KUALA LUMPUR: Serangan Timbalan Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri, Ahmad Maslan terhadap status Persatuan Anak Peneroka 
Felda Kebangsaan (Anak) hanyalah isu yang dikitar semula.
Presiden
 Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad, 
sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.
"Bukan perkara
 baru.  Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan 
atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau 
ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Enggan mengulas lanjut 
soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang 
dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada 
peneroka dan semua pihak.
"Bukan soal sah atau tidak, daftar atau
 tidak.  Tapi apa yang diperjuangkan Anak itu yang perlu diteliti dan 
didengari.  Itu yang lebih penting dari bercakap soal status," sindir 
beliau sambil menyifatkan Ahmad seorang yang lekeh sebagai timbalan 
menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Felda.
Tambah 
Mazlan, sekiranya apa yang disentuh Anak selama ini tidak benar, 
pihaknya bersedia jika Ahmad menganjurkan perbincangan, perdebatan 
mahupun forum berkaitan.
Malangnya, kata Mazlan pelawaan pihak 
Anak untuk berbincang dengan Ahmad tidak pernah dilayan, malah tidak 
mendapat sebarang respons mengenainya.
Beliau yang baru pulang 
dari negara jiran, Singapura, juga berkata beliau tertarik dengan 
pentadbiran Singapura yang menggalakkan sebarang forum dan perbincangan 
dengan badan NGO dn komuniti masyarakat.
"Seharusnya Malaysia 
mengamalkan budaya itu dalam mencari kebaikan semua pihak, bukan hanya 
membangkitkan soal status yang bagi saya hanya perkara remeh," tegas 
beliau.
Tambah Mazlan, serangan Ahmad itu menunjukkan beliau 
berada di dalam keadaan tertekan, sebagaimana yang dihadapi kerajaan 
berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene.
"Sebelum ini, 
status Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dipertikaikan, sekarang Anak 
pula.  Semuanya akibat mereka sudah tertekan dan tiada jawapan untuk 
rakyat," tegas beliau lagi.
 
 
No comments:
Post a Comment