Telah Pergi Buat Selamanya Meninggalkan Kita Iaitu Arwah Mat Izan (Panggilan Mesra Abang Zan) Yang Menemui Allah SWT Pada 12 Jamadil Awal 1432H Bersamaan 16hb April 2011M Di Markaz Beting Maro Sarawak (Yang Berjuang Dalam Pilihanraya Umum Dun Sarawak).

Kami Saf Pimpinan Pemuda PAS Kawasan Machang Berdoa Agar Rohnya Ditempatkan Bersama – Sama Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh. Tidak Lupa Kami Menyampaikan Ucapan Takziah Kepada Keluarga Arwah Dan Semua Saudaranya.

Salam Takziah…Al Fatihah


  • SEDIKIT KRONOLOGI Pemergian Abe Izan ptg td.....Seawal pg , Arwah bangun utk sama2 solat subuh berjemaah d Markaz UPU yg di imamkan oleh Ust Ja.Dlm keadaan air yg tidak ada pg td ( memadai utk wuduk shj )...beliau trs ke msjd utk mandi.Kemudian sarapan pg dgn sebungkus nasi lemak berharga RM 0.50 yg d sumbangkan seseorng utk petugas Markaz UPU.
    Sabtu pada pukul 9.10 ptg · ·

    • Kak Ya dan Firdaus Radzulan menyukainya.
      • Razuan Awang Hamat
        JAM 8.00 PG .....Beliau ke SK Kg Pusa utk bertugas d sana...Dlm jam 12 tgh td , beliau bersama2 sy mengiringi calon yg membt lawatn ke Pusat mengundi d SK Kg Pusa seterusnya ke SK cHUNG hUA dlm UPU Pusa.....Selesai lwtn calon d sana , beli...au trs berada d lokasi SK Chung Hua sehingga sy mengajak beliau bersama2 sy dan Arif Fahmi menaiki bot utk blk ke Markaz.Dlm keadaan cuaca yg panas terik yg membahang...beliau mengadu kepenatan....mklm lah seharian brtugas..Lihat seterusnya..
        Sabtu pada pukul 9.17 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat Blk saja d Markaz , sy mengajak beliau utk sama2 menunaikan solat berjemaah sblm berehat sekejap.Slps itu , sy berhajat utk memenuhi undangan warga kelantan yg mengajar d Pusa ni utk majlis makan tgh d rmh nya...Sy mengajak beliau utk turut serta,,,setelah beliau bersiap.....beliau plk menyatakan hasrat nya utk tdk sertai undangan ni krn kepenatan
        Sabtu pada pukul 9.20 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat
        Sy nasihatkan supaya beliau berehat.....Sy naik bot ke seberang brsama arif fahmi utk ke sana....Smpi d jeti , sy trs dpt kn teksi utk ke sana.....Ketika berada dlm teksi , sy mendapat panggilan telefon dr kwn2 seperjuangan spya blk sgra kr...n ada kecemasan kata mereka.Sy pn blk lah ke markaz , Setibanya d sana , Suasana pilu menyelubungi Markaz UPU , dGN LINANGAN air mata kami kehilangan seorang pejuang yg tdk pernah jemu2 berjuang utk sama2 melihat ISLAM MENANG.Lihat seterusnya..
        Sabtu pada pukul 9.25 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat
        Dlm keadaan masing2 sibuk dgn pelbagai tugasan PRN Sarawak yg msh blm selesai ....ianya ibarat terhenti seketika.Ketika itu , pimpinan kanan PAS mulai tiba..Kami sedaya upaya berusaha utk menyegerakan pergerakan jenazah pulang utk di semadi...kan d Kg halaman nya....Dlm kesibukan itu , sy terpaksa meninggalkan jenazah seketika krn bertugas sbg Counting Agent d saluran 1 SK Kg PUSA yg merupakan nadi penting utk proses pengiraan undi...Oleh krn satu petugas shj utk satu saluran , maka tugasan sy tdk blh di gantikan oleh org lain.Sekiranya sy tdk hadir seolah2 sy beri peluang pd BN utk menipu.Lihat seterusnya..
        Sabtu pada pukul 9.34 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat Jenazah bergerak dari Markaz ke Hospital Betong dgn menaiki bot yg dipenuhi panji2 PAS DAN DIIRINGi dGN LAUNGAN takbir
        Semalam pada pukul 6.19 pagi ·
      • Razuan Awang Hamat Jenazah d jangka menaiki pesawat jam 7 pg ni dari Sibu dan jam 3 ptg dari KLIA....Ana terkilan sgt2 krn xsempat nk bersama jenazah krn tiket MAS dh hbs.....Apapn jenazah diiringi oleh Dato YDP . dATIN DAN S/U PAS Kwsn...sEMOGA ROHNYA DIIRINGI RAHMAT DR ALLAH SWT...Ana berlepas dr Kuching jam 4 ptg ni....
        Semalam pada pukul 6.23 pagi ·
      • Razuan Awang Hamat PAS KWSN kena bt satu anugerah khas kpd Balu Allahyarham sbg menghargai jasa nya dlm Muktamar kwsn nti
        Semalam pada pukul 6.24 pagi ·
      • Syeikh Abdullah Awwad Juhani al fatihah...baca la.....semua......
        Semalam pada pukul 7.11 pagi ·
      • Romeo Retro lbih krg pkul 12,arwh sempat menelefon ana..menanyakan khbr berita & sempat bergurau senda
        Semalam pada pukul 9.34 pagi ·
      • Ahmad Tajuddin Hj Mukhtar i2la abe jaam..yg sentiasa ceria..
        Semalam pada pukul 10.05 pagi ·
      • Ahmad Tajuddin Hj Mukhtar sgl2ny tlh m`jadi kenangan kpd mereka yg rapat dgn arwah..
        Semalam pada pukul 10.06 pagi ·
      • Ahmad Tajuddin Hj Mukhtar al-fatihah utk abe jamm 7887..
        Semalam pada pukul 10.06 pagi ·
      • Ahmad Syihan Ismail Allahuakbar..ada gambar dok nok tngok..
        Semalam pada pukul 10.40 pagi ·