KOTA BHARU: Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Khas
mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum Kelantan yang diumum Perdana
Menteri tidak akan meredakan kempen menuntut hak royalti dibayar kepada
negeri itu.
Sebaliknya NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti,
Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) berkata, pihaknya
akan lebih memperkasakan kempen mereka selagi tiada sebarang bayaran
dibuat kepada kerajaan negeri.
Bagi Presidennya Nazri Deraman,
tempoh enam bulan yang diberi kepada jawatankuasa untuk membuat kajian
terlalu lama dan berkemungkinan hanya gimik politik Umno BN.
"Saya
yakin ini merupakan satu helah dan lebih kepada gimik politik yang
bertujuan utk meredakan bantahan Rakyat yang telah diusahakan oleh
gerakan yg tersusun oleh pelbagai NGO khususnya NGO Royalti (R).
"Pihak
R akan terus menggerakkan rakyat untuk menuntut hak kami dengan
pelbagai pendekatan. Tuntut sampai dapat," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam,
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas yang
dipengerusikan Tun Abdul Hamid Mohamad untuk mengkaji isu bayaran tunai
hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan.
Apa
yang dipersoalkan kini adalah tempoh enam bulan yang diberikan kepada
jawatankuasa itu yang dilihat terlalu lama dan berkemungkinan sebagai
helah BN semata-mata menjelah PRU-13.
"Saya yakin tempoh ini adalah terlalu lama dan kami telah menunggu semenjak 1975 lagi.
"Tempoh 6 bulan jika ditambah dengan 80 hari lagi, sinonim dengan tempoh akhir wajib mengadakan PRU 13.
"Kami
menyokong penuh gesaan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
yang menyeru agar Kerajaan Pesekutuan menyelesaikan bayaran royalti
sebelum pilihanraya," kata Nazri lagi.
Selain itu mereka juga mahu Najib menjunjung titah Sultan Kelantan yang mahukan gas didaratkan di Kelantan.
Kerajaan negeri juga telah menyediakan lebih 4000 ekar tanah untuk pembangunan industri gas di Bachok semenjak 1990.
No comments:
Post a Comment