Friday, November 13, 2009

Madah Hari Ini....13 November 2009

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup yang ditetapkan Oleh Allah SWT dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Sekitar Temasya Sukan Negeri Kelantan 2009....Jumaat 13hb November 2009



Orang Ramai Yang Mengunjungi Dan Menyertai
Temasya Sukan Kelantan Ini.....


Sdr. Muhd Khairul b. Che Khalid (PSU DPPKM)
Turut Sama Hadir.....



Motor Berkuasa Tinggi Yang Mengiringi
Yang Berhormat Kelantan Dalam Kayuhan Basikal...



Yang Berhormat Kelantan Dan Tetamu VIP
Mengayuh Basikal Ke Tapak Perasmian.....




Team Machang Dalam Acara Sepak Takraw Bulatan
Di Ketua Sdr Mohd Amin b. Isa (AJK DPPKM)


Kelihatan Ustaz Ahmad Tajuddin b. Hj Mukhtar
Bersama Mohd Amin b. Isa (AJK DPPKM)


Acara Tarik Upih....Huhuhu Team Machang Kalah







Acara Kaki Gajah Juga Team Machang
Sertai Tapi Tewas.....Cuba Lagi
Gambar Ini Di Ambil Pagi Tadi..Jumaat 13/11/09

Temasya Sukan Negeri Kelantan 2009

13 Dan 14 November 2009

Kota Bharu, Kelantan

Thursday, November 12, 2009

Madah Hari Ini....12 November 2009

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Bersama Pemuda PAS Dun Kemuning


Ustaz Razuan b. Awang Hamad (Ketua Penerangan DPPKM)
Mempengerusikan Usrah....

Ustaz Hatman b. Abdullah (Ketua Pemuda DPPKM)
Sebagai Naqib Usrah....








Usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang
Bersama Pemuda PAS Dun Kemuning
Telah Diadakan Semalam 11 November 2009
Bertempat Di Surau Tepi Sungai, Kg. Baka
InsyaAllah Program Usrah Ini
Akan Diadakan Setiap Bulan
Melibatkan Kesemua Dun Di kawasan Machang Ini.
(Dun Kemuning, Temangan Dan Pulai Chondong)

Wednesday, November 11, 2009

Madah Hari Ini...11 November 2009

Nabi Idris a.s dan Pedoman Hidup

Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-
1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah memebawa kemenangan.
2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahnyangmu.
4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.
7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Salam Takziah Kepada YB Datuk Kamaruddin Jaafar


"Kami Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang merakamkan ucapan takziah kepada YB Datuk Kamarudin Jaafar di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin, ke rahmatullah pagi ini 11 November 2009.

Isteri YB Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Sudah tentu pemergiaan isteri beliau ini bukan sahaja dirasai oleh Datuk Kamarudin Jaafar, tetapi juga seluruh anggota keluarga yang senantiasa bersabar dengan ujian dari Allah ini."Semoga Datuk Kamarudin Jaafar bersabar dengan ketentuan Allah ini. Kami juga mendoakan agar roh isteri beliau itu berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT".

Jenazah Allahyarhamah Datin Kamariah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan telah dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar tadi.

Sekali lagi kami pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah

Sunday, November 08, 2009

Madah Hari Ini...08 November 2009

PAS Lebih Kuat Dan Akan Perkuatkan Pakatan Rakyat


Selepas seminar berakhir, PAS yakin parti itu akan semakin kuat dan bertekad akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat.PAS memandang serius dan akan mengambil tindakan segera di peringkat dalaman parti terhadap lima resolusi yang dicapai dalam seminar pemerkasaan parti yang diadakan siang tadi.Seminar politik memperkasakan PAS yang dihadiri oleh peserta daripada seluruh negara siang tadi meluluskan lima rosolusi hasil perbahasan daripada perwakilan dari setiap negeri, sayap-sayap parti serta kelab penyokong PAS.Resolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13. PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa' juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS. Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai. Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi. Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyifatkan seminar sehari itu sebagai berjaya apabila seluruh perwakilan menggunakan kesempatan yang ada untuk melontarkan pandangan dan kritikan untuk meningkatkan prestasi parti. Bercakap dalam sidang media selepas selesai seminar berkenaan, Tuan Guru Hj Abdul Hadi turut berkata, seminar yang diadakan itu membuktikan PAS sebagai sebuah parti yang terbuka dan demokratik apabila membenarkan segala kritikan dilontarkan. "Alhamdulillah kita telah berjaya mengadakan satu seminar menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh negara kerana keterbukaan PAS secara demokratik." Bukan sahaja membenarkan dalaman parti untuk mengkritik secara membina bahkan kita menerima teguran dari tokoh luar yang bukan dari kalangan kita."Hari ini kita telah menunjukkan jiwa yang sangat besar apabila perwakilan dari seluruh negara telah berjaya melakukan perbincangan secara terkawal,"katanya kepada lebih 50 wakil media yang hadir. Tuan Guru Hj Hadi turut mengulangi pendiriannya untuk memperkukuh kedudukan parti bersama Pakatan Rakyat bagi menghadapi segala cabaran yang akan datang."Kita (PAS) konsisten dan teguh dengan pakatan rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina dan perlu diperkukuhkan lagi bagi membuat perubahan dalam sistem demokrasi negara kita," tegasnya. Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga menekankan, tiada sebab untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gembur pihak tertentu."Tidak ada sebab untuk kita tinggalkan Pakatan Rakyat," tegasnya. Menyentuh mengenai kritikan yang dibuat oleh tokoh akademik terhadap kepimpinan beliau, beliau berkata kritikan tersebut merupakan perkara biasa dan diterimanya baik."Kita dengar kritikan tu secara biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan ini ada yang benar, ada yang tak benar.Yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," ujarnya. Seminar yang dihadiri lebih 1,000 peserta dari seluruh negara itu mengundang dua tokoh akademik sebagai ahli panel iaitu pensyarah Universiti Islam Antarbangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah serta Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin parti.

Orang Yang Paling Berani

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?" Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin." Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuhorang yang bertuhankan Allah ?" Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."

Sahabat...

Islam memberikan garispanduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan-tujuan tersebut ialah :
1) Bersahabat kerana Zat(diri) orang tersebut.
2) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Dunia. (Seseorang yang bersahabat dalam ketegori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan & pangkat).
3) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan Akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadat kepada Allah S.W.T.)
4) Bersahabat kerana Allah S.W.T. (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T.

DEKATI
Orang yang berakal.
Orang baik perangainya.
Orang yang beragama.
Orang berpegang dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah.
Orang yang Zuhud terhadap dunia.

JAUHI
Orang yang banyak berdusta.
Orang yang Kurang akal.
Orang yang kedekut.
Orang yang penakut.
Orang yang fasik.

Hak-hak Sahabat
1) Menolong dengan harta apabila sahabat kita berada dalam kesempitan hidup.
2) Menolong sahabat dengan usaha dan tenaga. Sahabat yang baik akan membantu sahabat yang berada dalam kesibukan tugas.
3) Menolong sahabat dengan lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji & menghebahkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat (tertakluk kepada keadaan seseorang itu).
4) Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik (tertakluk kepada taraf seseorang).
5) Tidak menceritakan keaiban & kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya.
6) Memaafkan kesalahan sahabat.
7) Mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.
8) Menunaikan semua hak sahabat dengan ikhlas.
9) Tidak menyusah atau memberati sahabat.