KUALA LUMPUR: Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau
Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke
perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.
Menurut
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan
aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti
itu.
"Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati.
"Mungkin
juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat
rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman,
Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang
hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.
Mengulas
lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana
rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa
dibayar upah sesen pun.
"Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama
bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah
penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan.
"Bagi
mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej
lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas
(pengangkutan) dan lain-lain.
"Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.
Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.
Azalina
ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan
mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut
dibayar.
"Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment