Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh teman-teman.


Himpunan TURUN : Pemuda PAS Kelantan Sahut Seruan DPPM

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyahut seruan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat agar seluruh anak muda menyertai himpunan TURUN pada malam 31 Disember 2013 ini bagi membantah kenaikan harga barang. Seruan itu dibuat bagi menunjukkan solidariti terhadap lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

Selaku organisasi yang berada di bawah Pemuda PAS Malaysia, adalah menjadi kewajipan bagi seluruh jentera pemuda di negara ini bersatu di bawah satu arahan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia. Ini sekaligus membuktikan bahawa anggota Pemuda PAS di seluruh negara sebulat suara menyokong usaha untuk mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak berlaku sebagaimana yang diura-urakan.

Untuk itu, seluruh anggota Dewan Pemuda PAS di kawasan-kawasan seluruh negeri Kelantan dikerah untuk turun beramai-ramai ke Himpunan TURUN 31 Disember 2013 ini. Perlu ditegaskan bahawa himpunan yang dirancang ini tidak sekali-kali bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sebagimana yang diwar-warkan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Dakwaan sebegini adalah karut dan bertujuan semata-mata untuk menutup isu sebenar iaitu kenaikan tol yang cukup membebankan rakyat.

DPPNK juga ingin mencabar Pemuda UMNO untuk menyatakan pendirian secara rasmi adakah mereka bersetuju dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan khususnya kadar tol? Pemuda UMNO diseru jangan berselindung di sebalik dakwaan-dakwaan palsu kononnya himpunan TURUN bertujuan menggulingkan kerajaan semata-mata kerana ingin mengalihkan isu. Sikap ini merupakan sikap pengecut dan melambangkan Pemuda UMNO tidak mempunyai jatidiri dan pendirian yang jelas.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 29 Disember 201

Ke Mana Pergi Subsidi Kami?


RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN PASTI KAWASAN MACHANG

1.Syukur kepada Allah,tuhan yang menjadikan seluruh alam. Dengan penuh hormat, sempena awal tahun 2014 yang bakal menjelma. Jawatankuasa Pasti Kawasan Machang, ingin merayu dan membuka peluang kepada YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan membuat amal jariah bagi membantu pembangunan pasti-pasti di sekitar Machang yang mempunyai 18 cawangan dan mempunyai hampir 700 orang pelajar.

2. Untuk makluman, YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan, kami amat berbesar hati menerima sumbangan kewangan @ pelbagai bantuan peralatan sekolah dan juga makanan (beras,roti,biskut,susu,gula,milo dll)

3. Segala sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah di salurkan ke BIMB :-
PASTI KAWASAN MACHANG :-
03045010011990

Atau menghubungi saya..khairul (010-5417841)

4.Sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan hulurkan, kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud 'Apabila mati seseorang manusia terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa anak yang soleh'. Hadis Riwayat Al-Imam Muslim

Sekian,terima kasih.

(MUHAMMAD KHAIRUL B. CHE KHALID)
Pengerusi
Jabatan Pasti Kawasan Machang
26 Disember 2013

Penyerahan papan karrom kepeda pemuda dusun buluh


PENGUMUMAN PELANTIKAN PENUH AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA SESI 2013-2015

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baru dan membentuk jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat DPPM pada 24 Disember 2013, hampir semua lajnah dan jabatan telah berjaya diisi. Pelantikan tersebut menggabungkan di antara ulamak, profesional, aktivis, usahawan dan ahli akademik.

Latar belakang yang pelbagai di dalam kepimpinan DPPM sesi ini menggambarkan semangat memposisikan variasi kepimpinan pemuda sesi ini. Justeru dengan kepelbagaian yang ada ini, Insya Allah akan membantu DPPM mengerakkan Pemuda PAS Malaysia lebih inklusif seterusnya memberi banyak kebaikan kepada anak muda Malaysia. Berikut adalah senarai penuh yang telah diputuskan;

Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat [Pengerusi Lajnah Politik]

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi [Pengerusi Akademi Tarbiyyah Pemuda]

Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Khairil Nizam Khiruddin
[Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda]

Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail [Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda]
Penolong Setiausaha I : Mohd Faizul Salleh
Penolong Setiausaha II : Ramadan Elias
Penolong Setiausaha III : Yusapiza Ya’cob

Bendahari : Ustaz Yussaine Yahya [Pengarah Jabatan Perbendaharaan]

Ketua Penerangan : Ustaz Zaharudin Muhammad [Pengerusi Lajnah Penerangan Pemuda]

Pengarah Pilihanraya Pemuda : Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya Pemuda]
Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun : YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary [Pengerusi]
YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Perpaduan Nasional : Nurul Islam Mohamed Yusoff [Pengerusi]

Lajnah Pekerja, Pengguna & Alam : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus Sekitar [Pengerusi]
Dr Mohd Ibrahim [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Penerangan & Media Baru : Ustaz Ahmad Fadli Shaari [Pengarah]

Institut Kajian Polisi : Syahir Sulaiman [Pengarah]

Jabatan Pendidikan Politik : Mohd Fadli Ghani [Pengarah]

Lajnah Dakwah : Ustaz Syed A. Kadir Hussin [Pengerusi]
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah : YB Ustaz Ahmad Yahya [Pengarah]

Akademi Tarbiyyah Pemuda : Ustaz Nushi Mahfodz [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak : Lahirul Latigu [Pengerusi]

Lajnah Antarabangsa : Dr Raja Iskandar al-Hiss [Pengerusi]

Lajnah Pembangunan Tanah & Bandar : Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi [Pengerusi]

Lajnah Kebajikan & Perihatin Rakyat : Ustaz Hafiz Musa [Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Graduan : Basri Din Kamar [Pengarah]

Badan Mobilisasi Rakyat : Kamaruzaman Mohamad [Pengarah]
Zulhazmi Shariff [Timbalan Pengarah]

Jabatan Profesional Muda : Dr Mohamad Omar [Pengarah]

Jabatan Pembangunan Mahasiswa : Ustaz Mohd Hafez Sabri [Pengarah]

Jabatan Penyelarasan Mahasiswa : Dr Abdul Azim Abu Hasan Luar Negara [Pengarah]
Jabatan Pembangunan Pelajar : Mohd Hakim Mohd Nor [Pengarah]

Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & : Noor Azmir Zakaria Hak Asasi Manusia [Pengarah]

Jabatan ICT : Wan Asrul Afendi [Pengarah]

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis : Ustaz Yussaine Yahya
Kedah : Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang : Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak : Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan : Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka : Jauhar Mohd Dawi
Johor : Mohd Faizul Saleh
Pahang : Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan : Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah : Lahirul Latigu
Sarawak : Mohd Arifiriazul Paijo

SUHAIZAN KAIAT
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Program Brainstorming Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang









11 Langkah penjimatan Najib hanya kosmetik

27 Safar 1435H. [MOD] - 

IPOH: Pengumuman 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah salah satu usaha mengelirukan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Najib cuba memberi gambaran di mata rakyat bahawasanya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat hingga sanggup berkorban termasuklah untuk mengurangkan elaun menteri.

Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.

"Sebelas langkah pengurangan yang diumumkan itu tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat, ianya juga tidak menjadi satu jawapan utama terhadap permasalahan sebenar iaitu kos kehidupan rakyat semakin meningkat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Razman menjelaskan, PAS mahu melihat kerajaan menyelesaikan perkara pokok termasuklah ketirisan dan pembaziran yang berleluasa didalam pentadbiran negara ketika ini.

Kerajaan katanya tidak ada satu usaha untuk menyelesaikan kepincangan pemerintahannya sebaliknya cuba menutup kegagalan itu dengan pengumuman yang tidak mendatangkan faedah besar.

"Kerajaan seharusnya lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat yang dihimpit dengan tekanan kehidupan seharian apabila kerajaan sewenang-wenangnya mengumumkan pelbagai kenaikan.

"Masih ramai lagi rakyat hidup dalam keadaan perdapatan minima yang sudah pasti terbeban dengan pelbagai kenaikan ketika ini," jelasnya lagi.

Namun begitu, PAS menyambut baik satu langkah murni kerajaan untuk membuat satu langkah penjimatan dalam menggunakan dana wang negara dan sepatutnya ianya diamalkan sejak dulu lagi.

"Seharusnya semua kepimpinan kerajaan turut menginsafi untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan mereka dengan melihat tekanan yang dilalui oleh rakyat marhaen kini," jelas Razman.
Harakahdaily/-

Perlawanan Persahabatan Futsal Pemuda Dun Pulai Chondong Dengan Temangan




Ketua Pemuda PAS Pusat


Jabatan Amal Machang Bertugas Membantu Mangsa Banjir Kemaman, Terengganu






Monday, December 30, 2013


Kabinet PAS Kelantan Sessi 2013/2015

YAB Ustaz Dato Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan di dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan dengan persetujuan mesyuarat telah mengumumkan perlantikan-perlantikan sebagaimana berikut :

Timbalan Pesuruhjaya (1) : YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya (2) : YB Dato Dr Johari Mat
Timbalan Pesuruhjaya (3) : YB Dato Haji Husam Musa
Setiausaha : YB Tuan Haji Zulkifli Mamat
Pen. Setiausaha (1) : Tuan Haji Nasir bin Daud
Pen. Setiausaha (2) : Ustaz Asri Mohd Zain
Bendahari : YB Dato Haji Hanifa Ahmad
Pengarah Pilihanraya : YB Dato Haji Takiyuddin Hassan
Ketua penerangan : YB Dato Haji Nasaruddin Daud

AJK Badan Perhubungan :
1. YB Dato Dr Fadzli Hassan
2. Ybrs Wan Nik Wan Yussof
3. YB Dato Haji Abdullah Mat Nawi
4. Ybrs Tuan Nik Baharum Nik Abdullah
5. YB Puan Mumtaz Nawi
6. YB Dato Haji Abdul Fatah Mahmood
7. YB Dato Haji Abdullah Yaakob

Tangisan Nabi Muhammad S.A.W


Pada suatu hari Nabi SAW menangis,

Sahabat-sahabat bertanya:
Apa punca tangisanmu wahai Rasulullah?

Sabda Nabi:Aku rindu pada para kekasihku.

Mereka bertanya:Bukankah kami ini kekasihmu wahai Rasulullah?

Nabi menjawab:tidak...kamu sahabat-sahabatku, adapun kekasihku ialah kaum yang datang selepasku..mereka beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku..

Wahai tuhan jadikan kami dikalangan mereka yang dirindui oleh Rasulullah.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan










Majlis Hari Raya Korban NGO R bersama DPPK Machang Dan Pemuda Dun












Lawatan Lajnah Kebajikan DPPKM Ke Kg Pangkal Meleret







Bantulah


Jangan biarkan uslub bicaramu melemahkan semangat orang lain sekalipun ia bertepatan

 dengan realiti..

Manusia memerlukan harapan, lantas tolonglah dia atau diam sahaja