Wednesday, November 11, 2009

Salam Takziah Kepada YB Datuk Kamaruddin Jaafar


"Kami Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang merakamkan ucapan takziah kepada YB Datuk Kamarudin Jaafar di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin, ke rahmatullah pagi ini 11 November 2009.

Isteri YB Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Sudah tentu pemergiaan isteri beliau ini bukan sahaja dirasai oleh Datuk Kamarudin Jaafar, tetapi juga seluruh anggota keluarga yang senantiasa bersabar dengan ujian dari Allah ini."Semoga Datuk Kamarudin Jaafar bersabar dengan ketentuan Allah ini. Kami juga mendoakan agar roh isteri beliau itu berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT".

Jenazah Allahyarhamah Datin Kamariah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan telah dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar tadi.

Sekali lagi kami pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah

No comments: