KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju kalimah ‘Allah’ digunakan oleh golongan
bukan Islam, walaupun ianya menjadi ‘hak’ orang Islam.
Beliau berpendapat, penggunaan kalimah itu dikalangan bukan Islam memudahkan mereka mengenali agama suci itu dengan lebih mudah.
“Kita
perlu buka ruang kepada mereka dan semoga dengan cara itu memberi
peluang kepada golongan berkenaan mengenali Islam dengan lebih mudah.
“Di mana ruang yang dibolehkan itu kita sama-sama bincang nanti,”ujarnya.
Beliau
berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian watikah
perlantikan Ahli-Ahli PBT Negeri Kelantan, di sebuah hotel di sini,
tengahari tadi.
Menurutnya, masyarakat di zaman jahiliah sejak awal lagi menggunakan kalimah itu walaupun mereka menyembah berhala.
Ditanya sekiranya PAS Pusat tidak bersetuju dengan pendapatnya itu, Tuan Guru berkata, beliau tidak menjadi masaalah.
Menurutnya,
pada 12 Januari ini mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat akan
diadakan di Kuala Lumpur dan akan turut menyentuh perkara itu.
“Waktu
itu sekiranya anggota parti tidak bersetuju, saya akur, saya mesti ikut
keputusan ramai, jika PAS Pusat ada hujahnya, saya
menerimanya,”ujarnya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan masyarakat
bukan Islam dalam Pakatan Rakyat khususnya di Kelantan sudah biasa
dengan sebutan Masya Allah, Alhamdulillah, Insya Allah.
Sambungnya, moga dengan cara itu mereka akan mendapat hidayah Allah untuk menerima Islam.
No comments:
Post a Comment